Memaparkan catatan dengan label Program Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program Sekolah. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Julai 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SMKJK TAHUN 2016/1437H

Tahniah kepada semua yang telah menjayakan Majlis Khatam Al-Quran pada hai ini 1 Julai 2016 di Surau An Nur SMKJK. Semoga Allah memberkati semua.
 Qari mengambil tempat masing-masing

 Antara guru yang terlibat dengan majlis bersama para qari Majlis Khatam Al-Quran.

 Antara guru yang terlibat dengan majlis bersama para qari Majlis Khatam Al-Quran.
PK1, Tuan Hj. Shamsudin menyampaikan cenderahati kepada qari Majlis Khatam Al-Quran.

Rabu, 2 Mac 2016

Program Orientasi Kecemerlangan KAA 2016

Program Orientasi Kecemerlangan KAA yang berlangsung pada 26 Februari yang lepas.
Semoga pelajar yang terlibat akan mendapat manfaat daripada program yang telah dijalankan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Rabu, 3 Februari 2016

Latihan Merentas Desa sesi 2016

Sekitar sesi latihan merentas desa bagi sesi pagi yang berlangsung sekitar jam 3 petang pada hari selasa 2 Februari 2016.
Kejohanan yang sebenar akan berlangsung pada hari Jumaat, 5 Februari 2016.



Latihan Merentas Desa sesi 2016 by Slidely Slideshow

Sabtu, 5 Julai 2014

Info : Definisi Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Amanah.

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang dan menjadi pilihan semua. Sekolah ini sentiasa berjaya melahirkan modal insan yang holistik serta mampu bersaing di persada antarabangsa.

SBT merupakan sekolah terbaik di Malaysia, yang dipilih mengikut kriteria yang ketat dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa:

Pencapaian Akademik yang Cemerlang:

   Skor komposit yang berasaskan

      - Skor GPS (70%)
      - Skor Verifikasi Standard Kualiti Pelajaran Malaysia (30%)

   Kriteria Annex

      - Personaliti Unggul
      - Anugerah Kebangsaan dan Antarabangsa
      - Jalinan dengan Institusi Pengajian Tinggi
      - Jaringan Kukuh
      - Penandarasan Kebangsaan dan Antarabangsa

Sekolah Amanah

Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik.

Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan menengah, bandar, pinggir bandar dan luar bandar).

Sekolah yang dipilih merangkumi sekolah berprestasi rendah, sederhana dan cemerlang dengan harapan untuk meningkat prestasi di semua peringkat. Sekolah Amanah bertujuan untuk mempercepatkan proses penambahbaikan dalam melahirkan pelajar dan sekolah yang cemerlang tanpa mengira tahap permulaan.

Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan menjadi lebih responsive terhadap keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru.

Sekolah Amanah dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun. Pihak KPM akan mengambil alih pengurusan dari penajasekiranya sekolah gagal mencapai prestasi yang ditetapkan. (RMKe-10)

Selasa, 15 April 2014

Mesyuarat Pengurusan Kurikulum

Jabatan Pendidikan Selangor
Tarikh : 15 April 2014 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMK Jalan Kebun, Klang



Selasa, 4 Mac 2014

Program : Pertandingan Bahas Peringkat Daerah Klang.

Pertandingan Bahas Peringkat Daerah Klang.

Tempat : Pusat Sumber SMK Jalan Kebun, Klang
Tarikh : 4 Mac 2014 (Selasa)

Penglibatan : Murid Sekolah Daerah Klang.


Isnin, 3 Mac 2014

Khamis, 6 Februari 2014

Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Perhatian kepada Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Klang.
Sukacita dimaklumkan  Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) tahun ini.
Untuk keterangan lanjut bolehlah merujuk kepada Penganjur Puan Siti Nor Azura (03-88712080), Puan Norliza (03-55214119) atau Puan Amri bt Haji Ali (03-55189208).
Sila muat turun borang penyertaan di sini >> pencalonan sekolah lestari - anugerah alam sekitar 
Sekian, terima kasih.
Unit Kokurikulum PPD Klang.

Sabtu, 6 Julai 2013

Minggu ICT



Program Minggu ICT

Tarikh : 10 - 31 Julai 2013 (Rabu)

Anjuran : Unit ICT SMK Jalan Kebun 2013
Tema : Pemangkin Generasi Bestari

Aktiviti :

1) Pelancaran Portal Rasmi SMK Jalan Kebun & Frog VLE
2) Bengkel Kemahiran ICT
3) Pertandingan laman blog dan video



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...