Memaparkan catatan dengan label Pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelajar. Papar semua catatan

Khamis, 9 Julai 2015

Pertandingan Educational Blogging 2015

Jom sertai!! Pertandingan Educational Blogging 2015

Sila daftarkan blog anda di sini : Borang pendaftaran 


Poster Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan 2015



SKOP PERTANDINGAN :
~ Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia                 berdasarkan kategori pertandingan
~ Blog yang dipertandingkan perlu mempunyai kandungan berbentuk ilmiah dan berasaskan  pendidikan

 
KATEGORI PERTANDINGAN :
1. Terbuka
2. Sekolah
TARIKH PERTANDINGAN : 
Pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara online di sini  mulai 19 Mei 2015

TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
30 Sept 2015 | jam 11:59pm

                                                                           

                                       
Credit Photo to http://www.cikguhailmi.com
Pemenang Pertandingan EDU2014 | Kategori Terbuka 
HADIAH PERTANDINGAN : 

 Setiap Kategori :
Tempat Pertama hingga ke-3 :
sebuah Gajet Elektronik* + sijil penyertaan

* Hadiah adalah tertakluk kepada perubahan





KRITERIA PENILAIAN 
 
* Kandungan
~ Perkongsian ilmu/maklumat berunsur pendidikan
~ Kesahihan maklumat

* Rekabentuk Kreatif
~ Penggunaan elemen Multimedia (Video, Animasi, Audio)

~ Interaktif/dinamik
~ Mesra Pengguna
~ Rangkaian Sosial

* Nilai Tambah
~ Keaktifan (up-to-date)
~ Bilangan pengikut (follower)
~ Keaslian (originality) 




SYARAT PENYERTAAN
  1. Blog yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui
    Internet pada bila-bila masa. 
  2. Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia bagi membangunkan blog masing-masing yang tetrtakluk kepada syarat-syarat pertandingan.
  3. Kandungan dalam blog mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi,perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
  4. Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog adalah tanggungjawab peserta.
  5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.
  6. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
  7. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  8. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta. 
  9. Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta. 
  10. Borang penyertaan perlu dihantar sebelum tarikh tutup pertandingan.

PERTANYAAN

Pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak Urusetia iaitu :

Siti Munirah Binti Ahmad
015 - 4811 7556 | 8 pagi - 5 petang | siti.munirah@ict.upsi.edu.my

Khamis, 12 Mac 2015

PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR, JORDAN DAN MOROCCO) BAGI SESI KEMASUKAN 2015/2016

PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN
KE TIMUR TENGAH (MESIR, JORDAN DAN MOROCCO)
BAGI SESI KEMASUKAN 2015/2016


1.  Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2015/2016 perlu membuat permohonan secara atas talian di app.moe.gov.my/timurtengah. Sila muatturun panduan permohonan.->> http://app.moe.gov.my/timurtengah/borang/Panduan_Permohonan.pdf

2.   Permohonan atas talian akan dibuka pada 10 Mac 2015 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 10 April 2015 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada atau sebelum 8 Mei 2015 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.

3.  Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen yang lengkap perlu dihantar kepada KPM. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibu bapa sendiri dan dimaklumkan bahawa KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

4.   Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6627/6226


Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya

LIGA REMAJA KREATIF 2015

Klik untuk maklumat lanjut

Isnin, 25 Ogos 2014

Info : Peperiksaan Percubaan SPM 2014

Tips Menghadapi Peperiksaan.


Bertenang dan jangan cemas

Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda adalah terhad. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan yang akan anda diambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.

Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran

Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.

Yakin terhadap kebolehan diri

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Masa rehat perlu secukupnya

Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.

Hapuskan tabiat suka tidur

Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.

Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan

Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.
Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.
Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.

Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.


Khamis, 21 Ogos 2014

Makluman : PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2014

PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2014



Sukacita dimaklumkan KPKT akan menganjurkan Pertandingan Analisis Senario Habitat 2014 yang akan melibatkan penyertaan di kalangan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Sekolah Menengah. Tarikh tutup penyertaan tersebut adalah pada 30 September 2014 (SELASA).

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun dokumen-dokumen berkaitan pertandingan di bawah.


Muat Turun


Selasa, 12 Ogos 2014

Makluman: PERMOHONAN KEMASUKAN MURID LEPASAN PMR 2013 BAGI PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DI INSTITUT PENDIDIKAN SWASTA (IPS) AMBILAN OGOS 2014





PERMOHONAN KEMASUKAN MURID LEPASAN PMR 2013 BAGI PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DI INSTITUT PENDIDIKAN SWASTA (IPS) AMBILAN OGOS 2014


Sukacita dimaklumkan bahawa PERMOHONAN KEMASUKAN MURID LEPASAN PMR 2013 BAGI PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DI INSTITUT PENDIDIKAN SWASTA (IPS)  AMBILAN OGOS 2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 11 Ogos 2014 (12.01am) sehingga 15 Ogos 2014 (11.59pm) atau klik di sini.



Diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat

Isnin, 14 Julai 2014

Makluman: Permohonan Kemasukan Murid Tingkatan 3 (2013) Bagi Program Kolaboratif KPM dan ILKA Ambilan Ogos 2014


Permohonan Kemasukan Murid Tingkatan 3 (2013) Bagi Program Kolaboratif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Ambilan Ogos 2014

Permohonan dibuka sehingga 3 OGOS 2014

Isnin, 7 Julai 2014

Pertandingan Rekacipta Kandungan Kreatif @ Liga Remaja Kreatif 'dilanjutkan'

Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014


Pengenalan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk VIDEO, PORTAL INTERNET ataupun APLIKASI MUDAH ALIH. Tema bagi pertandingan ini adalah“Jalur Lebar Untuk Pendidikan”
Tarikh Tutup Penyertaan : 15 Ogos 2014

Syarat Penyertaan

A. Maklumat Peraduan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital.
  2. Tema bagi pertandingan ini adalah Jalur Lebar Untuk Pendidikan dan mestilah berbahasa Malaysia.
B. Kelayakan Pertandingan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
  2. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.
C. Terma dan syarat pertandingan
  1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar.
  2. Video penyertaan hendaklah dimuatnaik ke laman http://lrk.mcmc.gov.my selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2014. Penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup tidak akan diterima.
  3. Penyertaan bagi kategori VIDEO hendaklah di antara 2-5 minit dan video keterangan projek bagi kategori PORTAL INTERNET dan APLIKASI MUDAH ALIH hendaklah tidak lebih dari 1 minit.
  4. Penyertaan bagi kategori VIDEO boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
  5. Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
  6. Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
  7. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  8. Penyertaan adalah percuma.
  9. Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 kepada pihak Sekolah.
  10. Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
  11. Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
  12. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
  13. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
  14. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  15. Hak cipta produksi adalah hak milik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  16. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap penyertaan bagi tujuan penyiaran.
  17. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
  18. Peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan dalam talian yang telah disediakan di http://lrk.mcmc.gov.my
  19. Peserta dikehendaki menyimpan video penyertaan asli sekiranya diperlukan.
  20. Borang Penyertaan dalam talian lengkap hendaklah disahkan oleh Pengetua atau Wakil Pengetua melalui email yang telah dinyatakan di borang penyertaan dalam talian.
  21. Setiap video penyertaan hendaklah disertakan maklumat seperti Tajuk Produksi, Nama Pelajar dan Nama Sekolah di awal video (Sila lihat contoh di bawah)
  22. Liga Remaja Kreatif 2014
    'Tajuk Produksi'
    'Nama Pelajar'
    'Nama sekolah'
    Contoh:
    Liga Remaja Kreatif 2014
    'Kreativiti Jalur Lebar'
    'Ahmad,Fathin,Muthu,Fiona'
    'SMK Cyberjaya, Selangor'

    Hadiah

    Peringkat Negeri
    Hadiah tempat pertama
    : RM5,000 berserta 4 x kamera digital
    Hadiah tempat kedua
    : RM3,000 berserta 4 x kamera digital
    Hadiah tempat ketiga
    : RM2,000 berserta 4 x kamera digital
    Hadiah saguhati
    : RM500 x 7
    Peringkat Kebangsaan
    Hadiah tempat pertama
    : RM10,000 berserta 4 x iPhone
    Hadiah tempat kedua
    : RM7,500 berserta 4 x iPhone
    Hadiah tempat ketiga
    : RM5,000 berserta 4 x iPhone
    Portal Internet Terbaik
    : RM5,000 berserta 4 x iPhone
    Aplikasi Mudah Alih Terbaik
    : RM5,000 berserta 4 x iPhone
    Video Paling Popular
    : RM2,500
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...