Memaparkan catatan dengan label mssd. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mssd. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Januari 2018

TAHNIAH KEPADA PASUKAN RAGBI SEKOLAH

Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi SMK Jalan Kebun kerana mendapat Naib Johan bagi kedua-dua kategori bawah 15 dan 18 tahun pada 22 hingga 26 Januari yang lalu.


Rabu, 10 Mei 2017

Kejayaan-Kejayaan Yang dilakar pada bulan April 2017

Tahniah kepada semua guru-guru dan pelajar yang tidak kenal erti penat dan lelah dalam usaha untuk mencapai kejayaan sekaligus mengharumkan nama sekolah. Semoga segala usaha dan titik peluh memperoleh redha Allah S.W.T.
Pasukan unit beruniform 
Pasukan Hoki



Selasa, 14 Mac 2017

TAHNIAH KEPADA PASUKAN OLAHRAGA SMKJK

ASSALAMUALAIKUM

Tahniah diucapkan kepada pasukan olahraga sekolah kerana mengharumkan nama sekolah dengan mendapat EMAS bagi LOMPAT JAUH P15 dan KETIGA 200m L15 dalam kejohanan Olahraga MSSD KLANG 2017








Sabtu, 25 Februari 2017

TAHNIAH PASUKAN SEPAK TAKRAW SMKJK

Assalamualaikum

Tahniah diucapkan kepada pasukan Sepak Takraw SMKJK kerana :

Menjadi Johan Kejohanan Sepak Takraw MSSD Klang bagi kategori:

Johan Inter Regu B18
Johan Inter Regu B15
Ketiga Berpasukan B18
Ketiga Berpasukan B15




Tahniah juga diucapkan kepada Pasukan Sepak Takraw daerah Klang yang mempunyai 7 orang pemain SMKJK kerana  :

Menjadi Johan Kejohanan Sepak Takraw MSS Selangor bagi kategori:

Johan Berpasukan B18
Johan Berpasukan B15






Jumaat, 24 Februari 2017

TAHNIAH PASUKAN KRIKET SMKJK

Assalamualaikum

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Kriket SMKJK kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Kriket MSSD Klang kategori bawah 18 tahun. Seorang pelajar terpilih mewakili daerah Klang ke MSSS iaitu 
Muhamad  Jahran Bin Malik dari kelas 2 Murni

Isnin, 1 Ogos 2016

SMK JOHAN PERTANDINGAN SOLAR COOKING.

Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah dalam Pertandingan Solar cooking, dalam Karnival Sains dan Teknologi di SMK P  Methodist, Klang.
Sebanyak 24 sekolah mengambil bahagian.
Pasukan sekolah akan mewakili daerah Klang ke Smk Sri Puteri Cyberjaya pada esok, selasa 2/8 ke Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri.
Semoga pasukan sekolah melakukan yang terbaik dan mengharumkan nama sekolah di peringkat Negeri itu nanti.
Pelajar bergambar selepas selepas dinobatkan sebagai johan pertandingan.

Pelajar melakukan demo kepada umum tentang cara menggunkan peralatan.

Pelajar bergambar bersama guru pengiring.

Keadaan ketika kejohanan.


Rabu, 9 Mac 2016

Kejohanan Olahraga MSSD Klang 2016

Tahniah kepada Mohamad Syafiq Imran Bin AlMalek Faizal dari kelas 3 Harmoni kerana berjaya memperoleh tempat Ketiga Lompat Jauh kategori Lelaki 15 tahun.


Tahniah juga kepada Mohamad Azham Zikrillah B Mohamad Azlan dari kelas 2 Dedikasi kerana berjaya memperoleh tempat Kedua Lempar Cakera kategori L3 


Kejohanan Olahraga MSSD Klang masih berlangsung buat masa ini dan diharap pelajar-pelajar SMK Jalan Kebun terus memberikan yang terbaik dalam mengharumkan nama sekolah.

Isnin, 29 Februari 2016

TAKRAW MSSD KLANG 2016

Tahniah kepada pasukan takraw SMKJK pada MSSD Klang yang lalu kerana mengharumkan nama sekolah.
Pasukan bawah 15 tahun menjadi Johan bagi kategori berpasukan, manakala tempat ketiga bagi kategori berpasukan bawah 18 tahun.
Bagi kategori Inter regu, regu pasukan bawah 15 tahun berjaya mendapat tempat ketiga.
Semoga terus cemerlang pada tahun-tahun yang mendatang.

.

Khamis, 18 Februari 2016

Kejohanan Bola Tampar MSSD Klang 2016

Pada 26 hingga 29 Januari yang lalu, SMK Jalan Kebun telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Tampar peringkat daerah Klang. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Bola Tampar MSSD Klang tahun 2016. Tahniah kepada pasukan yang berjaya. Jumpa lagi pada tahun hadapan.


Isnin, 31 Mac 2014

Pasukan Ragbi B15 : Naib Johan Daerah Klang

Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi sekolah di atas kejayaan yang dicapai serta terpilih mewakili Daerah Klang di MSSS pada 21-22 April 2014. Semoga beroleh kejayaan dan mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri.

Barisan pemain bersama pengurus dan jurulatih, En. Azmi dan En. Shahir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...