Memaparkan catatan dengan label Guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Guru. Papar semua catatan

Isnin, 18 Januari 2016

Khamis, 6 Ogos 2015

Info Guru : Microsoft Innovative Educator Experts Program



Program untuk mengiktiraf guru-guru dinamik dan berinovatif yang menggunakan teknologi berasaskan produk Microsoft dalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran.


Khamis, 9 Julai 2015

Pertandingan Educational Blogging 2015

Jom sertai!! Pertandingan Educational Blogging 2015

Sila daftarkan blog anda di sini : Borang pendaftaran 


Poster Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan 2015



SKOP PERTANDINGAN :
~ Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia                 berdasarkan kategori pertandingan
~ Blog yang dipertandingkan perlu mempunyai kandungan berbentuk ilmiah dan berasaskan  pendidikan

 
KATEGORI PERTANDINGAN :
1. Terbuka
2. Sekolah
TARIKH PERTANDINGAN 
Pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara online di sini  mulai 19 Mei 2015

TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
30 Sept 2015 | jam 11:59pm

                                                                           

                                       
Credit Photo to http://www.cikguhailmi.com
Pemenang Pertandingan EDU2014 | Kategori Terbuka 
HADIAH PERTANDINGAN : 

 Setiap Kategori :
Tempat Pertama hingga ke-3 :
sebuah Gajet Elektronik* + sijil penyertaan

* Hadiah adalah tertakluk kepada perubahan





KRITERIA PENILAIAN 
 
Kandungan
~ Perkongsian ilmu/maklumat berunsur pendidikan
~ Kesahihan maklumat

* Rekabentuk Kreatif
~ Penggunaan elemen Multimedia (Video, Animasi, Audio)

~ Interaktif/dinamik
~ Mesra Pengguna
~ Rangkaian Sosial

Nilai Tambah
~ Keaktifan (up-to-date)
~ Bilangan pengikut (follower)
~ Keaslian (originality) 




SYARAT PENYERTAAN
  1. Blog yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui
    Internet pada bila-bila masa. 
  2. Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia bagi membangunkan blog masing-masing yang tetrtakluk kepada syarat-syarat pertandingan.
  3. Kandungan dalam blog mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi,perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
  4. Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog adalah tanggungjawab peserta.
  5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.
  6. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
  7. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  8. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta. 
  9. Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta. 
  10. Borang penyertaan perlu dihantar sebelum tarikh tutup pertandingan.

PERTANYAAN

Pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak Urusetia iaitu :

Siti Munirah Binti Ahmad
015 - 4811 7556 | 8 pagi - 5 petang | siti.munirah@ict.upsi.edu.my

Isnin, 27 April 2015

Info Guru : GANGGUAN CAPAIAN PERKHIDMATAN SISTEM DAN APLIKASI ONLINE KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GANGGUAN CAPAIAN PERKHIDMATAN SISTEM DAN APLIKASI ONLINE KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Perhatian Kepada
Semua Pengguna Sistem dan Aplikasi online seluruh negara seperti yang berikut :
·  Rujuk Lampiran A
Tarikh/Masa Mula
24 April 2015 (Jumaat) / 5.00 petang  dan 1 Mei 2015 (Jumaat) / 5.00
Tarikh Tamat/Masa Tamat
26 April 2015 (Ahad) / 6.00 petang dan 3 Mei 2015 (Ahad) / 6.00
Kerja-kerja/tujuan/sebab
Adalah dimaklumkan bahawa capaian ke sistem dan aplikasi seperti di dalam lampiran A di seluruh negara akan mengalami gangguan berikutan kerja-kerja elektrikal di Pusat Data yang akan dilaksanakan pada tarikh dan masa seperti dinyatakan di atas.
Kesan kepada pengguna yang terlibat
Sehubungan itu, sepanjang tempoh yang dinyatakan di atas, akan terdapat gangguan capaian ke atas sistem dan aplikasi seperti di lampiran.
Adalah dinasihatkan supaya semua transaksi disempurnakan sebelum atau selepas pada waktu yang dinyatakan.
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui :
E-mel:
Telefon : 06 -797 8407 / 8410 / 8413 / 8414

Jumaat, 16 Januari 2015

Info Guru : Portal e-GURU

http://pnp.moe.edu.my/eguru/
Portal e-Guru merupakan perpustakaan maya yang mengandungi koleksi video amalan terbaik kaedah dan inovasi PdP berdasarkan Standard 4 SKPM. Portal ini akan membantu pengguna terutamanya guru bagi mendapatkan bahan rujukan secara akses kendiri dan berkongsi pandangan, cadangan dan memuat naik video amalan terbaik PdP (rakaman sendiri). Hal ini dapat menambah baik kualiti PdP bagi meningkatkan pencapaian murid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...