Memaparkan catatan dengan label Ibu bapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibu bapa. Papar semua catatan

Rabu, 30 Disember 2015

Selasa, 14 Julai 2015

Info : Pemberitahuan mengenai cuti sempena Hari Raya Aidilfitri 2015.

Kepada:

Ibu Bapa / Penjaga
Pelajar SMK Jalan Kebun
Shah Alam.

Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN MENGENAI CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2015


Berhubung perkara di atas, dimaklumkan sempena Hari Raya Aidilfitri, sekolah akan bercuti seperti berikut :-


TARIKH CUTI
JENIS CUTI
TEMPOH CUTI
15 JULAI 2015
CUTI BERGANTI
15 - 21 JULAI 2015
16 JULAI 2015
CUTI PERISTIWA
20 JULAI 2015
CUTI BERGANTI
21 JULAI 2015
CUTI BERGANTI


2.        Sesi persekolahan akan beroperasi seperti biasa pada 22 Julai 2015 (Rabu). Pihak kami amat mengharapkan agar tuan/puan dapat mengambil perhatian mengenai makluman cuti tersebut.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KLANG CEMERLANG KLANG BOLEH" 


PN ALIJAH BINTI MD DOM
Pengetua 
SMK Jalan Kebun
Shah Alam.



Khamis, 9 Julai 2015

Pertandingan Educational Blogging 2015

Jom sertai!! Pertandingan Educational Blogging 2015

Sila daftarkan blog anda di sini : Borang pendaftaran 


Poster Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan 2015



SKOP PERTANDINGAN :
~ Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia                 berdasarkan kategori pertandingan
~ Blog yang dipertandingkan perlu mempunyai kandungan berbentuk ilmiah dan berasaskan  pendidikan

 
KATEGORI PERTANDINGAN :
1. Terbuka
2. Sekolah
TARIKH PERTANDINGAN 
Pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara online di sini  mulai 19 Mei 2015

TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
30 Sept 2015 | jam 11:59pm

                                                                           

                                       
Credit Photo to http://www.cikguhailmi.com
Pemenang Pertandingan EDU2014 | Kategori Terbuka 
HADIAH PERTANDINGAN : 

 Setiap Kategori :
Tempat Pertama hingga ke-3 :
sebuah Gajet Elektronik* + sijil penyertaan

* Hadiah adalah tertakluk kepada perubahan





KRITERIA PENILAIAN 
 
Kandungan
~ Perkongsian ilmu/maklumat berunsur pendidikan
~ Kesahihan maklumat

* Rekabentuk Kreatif
~ Penggunaan elemen Multimedia (Video, Animasi, Audio)

~ Interaktif/dinamik
~ Mesra Pengguna
~ Rangkaian Sosial

Nilai Tambah
~ Keaktifan (up-to-date)
~ Bilangan pengikut (follower)
~ Keaslian (originality) 




SYARAT PENYERTAAN
  1. Blog yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui
    Internet pada bila-bila masa. 
  2. Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia bagi membangunkan blog masing-masing yang tetrtakluk kepada syarat-syarat pertandingan.
  3. Kandungan dalam blog mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi,perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
  4. Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog adalah tanggungjawab peserta.
  5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.
  6. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
  7. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  8. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta. 
  9. Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta. 
  10. Borang penyertaan perlu dihantar sebelum tarikh tutup pertandingan.

PERTANYAAN

Pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak Urusetia iaitu :

Siti Munirah Binti Ahmad
015 - 4811 7556 | 8 pagi - 5 petang | siti.munirah@ict.upsi.edu.my

Sabtu, 4 April 2015

Video Promo : Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Jalan Kebun (2015)



MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2015

TARIKH : 17 APRIL 2015
MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT :
 DEWAN SERI AKMAL, SMK JALAN KEBUN

IBU BAPA DAN PENJAGA DIJEMPUT HADIR.

Selasa, 17 Februari 2015

Info Ibu bapa dan penjaga : PEMBERITAHUAN MENGENAI CUTI PERISTIWA SEMPENA TAHUN BARU CINA 2015





Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN MENGENAI CUTI PERISTIWA SEMPENA TAHUN BARU CINA

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan sempena Tahun Baru Cina sekolah akan bercuti seperti berikut

TARIKH CUTI
JENIS CUTI
TEMPOH CUTI
18 Februari 2015 (Rabu)
Cuti Peristiwa
18 – 22 Februari 2015
19 – 20 Februari 2015
Tahun Baru Cina

2.     Sesi persekolahan akan beroperasi seperti biasa pada 23 Februari 2015

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KLANG CEMERLANG KLANG BOLEH"

Selasa, 10 Februari 2015

Info Ibu bapa dan penjaga : KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-19 SMK JALAN KEBUN


Kepada
Ibu bapa / penjaga

KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-19 SMK JALAN KEBUN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan SMK Jalan Kebun akan mengadakan Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-19 pada 14 Februari 2015 (Sabtu) dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di SMK Jalan Kebun.

3.     Sehubungan itu, diharap tuan/puan dapat memastikan anak-anak tuan/puan hadir pada waktu yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Pengetua
SMK Jalan Kebun.


Selasa, 12 Ogos 2014

Makluman: PERMOHONAN KEMASUKAN MURID LEPASAN PMR 2013 BAGI PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DI INSTITUT PENDIDIKAN SWASTA (IPS) AMBILAN OGOS 2014





PERMOHONAN KEMASUKAN MURID LEPASAN PMR 2013 BAGI PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DI INSTITUT PENDIDIKAN SWASTA (IPS) AMBILAN OGOS 2014


Sukacita dimaklumkan bahawa PERMOHONAN KEMASUKAN MURID LEPASAN PMR 2013 BAGI PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DI INSTITUT PENDIDIKAN SWASTA (IPS)  AMBILAN OGOS 2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 11 Ogos 2014 (12.01am) sehingga 15 Ogos 2014 (11.59pm) atau klik di sini.



Diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat

Selasa, 1 Julai 2014

Permohonan Program Matrikulasi KPM 2015/2016


Permohonan bagi kemasukan ke sesi 2015/2016 hanya akan dibuka mulai 1 Julai 2014 sehingga 10 Oktober 2014

Isnin, 30 Jun 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...