Isnin, 29 Januari 2018

KOLAM TAMAN STEM




Ikan Puyu atau Ikan Karuk atau nama saintifiknya (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak.  Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini. Bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakanya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain.




Ikan bandaraya atau Hypostomus plecostomus merupakan nama saintifik bagi ikan air tawar tropika yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ikan bandaraya memakan alga, dan sebagai cara untuk membezakan mereka dari haiwan kecil pemakan alga yang lain.Ikan bandaraya merupakan spesies ikan yang sangat popular untuk dibela dalam akuarium kerana sifat semulajadi ikan tersebut yang mampu membersihkan akuarium dan tangki dengan memakan alga serta saki baki makanan ikan dan ikan-ikan yang mati. Ikan bandaraya mudah dibela, dijaga dan dikawal, ia tidak memerlukan banyak pengawasan kerana sifatnya yang pasif dan nokturnal (aktif pada waktu malam)




Nama Tempetan: Tilapia Mergh, Fi Chia Yee
Nama Saintifik: Oreochromis niloticus
Sistem ternakan: Kolam tonah/ Bekas
lombong Pens/Sangkor


PENGENALAN TENTANG IKAN TILAPIA

lkan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekal sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia (lihat akuakultur tilapia). Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah (lihat tilapia sebagai spesies eksotik) Antara genus ikan tilapia adalah:

- Danakilia
-ranocichla
-Oreochromis
-Tilapia Hitam(Oreochromismossambicus)
-Tilapia Merah(Oreochromisniloticus)
-Tilapia Biru(Oreochromisaureus)
-Sarotherodon
-Steat ocranus





Keladi Bunting merupakan sejenis tumbuhan dalam kategori keladi. Nama saintifiknya ialah Eichhornia crassipes. merupakan tumbuhan akuatik yang berasal daripada Amerika Selatan. Ia dibawa masuk ke Malaysia sejak lama dulu sebagai pokok hiasan dan kini ia membiak dengan banyak terutamanya di kawasan paya, tasik, lombong dan lain-lain kawasan berair tenang. Keladi bunting hidup secara terapung seperti kiambang dan akar rerambut berfungsi sebagai penyerap nutrien daripada air. Bahagian pangkal batang atau pelepah keladi yang 'bunting' bertindak sebagai pelampung. Keladi mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu atau merah jambu seakan orkid dan keluar mengikut musimnya.




                                                                              
Teratai (bahasa Inggeris: lotus) ialah sejenis tumbuhan akuatik dalam genus Nelumbo menyerupai telepok. Biji teratai boleh dimakan.Berasal dari Asia, ia banyak ditanam, dan digunakan dalam perubatan dan masakan Cina. Teratai merupakan bunga rasmi IndiaMesir dan Vietnam.




Kiambang atau Pistia stratoites L.ialah tumbuhan akuatik yang timbul di permukaan air. Pokoknya yang seakan akan pokok kobis menyebabkan orang melayu memanggilnya kobis air.Batang dan tangkai keladi ini tak nyata. Tunas daun baru terbentuk pada pangkal daun lama membentuk susunan spiral dan rapat. Daunnya berbentuk kelopak bunga beralun menegak. Daunnya kalis air dan mempunyai lapisan seperti lilin dan berbulu di permukaan daun. Anak pokok baru boleh tumbuh dari induk dan terpisah dari pokok utama.
Oleh kerana ia mudah dijaga dan berbentuk cantik ia selalu digunakan sebagai pokok hiasan di seni laman akuatik.
Pokok ini boleh dijumpai di kawasan beriklim tropika. Ia tersebar dari industri seni laman akuatik. Bagi negara yang tiada haiwan kawalan biologi, pokok akuatik ini menjadi tumbuhan penakluk. Tumbuhan ini amat mudah membiak menyebabkan gangguan sistem tali air. Ia boleh menyumbat lubang laluan air dan boleh mengakibatkan bencana banjir.
Dalam seni laman air tumbuhan ini mesti sentiasa dipantau kerana jika tidak akan menyebabkan kesusutan air yang pantas. Ia juga cepat meliputi permukaan air, seterusnya tumbukan dasar air dan tumbuhan zon litoral, pelagik dan bentik tidak dapat cahaya matahari dan tidak dapat berfotosintesis. Akibatnya kandungan oksigen dalam air menjadi rendah dan mempengaruhi ekosistem laman akuatik tersebut.
Kebaikan tumbuhan ini, ia menyediakan tempat perlindungan kepada rega ikan yang baru 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...