Henti mesyuarat waktu solat-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan).
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Jumaat, 29 Januari 2016
Khamis, 11 September 2014
Rabu, 3 September 2014
Semasa : Bahasa Inggeris akan jadi subjek wajib lulus di IPTA
B.I akan jadi subjek wajib lulus di IPTA
CYBERJAYA: Satu dasar baharu akan
dilaksanakan bagi menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus,
di samping bahasa Melayu, bagi pelajar di universiti awam.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata beliau membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira seminggu lepas dan maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kelak.
"Pengetahuan asas sahaja tidak mencukupi bagi siswazah sekiranya mereka tidak mampu berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris.
"Syarikat mempunyai tanda aras tertentu. Mereka mahukan orang yang bukan sahaja memiliki kelayakan, tetapi juga yang boleh menjadi duta, yang boleh berkomunikasi dengan seluruh dunia dan antara perkara penting ialah kemampuan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris," katanya.
Muhyiddin berkata demikian pada majlis pelancaran Pemboleh Kebolehgajian Siswazah Cyberjaya Kedua (CGEE 2) di sini hari ini.
Sementara itu, Muhyiddin memuji pengerusi Setia Haruman Sdn Bhd Tan Sri Mustapha Kamal, yang mengetengahkan idea itu bagi memaju dan melaksanakan program CGEE, program pembinaan bakat untuk memperkasa, melatih dan menyediakan siswazah tempatan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan dengan syarikat berimpak besar, terutama di Cyberjaya.
Beliau berkata CGEE mempunyai potensi amat besar untuk menjadikan Malaysia sebuah negara 'pengubah permainan', pencipa dan usahawan, bukan pengguna, dengan negara ini menjadi negara sumber yang memiliki pelbagai kekayaan, yang boleh ditawarkan kepada seluruh dunia.
"Saya juga dimaklumkan bahawa semua peserta daripada projek perintis CGEE pada 2013 telah mendapat pekerjaan yang baik, majoriti daripada mereka diambil bekerja oleh syarikat berimpak besar di Cyberjaya dan sesetengahnya di luar Cyberjaya," katanya.
Beliau berkata program tahun ini melibatkan 139 pelatih dari enam universti dan Yayasan Sime Darby, yang menjalani latihan di beberapa syarikat multinasional seperti HSBC, IBM, Tech Mahindra, Emerio dan AIG.
Berikutan kejayaan Projek Perintis CGEE pada 2013, Setia Haruman diberi peruntukan RM1.2 juta oleh Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan projek CGEE.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/b-i-akan-jadi-subjek-wajib-lulus-di-ipta-muhyiddin-43103?cp
Jumaat, 22 Ogos 2014
Semasa : Hari Perkabungan Negara
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Detik masa seakan terhenti hari ini pada pukul 10.54 pagi apabila seluruh negara bertafakur selama seminit untuk memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 selepas jenazah mereka tiba di tanah air dengan sebuah pesawat khas dari Belanda.
Jalur Gemilang dikibar separuh tiang ketika negara 30 juta penduduk ini bersatu dalam hiba bagi mengenang 20 warganya yang diragut maut apabila pesawat berkenaan bersama 298 orang terhempas bertaburan di timur Ukraine pada 17 Julai, suatu peristiwa menyayat hati yang mengejutkan seluruh dunia.
Ramai rakyat Malaysia berpakaian gelap hari ini, yang diisytiharkan Hari Perkabungan Negara, serta bertafakur selama seminit bagi mengenang mereka yang telah pergi untuk selama-lamanya.
Perhatian tertumpu pada istiadat ketenteraan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) yang diberi kepada mangsa, apabila pengumuman dibuat agar seluruh negara mula bertafakur selama seminit, disiarkan secara langsung melalui radio dan televisyen.
Pengumuman itu dibuat setelah kesemua 17 keranda dan tiga kendi berisi abu mayat mangsa yang dibawa pulang dengan pesawat MAS MH6129 dari Amsterdam, diletakkan di dalam 20 kenderan jenazah. - BERNAMA
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140822/dn_38/MH17-Seluruh-negara-bertafakur-seminit-pada-1054-pagi-hari-ini#ixzz3B5Vp2dns
© Utusan Melayu (M) Bhd
Khamis, 21 Ogos 2014
Makluman : HARI PERKABUNGAN NEGARA PADA JUMAAT, 22 OGOS 2014
HARI PERKABUNGAN NEGARA PADA JUMAAT,
22 OGOS 2014
Untuk makluman semua, YAB Timbalan Perdana Menteri telahpun membuat kenyataan akhbar baru-baru ini bahawa pada hari JUMAAT,22 OGOS 2014, telah diisytiharkan sebagai HARI PERKABUNGAN NEGARA sejajar dengan ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 ke Malaysia.
HARI PERKABUNGAN NEGARA ini adalah bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia ke atas mangsa tragedi tersebut. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan peraturan yang ditetapkan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, JPM yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua semasa HARI PERKABUNGAN NEGARA pada JUMAAT, 22 OGOS 2014, iaitu :
Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;
Atas keperhatinan dan kerjasama Tuan / Puan dalam memastikan HARI PERKABUNGAN NEGARA berjalan dengan lancar, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri
Selasa, 5 Ogos 2014
Jumaat, 18 Julai 2014
Terkini : MH17 terhempas
MH17 terhempas: Mayat ditemui di lokasi, serpihan bersepah sejauh beberapa kilometer
Bangkai pesawat MH17 yang ditemui. - AFP PHOTO/DOMINIQUE FAGET
KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.
AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.
Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.
Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.
Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.
Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.
Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.
"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.
"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.
Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.
Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya menjelaskan, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.
"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya.
MAS melalui Twitternya mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.
Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.
Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.
Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.
Peta menunjukkan lokasi terakhir pesawat MH17 sebelum ia terputus hubungan dengan pusat kawalan. -AstroAWANI
Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.
Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.
"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.
"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.
Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.
"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya.
Kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Khamis, 10 Julai 2014
Isu semasa : Hujan bom di Gaza
Isu semasa : Hujan bom di Gaza
Gaza: Empat orang terbunuh apabila kereta mereka menjadi sasaran serangan udara Israel di sini, semalam.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan Palestin, Ashraf al-Qudra berkata, kejadian berlaku di kawasan kejiranan Daraj di pusat bandar Gaza.
Ia sekali gus meningkatkan jumlah kematian akibat serangan udara Israel di wilayah itu semalam kepada enam orang.
Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada mangsa orang awam atau pejuang.
Siaran televisyen Al-Aqsa milik Hamas menyiarkan gambar mayat rentung diusung memasuki ambulans.
Serangan terhadap kereta itu berlaku sejurus selepas seorang lelaki terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis itu di tengah Gaza.
Sehingga ini, 48 rakyat Palestin cedera, empat daripadanya parah selepas Israel melancarkan kempen keganasan terbaru di wilayah yang dikuasai Hamas itu.
Pesawat udara Israel menghujani Gaza dengan bom dalam lebih 50 serangan awal pagi semalam (waktu tempatan) selepas pejuang Hamas melepaskan sejumlah roket ke kawasan sempadan negara Yahudi itu.
Pertempuran itu dianggap paling serius di antara kedua-dua pihak sejak November 2012 dan berlaku ketika Israel bergelut mengekang kebangkitan Arab yang berang atas kematian remaja Palestin di tangan pelampau Yahudi. Pegawai perubatan berkata, tujuh kanak-kanak dan dua wanita antara yang cedera dengan dua daripadanya parah. Tentera Zionis mengesahkan mereka melancarkan Operasi Protective Edge bagi ‘mengurangkan serangan roket di selatan Israel.’ Jurucakap rejim Zionis berkata, kira-kira 50 sasaran diserang, termasuk empat rumah kononnya dimiliki militan, tapak pelancaran roket dan infrastruktur pejuang Palestin. Setakat ini serangan roket dari Gaza hanya menyebabkan kerosakan kecil di pihak Israel.
Pihak keselamatan Palestin menyatakan jumlah serangan yang disasarkan ke kawasan mereka lebih 70 kali. Saksi semalam berkata, beberapa rumah disasarkan, terutama di bandar Khan Younis. Hamas pula berkata, Israel sudah bertindak melepasi batasan dan akan menanggung akibatnya. Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam berkata, jika dasar zalim itu tidak dihentikan, mereka akan bertindak dengan memperluaskan kawasan serangan sehingga ke lokasi ‘yang tidak dijangka.’ Zionis berkata 81 roket disasarkan ke selatan Israel pada pagi kelmarin dengan satu per tiga daripadanya berturutan pada waktu petang. Pagi semalam, kata jurucakap Zionis, enam lagi roket terkena wilayah mereka. - AFP
Rabu, 2 Julai 2014
Isnin, 10 Mac 2014
Isnin, 28 Oktober 2013
Ahad, 14 Julai 2013
Jumaat, 21 Jun 2013
Jumaat, 14 Jun 2013
Ahad, 12 Mei 2013
Rabu, 8 Mei 2013
Semakan Tawaran ke Tingkatan Enam Sesi 2013/2014
Isnin, 6 Mei 2013
Jumaat, 3 Mei 2013
Kajian Persepsi PPPM
Kajian Persepsi PPPM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)
yang memberi fokus kepada 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid dan 11 anjakan. Untuk menjayakan pelaksanaan
PPPM, Kementerian memerlukan sokongan pelbagai pihak berkepentingan. Sebagai pihak berkepentingan, kami
ingin mendapat maklumbalas daripada anda, sejauh mana kefahaman anda terhadap inisiatif PPPM.
Sila beri pandangan secara terbuka, jawapan anda adalah sulit dan rahsia. Hasil daripada tinjauan ini akan
membolehkan Kementerian mengambil tindakan yang sesuai bagi menjayakan PPPM.
* Required
This content is neither created nor endorsed by Google.
Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms
Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)