Memaparkan catatan dengan label 2017. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2017. Papar semua catatan

Isnin, 20 November 2017

PELAKSANAAN KURSUS iTHINK LUAR TALIAN (KLIT) DI SEMUA SEKOLAH

Sukacita dimaklumkan, Kursus i-THINK Luar Talian (KILT) boleh dimuat turun melalui laman sesawang http://mygfl.moe.gov.my
Semua guru dan pentadbir yg belum selesai KIDT 2016 dikehendaki menyiapkan modul KILT sebelum 31 DISEMBER 2017
   
     Log in : Ic
     Password : password


Isnin, 6 November 2017

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2017

Selamat menduduki Peperiksaan SPM kepada semua pelajar tingkatan 5 SMKJK Sesi 2017. Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan ketenangan jiwa sepanjang peperiksaan berlangsung.


MAJLIS SOLAT HAJAT SPM 2017

Sempena Peperiksaan SPM pada hari ini, 6 November 2017, SMK Jalan Kebun menganjurkan solat hajat dan mohon restu murid tingkatan 5 pada hari jumaat yang lalu. Terima kasih kepada guru, ibu bapa dan pelajar yang bersama dalam menjayakan majlis ini. Marilah kita bersama-sama menadah tangan dan berdoa supaya pelajar tingkatan 5 SMK Jalan Kebun diberi kesihatan yang baik, minda yang tenang dan bersedia dari segala aspek untuk menghadapi ujian pada minggu hadapan. InsyaAllah.




Jumaat, 13 Oktober 2017

AUDIT TOTAL PBPPP SMKJK

Assalamuailaikum

Guru-guru boleh memuat naik AUDIT TOTAL PBPPP SMKJK dengan klik pada pautan di bawah.

Klik disini =>AUDIT TOTAL PBPPP SMKJK TERBARU

Jumaat, 6 Oktober 2017

SOLAT HAJAT DAN MOHON RESTU MURID-MURID PT3 2017

Sempena PT3 pada minggu hadapan, SMK Jalan Kebun menganjurkan solat hajat dan mohon restu murid tingkatan 3. Terima kasih kepada guru, ibu bapa dan pelajar yang bersama dalam menjayakan majlis ini. Marilah kita bersama-sama menadah tangan dan berdoa supaya pelajar tingkatan 3 SMK Jalan Kebun diberi kesihatan yang baik, minda yang tenang dan bersedia dari segala aspek untuk menghadapi ujian pada minggu hadapan. InsyaAllah.



Selasa, 26 September 2017

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 ( SKPMg2)

PROSEDUR PELAKSANAAN DAN DOKUMEN EDARAN PPS

Edaran PPS (Pasukan Pelaksana Standard) disediakan bagi memudahkan pihak sekolah melaksanakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dengan mengikut prosedur kerja yang betul. Setiap helai instrumen dalam dokumen ini hendaklah diedarkan kepada PPS mengikut bidang tugas bagi membolehkan PPS membuat penilaian. Dokumen hasil penilaian yang telah ditandatangani oleh PPS hendaklah dikembalikan kepada Jawatankuasa SKPM Sekolah (JKSS). JKSS hendaklah memastikan semua maklumat dimasukkan ke portal berkenaan dan dokumen tersebut disimpan sebagai bukti penilaian.

MUAT TURUN:>>> DOKUMEN PROSEDUR PELAKSANAAN SKPMg2

MUAT TURUN:>>> TAPAK SKPMG2

Rabu, 16 Ogos 2017

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN (PIPPK)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan untuk rujukan semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan(PPP) di KPM.

Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya. KPM telah membangunkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) iaitu dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan.

PIPPK menyediakan garis panduan kepada PPP untuk meningkatkan kompetensi diri mengikut kecenderungan dan keperluan demi mengekalkan prestasi kerja yang terbaik. Menerusi pelan ini, profesion keguruan diharap dapat diperkasakan dan menjadikan kerjaya keguruan sebagai kerjaya yang profesional dan menjadi kerjaya pilihan utama.

Klik =>>> MUAT TURUN PIPPK 



Rabu, 26 Julai 2017

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH (SSQS) 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) mulai 15 Julai hingga 30 Ogos 2017 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

Bagi tujuan tersebut, sekolah-sekolah KPM akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah melalui pautan http://best.moe.edu.my/ssqs/selangor/ untuk sekolah-sekolah di selangor.


THE CHAMPIONS 2017

Assalamualaikum

Guru-guru boleh memuat turun bahan-bahan untuk program 'The Champion 2017' pada pautan di bawah.

The Champion 2017

Rabu, 10 Mei 2017

Kejayaan-Kejayaan Yang dilakar pada bulan April 2017

Tahniah kepada semua guru-guru dan pelajar yang tidak kenal erti penat dan lelah dalam usaha untuk mencapai kejayaan sekaligus mengharumkan nama sekolah. Semoga segala usaha dan titik peluh memperoleh redha Allah S.W.T.
Pasukan unit beruniform 
Pasukan Hoki



Jumaat, 21 April 2017

Katalog Senarai Buku Teks Baharu 2017

Katalog Senarai Buku Teks Baharu 2017

1.  Katalog Senarai Buku Teks Baharu Sekolah Rendah Kegunaan 2017         MUAT TURUN

2.  Katalog Senarai Buku Teks Baharu Sekolah Menengah Kegunaan 2017     MUAT TURUN





Khamis, 13 April 2017

Semakan Tawaran ke Tingkatan Enam Tahun 2017

ASSALAMUALAIKUM

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Tahun 2017 boleh dilakukan bermula 16 April 2017 sehingga 12 Mei 2017 di sst6.moe.gov.my.

Semakan juga boleh dilakukan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar MOE<jarak>T6<jarak>NoKP atau MOE<jarak>T6<jarak>AngkaGiliran ke 15888



Jumaat, 3 Februari 2017

Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Kepada PPP

ASSALAMUALAIKUM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa di universiti awam dalam negara.
2.             Tawaran permohonan ini dibuka mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017 secara dalam talian sepenuhnya melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM https://epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam Sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.
3.             Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan penggunaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:
       1. Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):
           Telefon (hotline): 03-8321 7138
           E-mel : ldp.bt@moe.gov.my

       2. Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):
           Telefon (hotline): 03-88843717 / 03-88843572
           E-mel : helpdesk@moe.gov.my

Dibawah disertakan pautan untuk guru-guru untuk membaca tentang syarat dan Tatacara permohonan.



Khamis, 19 Januari 2017

SENARAI NAMA TERKINI PELAJAR TINGKATAN 3,4, 5 TAHUN 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berikut adalah pautan untuk guru-guru memuat naik Senarai nama terkini pelajar tingkatan 3 hingga 5 untuk tahun 2017. Sila klik pada pautan di bawah untuk proses muat turun.

1. MUAT TURUN  SENARAI NAMA TINGKATAN 3-5

Rabu, 18 Januari 2017

CARA PENYEDIAAN LAPORAN SPSK LADAP/PROGRAM/BENGKEL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berikut adalah pautan untuk guru-guru memuat naik laporan SPSK bagi sesuatu program/bengkel/ladap untuk tahun 2017. Sila klik pada pautan di bawah untuk proses muat turun.

1. LAPORAN SPSK

2. PELAN OPERASI LADAP(LAPORAN)


Selasa, 17 Januari 2017

SENARAI NAMA TERKINI PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Berikut adalah pautan untuk guru-guru memuat naik Senarai nama terkini pelajar tingkatan 1 untuk tahun 2017. Sila klik pada pautan di bawah untuk proses muat turun.

1. Tingkatan 1


Guru yang baik itu mahal, tapi guru yang buruk itu lebih mahal.



Pastikan hari ini  lebih baik dari semalam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...