Curcuma
longa

KEGUNAAN:
Kunyit merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan,
kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya
sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu
daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari
sebagai ulam.
Lengkuas
Lengkuas
(Alpinia galanga)
|
|
|
|
|
|
|
|
Alam:
|
Plantae
|
Divisi:
|
|
Kelas:
|
|
Order:
|
|
Famili:
|
|
Genus:
|
|
Spesies:
|
A. galanga
|
Nama saintifik
|
|
Alpinia galanga
KEGUNAAN:
Lengkuas merupakan sejenis rizom dengan kegunaan masakan dan
perubatan dan banyak digunakan di Asia
Tenggara. Rupanya
hampir sama dengan halia. Lengkuas merupakan tanaman
tempatan di Asia Tenggara. Lengkuas sentiasa digunakan dalam
masakan untuk menambah aroma seperti masakan pedas, laksa penang, sup singgang dan boleh digunakan untuk masakan
goreng. Dalam bidang perubatan, lengkuas boleh melegakan sakit perut, selsema dan
agen antibakteria.
Pokok Pandan
Pandan
(Pandanus amaryllifolius)
|
|
|
|
|
|
|
|
Alam:
|
Plantae
|
Divisi:
|
|
Kelas:
|
|
Order:
|
|
Famili:
|
|
Genus:
|
|
Spesies:
|
P.amaryllifolius
|
Nama saintifik
|
|
Pandanus amaryllifolius
KEGUNAAN:
Pokok Pandan merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya.
Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, untuk mewangikan nasi yang dimasak, digunakan
dalam pembuatan kuih atau masakan lain
seperti bubur kacang hijau dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu. Pokok Pandan
juga digunakan sebagai sumber warna hijau bagi makanan. Di Thailand, daun pandan digunakan sebagai
pembalut makanan. Ayam yang telah diperap dibalut dengan daun pandan dan digril
atau digoreng dalam minyak yang sangat panas, yang kemudiannya rasa daun pandan
akan meresap ke dalam ayam yang dimasak itu. Daun pandan juga boleh digunakan
untuk menghalau lipas.
Kesum
Kesum
(Polygonum
minus)
|
|
|
|
|
Alam:
|
Plantae
|
Divisi:
|
|
Kelas:
|
|
Order:
|
|
Famili:
|
|
Genus:
|
|
Spesies:
|
P. minus
|
Nama saintifik
|
Polygonum minus
|
|
|
KEGUNAAN:
Tanaman kesum sangat popular di kalangan
penduduk Malaysia sebagai bahan perencah di dalam banyak jenis
makanan, terutama untuk laksa dan asam pedas. Ia juga boleh dimakan terus
sebagai ulam ataupun dibuat kerabu. Secara tradisional, air rebusan daun
kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di
kepala dan sebagai minuman selepas bersalin. Dari segi khasiat pemakanan,
kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan
galian seperti kalium, kalsium dan fosforus. Antara
kelebihan daun kesum ini ialah menguatkan daya penglihatan, menghilangkan panau,mengekalkan
stamina, mengekalkan kesihatan dan awet muda, tonik hati, buah pinggang dan
darah, mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang
dan melawaskan pembuangan air kencing dan pembuangan air besar, membunuh atau
menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, sebagai stimulan serta merangsang
haid. Daun kesum juga digunakan untuk merawat
reumatisme, gout, radang sendi dan batu karang.
|
|
Serai
Wangi
(Cymbopogon nardus)
|
|
|
|
|
Alam:
|
|
Divisi:
|
Spermatophyta
|
Kelas:
|
Monocotyledoneae
|
Order:
|
|
Famili:
|
|
Genus:
|
|
Spesies:
|
C. nardus
|
Nama saintifik
|
|
Cymbopogon nardus
KEGUNAAN:
Serai wangi biasanya ditanam di kawasan rumah atau secara
komersial untuk penghasilan minyak pati yang dikenali sebagai citronella oil untuk membuat minyak
wangi dan sabun. Serai wangi juga digunakan untuk menghalau serangga dan nyamuk. Serai wangi digunakan pada bahagian
luar tubuh dan tidak boleh dimakan. Minyak ekstraknya boleh merawat sakit perut
dan penghadaman. Serai wangi telah lama digunakan untuk menghasilkan minyak
urut kerana keberkesanannya untuk mengatasi masalah kebas, lenguh, gigitan
serangga dan kembung perut. Serai wangi sering digunakan dalam rawatan tradisional
selepas bersalin dan ia juga membantu untuk melegakan pening kepala.
Pokok Kari
Pokok Kari
(Murraya koenigii)
|
|
|
|
|
Pengelasan Saintifik
|
|
Alam:
|
|
Divisi:
|
Magnoliophyta
|
Kelas:
|
Magnoliopsida
|
Order:
|
|
Famili:
|
|
Genus:
|
|
Spesies:
|
M. koenigii
|
Nama saintifik
|
|
Murraya koenigii
KEGUNAAN:
Pokok
Kari sering ditanam di
kawasan sekitar rumah untuk
kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Pucuk
muda daun kari boleh dijadikan ulam. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari
digunakan sebagai tonik. Di samping itu, daunnya juga berkesan dalam mengatasi
masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan morning sickness bagi wanita mengandung. Daun kari dan akarnya juga
baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif. Daun kari boleh
digunakan sebagai laksatif lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun
kari dapat mengatasi masalah loya, pening, cirit birit dan buasir. Daun kari
juga sangat berguna bagi mengatasi masalah kencing manis, penghadaman, merawat
lemah saraf, masalah gigi dan tulang di mana dengan memakan 10 helai daun kari
yang segar setiap hari. Selain itu, ia boleh digunakan sebagai penghalau lalat
kerana bau daun kari sangat tidak digemari si lalat. Nenek moyang kita
menggunakan daun kari sebagai bahan bagi menghitamkan rambut.
Pokok Belalai Gajah
Pokok
Belalai Gajah
(Clinacanthus nutans)
|
|
|
|
|
|
|
|
Alam:
|
Plantae
|
Divisi:
|
|
Kelas:
|
|
Order:
|
|
Famili:
|
|
Genus:
|
Clinacanthus
|
Spesies:
|
C. nutans
|
Nama saintifik
|
|
Clinacanthus nutans
KEGUNAAN:
Daun
belalai gajah
atau Sabah Snake Grass telah lama
dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser
dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Khasiat daun tersebut mampu
membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang,
radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes,
mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di
samping mengurangkan keletihan.
|
|
Cekur
Cekur
(Kaempferia galanga)
|
|
|
|
|
|
|
|
Alam:
|
Plantae
|
Divisi:
|
|
Kelas:
|
|
Order:
|
|
Famili:
|
|
Genus:
|
Kaempferia
|
Spesies:
|
K. galanga
|
Nama saintifik
|
|
Kaempferia galanga
KEGUNAAN:
Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil
dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Pucuk muda cekur
dijadikan sebagai ulaman. Rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis
dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk
kering dan bronkitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata,
sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang. Ia popular di kalangan
ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin dan menguncupkan rahim. Ia
mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai antibakteria, antifungus,
antioksidan dan anti keradangan. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk
merawat keracunan makanan dan ulser mulut. Di India, wangian daripada cekur
digunakan untuk melindungi pakaian daripada
serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit
perut. Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah
kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di
Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.
Pokok Kaduk
Pokok
Kaduk
(Piper sarmentosum)
|
|
|
|
|
|
|
|
Alam:
|
Plantae
|
Divisi:
|
|
Kelas:
|
|
Order:
|
|
Famili:
|
|
Genus:
|
Piper
|
Spesies:
|
P. sarmentosum
|
Nama saintifik
|
|
Piper sarmentosum
KEGUNAAN:
Daun Pokok Kaduk menyerupai pokok Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, ia bukannya pokok
memanjat, tetapi tumbuh di atas tanah. Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak
digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya
masak lemak udang dan ketam. Pucuk kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan
dicecah dengan sambal belacan. Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat
melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan
cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan
batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya
yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menampal pada
bahagian panau itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|