Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Februari 2017

ACARA AKHIR SUKANTARA SMKJK 2017

Assalamualaikum

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan Sukantara pada tahun 2017. Jangan lupa Hari Sukan Sekolah pada:

Hari : Jumaat
Tarikh : 3 Februari 2017
Tempat : Padang sekolah



Jumaat, 13 Januari 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Marilah beramai-ramai warga SMKJK hadir dalam menjayakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah pada hari Jumaat bersamaan 13 Januari 2017 pada jam 7.30 pagi. Ayuh!

Selasa, 11 Oktober 2016

KEJOHANAN RAGBI COBRA 10's (YOUTH) BAWAH 14 TAHUN 2016

Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi SMK Jalan Kebun kerana berjaya berjaya ke perlawanan akhir kejohanan  ragbi COBRA 10's bawah 14 tahun sempena Hari Sukan Negara yang berlangsung di SMK La Salle Petaling Jaya pada Sabtu 8 Oktober yang lalu.
Pasukan ragbi sekolah berjaya mendapat tempat kedua dalam kejohanan tersebut.

Pasukan sekolah bergambar selepas sesi penyampaian hadiah.


Seorang pemain SMKJK diberikan rawatan ketika perlawanan.
Para pemain memanaskan badan sebelum perlawanan.



Isnin, 29 Ogos 2016

KARNIVAL BAKAT PELAPIS SEPAK TAKRAW

Tahniah diucapkan kepada pasukan takraw SMK Jalan Kebun kerana berjaya muncul sebagai naib johan(b15) dan ketiga(b13) pada Karnival Bakat Pelapis Negeri siri 2/2016 yang diadakan pada 15-18 Ogos yang lalu.
Pasukan bawah 15 tahun berjaya memperoleh tempat kedua.

Pasukan bawah 13 tahun mendapat tempat ke-3

Pasukan sekolah bersama jurulatih pasukan.

Jurulatih pasukan sekolah yang tidak pernah jemu mencari bakat anak2 pelajar di sekolah dalam sukan sepak takraw.


Sabtu, 6 Februari 2016

Kejohanan Merentas Desa Sesi 2016

Tahniah kepada para pelajar, guru-guru, pihak polis, dan anggota RELA yang telah membantu dalam menjayakan Kejohanan merentas desa sesi 2016 peringkat sekolah pada 5 Februari 2016. Tidak lupa juga kepada rumah sukan Dol Said yang menjadi johan keseluruhan merentas desa sesi 2016 ini.


Kejohanan Merentas Desa sesi 2016 by Slidely Slideshow

Rabu, 3 Februari 2016

Latihan Merentas Desa sesi 2016

Sekitar sesi latihan merentas desa bagi sesi pagi yang berlangsung sekitar jam 3 petang pada hari selasa 2 Februari 2016.
Kejohanan yang sebenar akan berlangsung pada hari Jumaat, 5 Februari 2016.



Latihan Merentas Desa sesi 2016 by Slidely Slideshow

Rabu, 6 Januari 2016

Pengurusan Kokurikulum SMKJK 2016

Mesyuarat Kokurikulum Pertama SMKJK 2016

Isnin, 31 Mac 2014

Pasukan Ragbi B15 : Naib Johan Daerah Klang

Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi sekolah di atas kejayaan yang dicapai serta terpilih mewakili Daerah Klang di MSSS pada 21-22 April 2014. Semoga beroleh kejayaan dan mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri.

Barisan pemain bersama pengurus dan jurulatih, En. Azmi dan En. Shahir.

Khamis, 20 Mac 2014

Misi SMK Jalan Kebun memburu kejuaraan berganda. (Kejohanan Sepak Takraw Daerah Klang)

Regu B15 

Kesemua regu pasukan sepak takraw SMK Jalan Kebun layak ke pusingan separuh akhir bagi kategori 15 tahun dan 18 tahun. Semoga beroleh kejayaan ke pusingan akhir esok. Perlawanan akan diadakan Dewan MPK Klang, Andalas.
Carta Perlawanan B18

Selasa, 21 Mei 2013

Tahniah dan Syabas !!!






                           Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar SMK Jalan Kebun yang mewakili sekolah dan daerah dalam Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Negeri baru-baru ini. Kejayaan merangkul gelaran JUARA bagi kategori 18 tahun sangat membanggakan. Begitu juga pasukan 15 tahun yang mencapai keputusan yang tempat ketiga seharusnya dipuji oleh semua pihak. Semoga kejayaan seperti ini memberi inspirasi kepada semua pelajar dalam bidang sukan yang lain. Tahniah dan terima kasih juga kepada pengurus pasukan, En. Latif di atas komitmen yang diberikan.

Selasa, 30 April 2013

Makluman: Pertandingan Bola Tampar Peringkat Sekolah.


Makluman: Pertandingan Bola Tampar Peringkat Sekolah

Perempuan (18 Tahun)
Tarikh  : 30 April 2013 (Selasa)
Masa : 3.00 petang


Lelaki (18 Tahun)

Tarikh  : 2 Mei 2013 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...