Guru-guru boleh melakukan muatturun bahan untuk Taklimat PBPPP yang telah disusun semula oleh Puan Asmawati Binti Jamil(PK Pentadbiran) SMK Jalan Kebun dengan hanya klik pada pautan dibawah.
Klik untuk Muatturun>>>TAKLIMAT PBPPP 2019
Memaparkan catatan dengan label KPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KPM. Papar semua catatan
Jumaat, 1 Mac 2019
Selasa, 15 Januari 2019
Khamis, 24 Mei 2018
Video Bahan Sumber STEM (BSTEM) 2017
Layari Bahagian Pembangunan Kurikulum
http://bpk.moe.gov.my/index.php/inisiatif-pppm/stem/video-bstem-2017
http://bpk.moe.gov.my/index.php/inisiatif-pppm/stem/video-bstem-2017
Rabu, 22 November 2017
Selasa, 4 April 2017
Hebahan Permohonan kemasukan ke program PRAUNIVERSITI KPM, KPT dan MSN
ASSALAMUALAIKUM
Sukacita dimaklumkan bahawa sistem permohonan kemasukan ke program PRAUNIVERSITI Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Sukan Negara dibuka pada 1 Mac 2017 - 30 April 2017
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web tersebut - https://prau.moe.gov.my/
Rabu, 27 Januari 2016
Selasa, 12 Januari 2016
PEMBENTANGAN PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2016
MUAT TURUN 'SLIDE' PEMBENTANGAN PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2016 KPM OLEH YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
Jumaat, 1 Januari 2016
Sabtu, 26 September 2015
Isnin, 24 Ogos 2015
IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
PEMBERITAHUAN
IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau warganegara Malaysia
bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Jurulatih Sukan
(Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur,
Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail Kota Tinggi, Johor,
di Sekolah Sukan Malaysia Pahang,
Sekolah Sukan Malaysia Sabah dan Sekolah Sukan Malaysia Terengganu.
|
Untuk maklumat lanjut sila muat turun maklumat di bawah:
|
Diterbitkan oleh Bahagian Sukan
Rabu, 8 Oktober 2014
Khamis, 11 September 2014
Selasa, 2 September 2014
Info : KPM MENANG ANUGERAH INOVASI VMWARE DI WMWORLD 2014
KPM MENANG ANUGERAH INOVASI VMWARE DI WMWORLD 2014
Piala yang telah dimenangi KPM
Teradici(R), pemaju teknologi PCoIP(R) terkemuka industri untuk ruang kerja maya, hari ini mengumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah antara senarai terpilih penerima anugerah pada Anugerah Inovasi VMware pada VMworld(R) 2014.
KPM diiktiraf untuk "Transformasi IT dengan Menentang Konvensi" melalui pengerahan 25,000 komputer meja maya di 1,250 buah sekolah di seluruh negara dengan peranti VMware Horizon(TM) dan Teradici PCoIP Zero Client sebagai sebahagian daripada usaha kebangsaan untuk memodenkan pendidikan dan merapatkan jurang digital bandar-luar bandar.
Pelaburan dalam teknologi infrastruktur komputer meja maya (VDI) memberikan kanak-kanak sekolah akses kepada komputer yang berkualiti tinggi dan sumber pendidikan digital - tanpa mengira lokasi, sambungan atau peranti pengguna akhir - dalam beberapa kes untuk kali yang pertama.
"Anugerah Inovasi VMware 2014 mengiktiraf organisasi yang melaksanakan teknologi baharu untuk meningkatkan kerjasama dan memacu inovasi sepanjang tahun lepas," kata Dan Cordingley, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Teradici.
"Kami berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada KPM sebagai mengiktiraf penggunaan berdaya cipta mereka teknologi komputer meja maya untuk memberi kesan mendalam kepada kehidupan kanak-kanak sekolah di Malaysia dan untuk mengubah pengalaman pendidikan pelajar, guru dan pentadbir,” katanya.
Permohonan dinilai mengikut kriteria ketat panel pakar Computerworld dan VMware, yang memilih lima organisasi pemenang - Agensi Sumber Asli California, Universiti Indiana, KPM, TIAA-CREF IT Production Services dan Perubatan/SpaWar Tentera Laut Amerika Syarikat.
Kementerian mewujudkan untuk prasekolah melalui pendidikan universiti dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025. Ia dijangka memberi kesan kepada kira-kira 6 juta pelajar di 10,000 sekolah, matlamatnya adalah untuk meningkatkan hasil pendidikan pelajar, memajukan daya saing negara dalam pasaran buruh global dan membawa pariti pendidikan ke sekolah bandar dan luar bandar.
Bersama Bitara Induk, sebuah penyepadu sistem terkemuka, Teradici dan VMware bekerjasama untuk membantu Malaysia memenuhi wawasannya.
Sehingga Mac 2014, pelajar, guru dan pentadbir mendapat akses kepada komputer meja, aplikasi dan data menggunakan infrastruktur komputer meja maya. Dengan persediaan IT yang minimum di lokasi atau pengubahsuaian kepada persekitaran bilik darjah, pengkomputeran berprestasi tinggi dan sumber pendidikan disampaikan kepada pelajar dan guru. – Bernama, 28 Ogos, 2014

Khamis, 21 Ogos 2014
Makluman : PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2014
PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2014
Sukacita dimaklumkan KPKT akan menganjurkan Pertandingan Analisis Senario Habitat 2014 yang akan melibatkan penyertaan di kalangan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Sekolah Menengah. Tarikh tutup penyertaan tersebut adalah pada 30 September 2014 (SELASA).
Untuk maklumat lanjut, sila muat turun dokumen-dokumen berkaitan pertandingan di bawah.
Muat Turun
- 1 surat edaran penyertaan
- 2 Syarat Pertandingan Analisis Hari Habitat 2014
- 3a Borang Pertandingan-IPT
- 3b Borang Pertandingan-Sekolah Menengah
- 4a Soalan Senario Kategori IPT
- 4b Soalan Senario Kategori SMA
- 4c Soalan Senario Kategori SMR
- 5 Skema Pemarkahan Pertandingan
Rabu, 20 Ogos 2014
Info : KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PERMOHONAN PELAJAR STPM/MATRIKULASI/ASASI KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM SESI AKADEMIK 2014/2015
KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PERMOHONAN PELAJAR STPM/MATRIKULASI/ASASI KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM SESI AKADEMIK 2014/2015
KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PERMOHONAN PELAJAR STPM/MATRIKULASI/ASASI
KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM SESI AKADEMIK 2014/2015
18 OGOS 2014
Kementerian Pendidikan Malaysia amat prihatin dengan isu pelajar lepasan STPM/Matrikulasi/ Asasi yang lulus dengan cemerlang tetapi tidak mendapat tawaran di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam atau gagal memperoleh kursus pilihan pertama yang di mohon.
KPM ingin memaklumkan kejayaan calon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit danpemilihan program pengajian di IPTA yang dipohon. Jika merit calon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar calon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika calon hanya memohon di IPTA yang popular, calon akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA berkenaan.
Bagi kemasukan Sesi Akademik 2014/2015, sejumlah 74,071 calon lepasan STPM/Matrikulasi/ Asasi telah mengemukakan permohonan. Daripada jumlah ini seramai 29,963 (42.4%) calon memohon adalah daripada aliran Sains dan 44,108 (59.5%) adalah daripada aliran Sastera.
Berdasarkan permohonan yang diterima, seramai 67,388 (90.9%) adalah calon yang layak dan melepasi Syarat Am Universiti serta Syarat Khas Program Pengajian. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 16.5%berbanding sesi yang lepas.
Sejumlah 37,467 (55.6%) daripada calon yang layak telah berjaya mendapat tawaran di 19 IPTA.
Pada tahun ini bilangan keseluruhan calon Purata Nilai Gred Kumulatif 4.00 yang telah memohon di IPTA pada sesi Akademik 2014/2015 adalah seramai 3,069. Dari bilangan itu, seramai 3,062 calon PNGK 4.00 telah mendapat tawaran di IPTA.
Ramai calon cemerlang yang memperoleh PNGK 4.00 telah memohon program kompetitif seperti perubatan, pergigian dan farmasi.
KPM ingin menjelaskan bilangan tempat yang disediakan adalah sangat terhad berbanding dengan bilangan pelajar yang memohon.
Sebagai contoh, bagi program perubatan, hanya 418 tempat yang ditawarkan sedangkan pemohon daripada calon PNGK 4.00 sahaja adalah seramai 1,163 orang. Ini tidak lagi mengambil kira calon PNGK 3.99 dan kebawah yang telah juga memohon program perubatan.
Bagi program pergigian pula hanya 80 tempat ditawarkan manakala pemohon adalah seramai 261 orang dan sebanyak 119 tempat ditawarkan bagi program farmasi sedangkan seramai 313 calon telah memohon.
Seramai 109 calon PNGK 4.00 telah ditawarkan program di luar bidang pilihan mereka, manakala 7 calon PNGK pula tidak mendapat tempat kerana tidak melepasi Syarat Am Universiti iaitu tidak lulus MUET(Malaysian University English Test Band 1).
Calon 109 calon yang di tawarkan bukan pilihan pelajar adalah kerana pogram yang dipilih adalah sangat kompetitif dan tempat itu telah ditawarkan kepada calon yang mempunyai merit yang lebih baik.
Oleh yang demikian, tidak semua calon PNGK 4.00 yang memohon boleh ditawarkan program kompetitif ini.
Walaubagaimanapun, proses permohonan kemasukan ke universiti awam masih belum selesai. Universiti awam kini sedang memulakan proses meneliti permohonan rayuan yang dikemukakan oleh calon yang tidak mendapat tempat.
Seperti tahun-tahun yang lepas, KPM menyediakan ruang untuk calon merayu selepas pengumuman keputusan permohonan ke universiti awam. Sistem rayuan ke universiti awam adalah secara atas talian. Aplikasi e-Rayuan dibuka untuk capaian melalui Laman Web Rasmi Kemasukan di upu.moe.gov.my mulai 12 Ogos 2014 (Selasa), jam 12.00 tengah hari. Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke universiti awam sahaja dibenar mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan. Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 22 Ogos 2014, jam 12:00 tengah malam.
Rayuan ini memberi peluang kepada calon yang telah memohon dan tidak menerima tawaran di universiti awam untuk membuat rayuan kepada KPM. Antara sebab-sebabnya adalah kerana :
- Calon memohon mengikuti program kompetitif dalam kesemua 12 pilihan semasa mengemukakan permohonan dan calon menyatakan tidak berminat untuk menerima tawaran bagi program-program lain yang ditawarkan oleh universiti awam;
- Calon tidak memenuhi syarat kemasukan program yang dipohon;
- Calon tidak diperakukan selepas menjalani temuduga walaupun syarat kemasukan program telah dipenuhi; dan
- Program yang dipohon oleh calon sudah penuh.
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT),KPM juga telah membuka kaunter semakan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA di Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 W.P. Putrajaya mulai 12 Ogos hingga 18 Ogos 2014 dan di Ruang Galeri, Lobi Bangunan Sektor Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 19 Ogos sehingga 22 Ogos 2014 untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara. BPKP JPT turut menyediakan perkhidmatan untuk membantu menjawab sebarang pertanyaan melalui saluran Talian Khidmat Bantu (Helpline) di talian 03-8870 6767 atau Hotline di talian 03-8870 6777 atau melalui e-mel di alamatupu@moe.gov.my.
KPM juga ingin memaklumkan bahawa pengajian tinggi tidak terhad hanya pada aliran akademik di universiti sahaja. Bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) merupakan bidang yang menawarkan peluang pekerjaan dan pengajian yang lebih tinggi. TEVT boleh diikuti melalui program-program pengajian yang ditawarkan oleh Malaysian Technical University Network (MTUN) yang terdiri daripada UTeM, UMP, UTHM, UniMAP serta Politeknik dan Kolej Komuniti.
Setiap tahun Politeknik menyediakan 38,000 tempat dan 18,000 tempat di Kolej Komuniti. Pengambilan Sesi Disember di Politeknik akan dibuka mulai 17 Ogos sehingga 25 September 2014 dengan bilangan tempat sebanyak 16,000. Sila gunakan peluang ini untuk mendapatkan tempat di IPT.
Kementerian Pendidikan Malaysia
Selasa, 12 Ogos 2014
Makluman: PERMOHONAN KEMASUKAN MURID LEPASAN PMR 2013 BAGI PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DI INSTITUT PENDIDIKAN SWASTA (IPS) AMBILAN OGOS 2014
PERMOHONAN KEMASUKAN MURID LEPASAN PMR 2013 BAGI PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DI INSTITUT PENDIDIKAN SWASTA (IPS) AMBILAN OGOS 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa PERMOHONAN KEMASUKAN MURID LEPASAN PMR 2013 BAGI PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DI INSTITUT PENDIDIKAN SWASTA (IPS) AMBILAN OGOS 2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 11 Ogos 2014 (12.01am) sehingga 15 Ogos 2014 (11.59pm) atau klik di sini.
Diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat
Isnin, 21 Julai 2014
Makluman: ARAHAN MENGIBAR BENDERA SEPARUH TIANG BERIKUTAN TRAGEDI MH17 DI SELURUH PREMIS KPM
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada jam 11.20 malam, 18 Julai 2014 berkenaan tragedi nahas MH17, di mana beliau telah mengisytiharkan semua bangunan dan premis di seluruh negara mengibarkan bendera separuh tiang mulai 18 Julai 2014 sehingga Isnin, 21 Julai 2014 sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa tragedi tersebut, semua Ketua Jabatan, Pengarah Pendidikan Negeri, Naib Canselor IPTA serta Ketua Eksekutif adalah diminta untuk melaksanakan arahan ini dengan segera.
TAN SRI DR MADINAH MOHAMAD
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
19 Julai 2014

Sabtu, 5 Julai 2014
Info : Definisi Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Amanah.
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang dan menjadi pilihan semua. Sekolah ini sentiasa berjaya melahirkan modal insan yang holistik serta mampu bersaing di persada antarabangsa.
SBT merupakan sekolah terbaik di Malaysia, yang dipilih mengikut kriteria yang ketat dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa:
Pencapaian Akademik yang Cemerlang:
Skor komposit yang berasaskan
- Skor GPS (70%)
- Skor Verifikasi Standard Kualiti Pelajaran Malaysia (30%)
Kriteria Annex
- Personaliti Unggul
- Anugerah Kebangsaan dan Antarabangsa
- Jalinan dengan Institusi Pengajian Tinggi
- Jaringan Kukuh
- Penandarasan Kebangsaan dan Antarabangsa
Sekolah Amanah
Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.
Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik.
Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan menengah, bandar, pinggir bandar dan luar bandar).
Sekolah yang dipilih merangkumi sekolah berprestasi rendah, sederhana dan cemerlang dengan harapan untuk meningkat prestasi di semua peringkat. Sekolah Amanah bertujuan untuk mempercepatkan proses penambahbaikan dalam melahirkan pelajar dan sekolah yang cemerlang tanpa mengira tahap permulaan.
Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan menjadi lebih responsive terhadap keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru.
Sekolah Amanah dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun. Pihak KPM akan mengambil alih pengurusan dari penajasekiranya sekolah gagal mencapai prestasi yang ditetapkan. (RMKe-10)
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang dan menjadi pilihan semua. Sekolah ini sentiasa berjaya melahirkan modal insan yang holistik serta mampu bersaing di persada antarabangsa.
SBT merupakan sekolah terbaik di Malaysia, yang dipilih mengikut kriteria yang ketat dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa:
Pencapaian Akademik yang Cemerlang:
Skor komposit yang berasaskan
-
-
Kriteria Annex
-
-
-
-
-
Sekolah Amanah
Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.
Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik.
Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan menengah, bandar, pinggir bandar dan luar bandar).
Sekolah yang dipilih merangkumi sekolah berprestasi rendah, sederhana dan cemerlang dengan harapan untuk meningkat prestasi di semua peringkat. Sekolah Amanah bertujuan untuk mempercepatkan proses penambahbaikan dalam melahirkan pelajar dan sekolah yang cemerlang tanpa mengira tahap permulaan.
Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan menjadi lebih responsive terhadap keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru.
Sekolah Amanah dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun. Pihak KPM akan mengambil alih pengurusan dari penajasekiranya sekolah gagal mencapai prestasi yang ditetapkan. (RMKe-10)
Rabu, 2 Julai 2014
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)