Memaparkan catatan dengan label CUTI BELAJAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CUTI BELAJAR. Papar semua catatan

Selasa, 4 Julai 2017

Semakan Keputusan Temuduga Program Cuti Belajar Bergaji Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan temuduga Program Cuti Belajar Bergaji Penuh, KPM Peringkat Kedoktoran dan Sarjana bagi ambilan tahun 2017 boleh disemak mulai 30 Jun 2017 (Jumaat) melalui pautan di bawah:-

Jumaat, 3 Februari 2017

Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Kepada PPP

ASSALAMUALAIKUM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa di universiti awam dalam negara.
2.             Tawaran permohonan ini dibuka mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017 secara dalam talian sepenuhnya melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM https://epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam Sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.
3.             Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan penggunaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:
       1. Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):
           Telefon (hotline): 03-8321 7138
           E-mel : ldp.bt@moe.gov.my

       2. Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):
           Telefon (hotline): 03-88843717 / 03-88843572
           E-mel : helpdesk@moe.gov.my

Dibawah disertakan pautan untuk guru-guru untuk membaca tentang syarat dan Tatacara permohonan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...