Memaparkan catatan dengan label PPD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPD. Papar semua catatan

Selasa, 25 Februari 2014

PENANGGUHAN TAKLIMAT PBS DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH RENDAH

Salam 1Malaysia
Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah Daerah Klang
PENANGGUHAN TAKLIMAT PBS DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH RENDAH
Sukacita dimaklumkan surat untuk dimuat turun mengenai tajuk di atas:-
Sekian, terima kasih.
Unit Penilaian dan Peperiksaan
PPD KLANG

Selasa, 23 Julai 2013

TAKLIMAT PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) DI SEMUA SEKOLAH NEGERI SELANGOR.

Salam 1Malaysia
Pengetua & Guru Besar
Sekolah Menengah & Sekolah Rendah,
(Senarai Seperti Lampiran)
 
TAKLIMAT PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) DI SEMUA SEKOLAH NEGERI SELANGOR.
 
Perkara Di atas dirujuki.
 
Sehubungan dengan itu, Tuan / Puan di minta hadir untuk taklimat tersebut mengikut jadual seperti di bawah.
Tarikh : 25 Julai 2013
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Auditorium SJKC Pendamaran A,Klang
Peserta : 2 Orang Setiap Sekolah.(Pengetua @ Guru Besar Dan Penyelaras Bestari @ Penyelaras ICT)
Sila muaturun surat tersebut dibawah untuk tindakan selanjutnya:-
taklimat penggunaan sistem pengurusan sekolah (sps) di semua sekolah negeri selangor
 

Sekian,Terima Kasih.
 
Unit Pengurusan Sekolah
PPD Klang

Sumber : PPD Klang

Jumaat, 17 Mei 2013

BORANG PENYERTAAN MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH PENDIDIKAN AGAMA (MISS) PERINGKAT ZON 2 (2013)


Assalamualaikum wrh. wbt. dan Salam 1 Malaysia
Pengetua,
SMK KAA/SABK/KISAS,
Daerah Klang, Kuala Langat & Sepang.
Sukacita dimaklumkan Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah Pendidikan Agama (MISS), Peringkat Zon 2 (Klang, Kuala Langat dan Sepang) Tahun 2013 akan diadakan pada 12 Jun 2013 (Rabu) di SAM Sultan Hisamuddin, Jalan Tepi Sungai, Sg. Bertek, Klang.
Sehubungan itu, mohon sekolah mengisi Borang Penyertaan yang disertakan dengan lengkap dan sila hantar borang hardcopy melalui faks (03-33412043) dan borang softcopy melalui emel (mtqklang@gmail.com) sebelum atau pada 23 Mei 2013. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pendidikan Islam, PPD Klang melalui talian 03-33487100-116/173/174.
Sila muat turun borang di sini >> BORANG PENYERTAAN MISS ZON 2 (2013)
Sekian terima kasih

Rabu, 8 Mei 2013

PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2013


Assalamualaikum wrh. wbt. dan Salam 1 Malaysia
Kepada Semua Pengetua SM Daerah Klang.
u.p. : Ketua Panitia Matematik Tambahan                                                          

Unit Matematik, Jabatan Pelajaran Selangor akan menjalankan Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) hanya melibatkan murid Tingkatan 5. KPMT bertujuan memupuk kreativiti, kemahiran berfikir matematik dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan murid dalam usaha mereka menyelesaikan tugasan yang diberi. Jabatan Pelajaran Selangor telah menyediakan DUA tugasan KPMT berdasarkan tajuk-tajuk dan kemahiran yang berbeza, yang boleh dipilih oleh murid dalam menjalankan KPMT.
Dokumen yang diperlukan bagi pelaksanaan KPMT 2013 seperti di bawah  PERLU dimuat turun dari laman web PPD untuk tindakan selanjutnya:
1. Kerja Projek Matematik Tambahan 1/2013 – 2/2013
2. Additional Mathematics Project Work 1/2013 – 2/2013
3. Rubric for Additional Mathematics Project Work 2013
4. Guidelines for the Implementation of Additional Mathematics Project Work 2013 
Sila muat turun bahan di sini >> Bahan Matematik Tambahan 2013
Kerjasama pihak tuan/puan adalah diharapkan untuk mengedarkan dokumen tersebut dan memberi murid kebebasan untuk memilih mana-mana satu tugasan yang disediakan untuk dilaksanakan. Untuk maklumkan tuan/puan, Rangka Penyelesaian (Solution Outline) turut disediakan bagi tujuan menyelaras pentaksiran KPTM oleh guru di Selangor. Rangka Penyelesaian ini akan hanya diedarkan oleh Unit Matematik, Jabatan Pelajaran Selangor kepada pihak tuan/puan pada 10 Jun 2013.
Sekian, terima kasih

Rabu, 24 April 2013

BENGKEL PEMBINAAN ITEM DAN PROGRAM PENINGKATAN INOVASI DAN PROFESIONALISME


Pengetua,Sekolah Menengah Daerah Kalang(UP: Ketua Panitia Kimia)
Tuan,
BENGKEL PEMBINAAN ITEM DAN PROGRAM PENINGKATAN INOVASI DAN PROFESIONALISME
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Sila muat turun surat untuk makluman keua Panitia Kimia di sini surat kp kimia
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Puan Anawiyah binti Baki melalui talian 013 338373. Pegawai meja yang bertanggungjawab diperingkat PPD Klang, Puan Rashidah binti Mohd Yusof di talian03 33487100 sambungan 112 sedia membantu.


e-Kehadiran Murid


Salam 1Malaysia
Berikut dilampirkan surat siaran berkaitan perkara diatas.
Sila muat turun di bawah untuk maklumat lanjut :
Sebarang masalah sila berhubung dengan Unit Pembangunan Kemanusiaan
Sekian.
PPD Klang

Selasa, 16 April 2013

PERMOHONAN UNTUK MENGISI PERJAWATAN HAKIKI SEBAGAI SISC+ DAN SIPARTNERS+ SEPENUH MASA DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD)


PERMOHONAN UNTUK MENGISI PERJAWATAN HAKIKI SEBAGAI SISC+ DAN SIPARTNERS+ SEPENUH MASA DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD)

Makluman kepada semua guru Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah menengah dan rendah seluruh negara.
Permohonan untuk mengisi perjawatan hakiki sebagai SISC+ dan SIPartners+ sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Kepada mereka yang berminat sila isi borang permohonan dan  serahkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) tuan/puan. Untuk sebarang kemusykilan sila emelkan ke alamat dtpbpsh2013@gmail.com.
Harap maklum.

Muat Turun
Borang SISC
Brosur SISC


Diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat

Taklimat Teknik Menanda dan Menjawab Matematik SPM 2013



Isnin, 15 April 2013

Makluman : SURAT ARAHAN KUTIPAN DATA DAN PEMANTAUAN PENGURUSAN DATA EMIS TAHUN 2013.


Salam 1 Malaysia
Kepada :
Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Sekolah Rendah Daerah Klang,
Tuan/Puan,
SURAT ARAHAN KUTIPAN DATA DAN PEMANTAUAN PENGURUSAN DATA EMIS TAHUN 2013.
Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas.
2.  Untuk makluman surat arahan tersebut boleh di muat turun "UPLOAD" menggunakan "LINK" yang disertakan dibawah.
        i- Surat Arahan Kutipan Data :- KUTIPAN DATA 2013
        ii- Surat Arahan Pemantauan :- PEMANTAUAN 2013
Segala kerjasama dan keperihatinan Tuan/Puan untuk melaksanakan arahan dan mengambil tindakan sewajarnya, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih.
Penyelia Maklumat
Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pelajaran Daerah Klang

Jumaat, 12 April 2013

Makluman : Urusan Pemangkuan Hakiki Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam


Pengetua/Guru Besar,
Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa Urusan Pemangkuan Hakiki Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam telah dimuatnaik melalui Sistem ePangkat. Jika terdapat mana - mana pegawai yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan melalui Sistem ePangkat melalui website www.moe.gov.my/epangkat<http://www.moe.gov.my/epangkat>. Sebarang permohonan melalui luar talian tidak dipertimbangkan.

3.      Tuan/ puan juga dipohon supaya dapat memanjangkan pemakluman ini kepada semua guru di bawah seliaan masing - masing dan mengikut setiap ketetapan yang telah dibuat. Tuan/ puan juga yang berminat untuk membuat memohon adalah diingatkan agar mengemaskini setiap maklumat yang dikehendaki agar permohonan yang dipanjangkan dapat diproses dengan jayanya. Panduan semakan maklumat dan iklan permohonan kenaikan pangkat ada terpapar di website sistem epangkat untuk makluman dan tindakan tuan/ puan selanjutnya.

4.        Kerjasama tuan/ puan dalam perkara ini didahului dengan setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah

Rohaiza Binti Mamat
Pegawai Eksekutif Kanan
Unit Naik Pangkat
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
Jabatan Pelajaran Selangor

Sumber : btpnsel

Isnin, 8 April 2013

SEMAKAN TOV-ETR DAN BAIAH PENGETUA


Assalamualaikum wrh. wbt. dan Salam 1Malaysia
Pengetua Sekolah Daerah Klang.

SEMAKAN ON SITE SAPS DAN HEADCOUNT  UJIAN 1 (U1) 2013 (SEKOLAH MENENGAH)

SUP SAPS perlu membawa dokumen berikut semasa penghantaran bahan untuk Ujian 1 pada 22.3.2013. Sila muat turun surat  berikut:
Bahan 1 dan 2 seperti dalam surat panggilan.
1. SURAT SUP MEN U1 2013
2. Surat JU SAPS TOV 2013 Sekolah Menengah / Sekolah Rendah
Juga sila bawa Post Moertem SPM 2012 .Muat turun aplikasi analisis SPM 2013SPM Sek V7 2012
Sebarang kesulitan sila hubungi En. Mohd Arif b. Ab Muis (Pegawai Meja SAPS)

Jumaat, 5 April 2013

Bahan Pemantauan Sektor Pembangunan Kemanusiaan 2013


Salam 1Malaysia
Semua
Pengetua / Guru Besar
SM / SR di Daerah Klang
Pemantauan Sektor Pembangunan Kemanusiaan 2013
Berikut dilampirkan bahan pemantauan Sektor Pembangunan Kemanusiaan 2013.
Sila muat turun di bawah untuk tindakan pihak sekolah selanjutnya :
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Sektor Pembangunan Kemanusiaan di talian 03-33487102
Sekian.
Unit Pembangunan Kemanusiaan
PPD Klang

Khamis, 4 April 2013

Taklimat I-TR1M


Taklimat i-TR1M

Tempat : SAMT Hishamudin, Klang
Tarikh : 4 April 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi

Penglibatan :
YDP / NYDP PIBG
PK Hem
Guru Penyelaras Bestari@ICT

Khamis, 21 Mac 2013

TAWARAN CUTI BELAJAR BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN AMBILAN TAHUN 2013


Salam 1 Malaysia
Semua
Pengetua / Guru Besar
Daerah Klang
Tuan,
TAWARAN CUTI BELAJAR BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN AMBILAN TAHUN 2013
Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.
Bersama-sama ini, disertakan siaran dari JPN Selangor berkaitan perkara diatas untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
Tawaran Cuti Belajar tersebut terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
a)      TAWARAN CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI TANPA BIASISWA, dan
b)      TAWARAN CUTI BELAJAR TANPA GAJI TANPA BIASISWA
Sila muat turun maklumat berkaitan di bawah untuk rujukan :
Mohon kerjasama tuan untuk menyampaikan maklumat ini kepada semua guru yang berada di bawah pentadbiran tuan.
Sekian, terima kasih.
SUMBER : PPD Klang

Mesyuarat E-Operasi Peringkat Daerah Klang.




Mesyuarat E-Operasi Peringkat Daerah Klang
____________________________________

Tarikh : 19 dan 21 Mac 2013 (Selasa dan Khamis)
Tempat : SMK Jalan Kebun, Klang.

Penglibatan : 

Penolong Kanan 1
Guru Data

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...