Memaparkan catatan dengan label VLE Frog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label VLE Frog. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Mei 2017

QUIZIZZ DI LAMAN KUIZ FROG VLE SMKJK

Assalamualaikum 

Sukacita dimaklumkan bahawa soalan kuiz di laman kuiz di dashboard sekolah telah meningkat dengan ketara. Jangan terlepas untuk menjawab soalan kuiz terbaru dengan bersaing bersama rakan pelajar untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam sekolah.

Kuiz tingkatan 1

Kuiz tingkatan 2

Kuiz tingkatan 3

Kuiz tingkatan 4

Kuiz tingkatan 5




Rabu, 12 April 2017

LAMAN KUIZ SMKJK

ASSALAMUALAIKUM

Anda kini boleh melayari Laman Kuiz SMKJK dengan hanya log masuk ke id frog masing-masing.

Berikut adalah cara untuk ke Laman Kuiz SMKJK.

Masukkan nombor ic murid ke ruangan yang disediakan dan klik 'ENTER' dan ID YES dan password murid akan kelihatan.


'Right click' pada log in frog di atas dan klik 'open link in new tab'


'Copy n paste' ID dan password ke ruangan yang disediakan dan klik 'login'


Terdapat 4 halaman dashboard dan anda hanya perlu ke page keempat iaitu Laman Kuiz SMKJK

Pilih menu kuiz dan pilihan sub menu tingkatan akan kelihatan.


Masukkan kod yang diberi dan klik proceed. Kemudian masukkan nama anda dan kelas dan klik 'start game'.

HEBAHKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA.

SELAMAT MENCUBA!








Sabtu, 31 Disember 2016

Kongsi Data Smartphone YES (Hotspot)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Ya sekolah dah nak buka dalam dua tiga hari lagi bukan ? Mungkin cikgu dah dapat smartphone altitude daripada pihak YES. Tapi bagaimana hendak gunakan Teacher Data Plan Package dalam smartphone YES 4G LTE ke komputer riba cikgu ? Takkan nak renung screen kecil telefon tu bukan ? Kelabu biji mata tu nanti.
Kami kongsikan bagaimana cikgu boleh dapat manfaat daripada fungsi smartphone YES untuk dijadikan hotspot nanti. Ikuti langkah dibawah untuk memudahkan kerja cikgu-cikgu di sekolah nanti.
Secara amnya setiap bulan cikgu akan mendapat data 2GB yang dibayar oleh KPM untuk digunakan untuk tujuan kerja cikgu secara percuma. Bagaimana hendak periksa sama ada masih ada data atau dah habis ? Cikgu boleh buka aplikasi My YES 4G untuk memeriksa baki pakej data cikgu dengan mudah.
Masih banyak lagi bukan ? Sekarang marilah ikuti langkah tutorial suapaya cikgu dapat aktifkan fungsi Hotspot pada phone Altitude YES dengan mudah.
Pergi setting atau scroll down paparan screen dan klik icon gear
Seterusnya klik menu More

Seterusnya klik menu Set up WLAN hotspot
Seterusnya masukan nama wireless Hotspot cikgu .. pastikan unik supaya tak ada yang tertukar atau nama sama satu sekolah Hotspot cikgu nanti
Jangan lupa tap butang save ... ok langkah seterusnya
Cikgu boleh tap untuk hidupkan fungsi Hotspot cikgu ... malah cikgu boleh gunakan Bluetooth untuk sambungan lebih selamat
Jika cikgu risau kehabisan batery cikgu boleh gunakan USB tethering sambil caj dan melayari internet.
Jika cikgu dah setup semuanya takkan nak akses melalui setting setiap kali nak kongsi internet bukan ? Kali ini mudah ... sistem phone akan buat satu butang one tap sahaja bila cikgu swap turun screen untuk aktifkan fungsi Hotspot dengan mudah.
Contoh bila cikgu aktifkan Hotspot ... cikgu boleh akses sama seperti sambuangan wifi yang lain
Satu tips bagi pengguna Windows 10. Jika cikgu tak aktifkan metered connections wifi kemungkinan data cikgu akan ditelan oleh sistem update Windows 10. Mohon aktifkan selepas cikgu buat sambungan ke Hotspot cikgu.
Awal bulan dah habis data ... alamak !
Mohon aktifkan fungsi ini jika tak nak kehabisan data dengan cepat dalam Windows 10
Gunakan dengan bijak .. 

Selasa, 10 Mei 2016

MENGGUNAKAN EMAIL FROG-VLE

Rabu, 24 Februari 2016

Cara untuk kongsi sites frog vle kepada umum di sekolah

Berikut adalah langkah-langkah untuk guru-guru kongsi(share) sites yang telah dibuat kepada umum di dalam sekolah
Guru-guru boleh terus login dengan klik pada widget hop in di sebelah kanan portal http://smkjalankebun.blogspot.my/


Isnin, 23 Mac 2015

Info Guru : MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GM1M DALAM VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE) FROG SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak YTL Communications Sdn Bhd dan FrogAsia Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah program 1BestariNet akan menganjurkan Majlis Pelancaran Program Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Dalam Virtual Learning Environment (VLE) Frog Sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran.

Objektif program ini adalah untuk membantu melonjakan transformasi pendidikan negara dengan mengukuhkan profesion perguran di Malaysia. Sesi latihan interaktif akan disediakan untuk guru-guru muda di bawah usia 40 tahun dalam menggunakan teknologi Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran.

Melalui program ini, guru-guru muda yang terlatih bukan sahaja berupaya membimbing murid-murid dengan lebih efektif, tetapi juga akan berkongsi kemahiran yang dipelajari bersama guru-guru lain.

Program ini akan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan majlis ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh            : 24hb Mac 2015

Masa              : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat          :  Grand Ballroom, Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak

Rabu, 16 Julai 2014

Makluman: Pembudayaan VLE Frog & Senarai Semak

Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.  Pihak KPM telah mengarahkan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Selangor untuk melaksanakan gerak gempur bagi membantu meningkatkan penggunaan VLE di kalangan guru, murid dan ibu bapa di sekolah.

3.  Sehubungan itu, pihak BTPN dan PKG akan turun ke sekolah untuk menjalankan bimbingan di sekolah tuan/puan.

4.  Bersama-sama ini dilampirkan surat dari Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk tujuan tersebut.

Kerjasama tuan/puan dalam program ini amat kami hargai dan diucapkan terima kasih.

--
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,
Rusita
RUSITA BINTI SAHARI
Penolong Pengarah
Unit Perkhidmatan ICT
BTPN Selangor
Tel: 03-55484477 (777)
Fax: 03-55484480

Senarai Semak VLE Frog Selangor 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...