Khamis, 1 September 2022
Rabu, 6 April 2022
Isnin, 4 April 2022
Pelancaran Program Semarak Ramadan Mubarak peringkat SMK Jalan Kebun 1443H
Pelancaran Program Semarak Ramadan Mubarak peringkat SMK Jalan Kebun 1443H
Khamis, 28 Januari 2021
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021
Assalamualaikum. / salam sejahtera.
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Sukacita dimaklumkan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2021 RM 100 bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 ) yang terdiri dalam kalangan isi rumah berpendapatan kasar RM 3000 dan ke bawah telah mula disalurkan ke sekolah sekolah.
Sehubungan itu semua ibu bapa kepada murid murid warganegara yang layak bolehlah memohon bantuan tersebut dengan mengisi borang PB1.
Ibu bapa boleh mendapatkan borang tersebut di :
1. Pondok pengawal keselamatan Pintu B SMK Jalan Kebun.
Atau
2. Muat turun borang tersebut di dalam pautan kelas atau laman web sekolah.
Borang yang telah lengkapkan hendaklah diserahkan semula kepada pihak sekolah. Sila hantar borang di pondok pengawal keselamatan pintu B SMK Jalan Kebun selewat lewatnya 5/2/ 2021.
Pastikan borang yang dihantar lengkap dan dilampirkan dengan dokumen yang diperlukan dan disahkan. Berikut adalah dokumen yang diperlukan :
📌 1 salinan sijil lahir murid
📌 1 Salinan slip gaji ibubapa(bagi yg tiada slip gaji, perlu isi borang PB-2)
📌Kad OKU, sijil kematian ibu bapa/penjaga (jika berkenaan)
📌Salinan akaun bank murid jika ada. (Hanya akaun bank BANK SIMPANAN NASIONAL sahaja diterima).
📌Borang senarai semak permohonan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2021
Borang PB - 1,
Bahagian D ( Perakuan ibu/bapa/penjaga pastikan ditandatangani.
Bahagian E ( Kelulusan Jawatankuasa Bantuan Murid Peringkat Sekolah ) ruangan
tandatangan Pengetua biarkan kosong.
Catatan :
Bagi ibu suri rumah /ibu bapa bekerja sendiri /tiada slip gaji maka perlulah mengisi borang PB-2*.
Borang itu perlulah mendapat tandatangan & cop pengesahan daripada
Pegawai Kerajaan kumpulan A (Pengurusan & Professional/Pengerusi JKKK/ Penyelia Pembangunan Mukim/Penggulu/Ketua Kampung atau yang setaraf dengannya)
Borang PB2 tidak boleh disahkan oleh guru2 SMK Jalan Kebun.
Sebarang pertanyataan bolehlah merujuk kepada guru kelas masing- masing.
Rabu, 7 Oktober 2020
BUKU FORMAT SPM 2021
Klik pada link di bawah untuk mendapatkan buku format SPM 2021 bagi semua subjek
KLIK DI SINI 》》》 BUKU FORMAT SPM 2021
Rabu, 30 September 2020
KUIZ CELIK KEWANGAN BSN SEKOLAH MENENGAH
Klik untuk memulakan ujian Celik Kewangan》》》》 KLIK DI SINI
Isnin, 28 September 2020
Isnin, 7 September 2020
Selasa, 1 September 2020
Jumaat, 28 Ogos 2020
Khamis, 27 Ogos 2020
Selasa, 25 Ogos 2020
Jumaat, 14 Ogos 2020
Selasa, 11 Ogos 2020
Rabu, 29 Julai 2020
Khamis, 23 Julai 2020
PERTANDINGAN 'DIGITAL STORY TELLING ANIMATION SELANGOR'
Johan DST 2019 Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah
Rabu, 15 Julai 2020
SOP PEMBUKAAN PENUH SEKOLAH UNTUK MURID TINGKATAN 1, 2 DAN 3 (SESI PETANG)
Syarat utama ke sekolah:
1. Mestilah sihat / tidak demam.
2. Jika demam, jangan datang ke sekolah & segera dapatkan rawatan doktor.
3. Murid juga tidak dibenarkan hadir sekolah jika mempunyai ahli keluarga yg sedang melalui prosedur pemeriksaan kesihatan berkaitan Covid19.
A) Pengurusan Masa Hadir
1. Saringan bacaan suhu di Pagar B oleh Guru Bertugas.
2. Catat bacaan suhu di kaunter kelas yangg disediakan.
3. Sanitasi tangan mengikut kumpulan..
( Kump. Gemilang: kelas AF, AK, AR, ASK, BCDGH)
👉🏼 sanitasi di tmpt wudhuk tepi Dewan Gemilang.
( Kump. AnNur: kelas EFIJKLMN).
👉🏼 sanitasi di tmpt wudhuk Surau AnNur.
4. Slps sanitasi tangan:
Kump. Gemilang bergerak ke Dataran Seri Permata,
manakala Kumpulan. An-Nur akan berada di Surau AnNur & bsedia untuk menunaikan solat Zuhur.
B) Amalan di sekolah
1. Sentiasa jaga penjarakan sosial 1meter.
2. Sanitasi & jaga kebersihan kerusi meja masing².
3. Bergerak & berjalan mengikut pelan & tunjuk arah yang ditetapkan.
4. Duduk di dalam kelas mengikut pelan yang ditetapkan.
5. Tidak keluar kelas jika tiada tujuan.
6. Pakai PAS KELUAR jika perlu ke tandas.
7. Makan di dlm kelas sahaja semasa waktu rehat.
8. Menempah makanan kantin sehari awal.
9. Tidak berkongsi makanan & minuman dengan rakan.
10. Tidak berkongsi alatulis & alatan makan minum.
11. Tidak melepak di mana² kawasan sekolah.
12. Amalkan etika batuk / bersin yg betul.
C) Keperluan untuk dibawa:
1. Kain lap & plastik.
2. Sudu dan garpu.
3. Sejadah & telekung sndiri.
4. Tisu / tisu basah (tidak wajib).
5. Pelitup muka jika bergejala / batuk.
6. Pen masing² untuk mencatat suhu.
7. Digalakkan membawa hand sanitizer untuk kegunaan sendiri.
8. Digalakkan bawa bekalan makanan & minuman sendiri.
Info tambahan:
1. Laluan masuk dan balik murid hanyalah melalui Pintu B.
2. Murid DILARANG melalui Pintu A .
3. Kantin adalah kawasan larangan kecuali bagi wakil murid yang di lantik sahaja.
4. Kios dan koperasi sekolah tidak beroperasi.
5. Guru² mula mngambil suhu badan murid² mulai 12pm di Pintu B.
6. Sekiranya murid ada kelas awal @ datang lbh awal, catatan suhu akn dibuat d Pondok Jaga Pagar B.
7. TIADA aktiviti luar bilik drjh sepanjang PKP.
Justeru, murid diingatkan untuk memakai uniform sekolah yang lengkap sepanjang masa & mematuhi etika kekemasan diri sedia ada.
8. Pengurusan Masa Balik: sentiasa mengamalkan penjarakan sosial walapun ketika sedang menunggu pengangkutan pulang.
9. SENTIASA PEKA & PATUH dengan arahan guru.
Info Gangguan Bekalan Air
- Seperti yang telah diumumkn oleh SYABAS, gangguan bekalan air berjadual akan berlaku pada minggu ini.
Justeru, murid² diingatkan untuk membawa keperluan bekalan air mencukupi bagi tujuan ke tandas & tujuan wudhuk.
Selasa, 14 Julai 2020
PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHUN 2020
Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), murid tidak dapat mengikuti sesi PdP secara bersemuka sebanyak 71 hari (mulai 23 Mac 2020 – 14 Julai 2020) yang meliputi hampir 49 peratus kandungan kurikulum. Kesannya murid telah ketinggalan dalam pembelajaran kerana aspek kandungan kemahiran dan nilai asas yang diperlukan untuk menyambung pembelajaran pada peringkat seterusnya tidak dapat disampaikan sepenuhnya.
Berikut adalah Kit Pelaksanaan Kurikulum bagi ibu bapa dan sekolah bagi kegunaan pembukaan semula sekolah Tahun 2020
Jumaat, 10 Julai 2020
MAKLUMAN UNTUK PELJAR LEPASAN SPM 2019
Berikutan itu pelajar lepasan SPM yang menerima tawaran Tingkatan Enam di Kolej Tingkatan Enam Sri Istana dikehendaki :
1. Melayari laman sesawang KTESI prausri.edupage.org
2. Membuat pendaftaran dan memilih pakej pembelajaran melalui pautan yang disediakan di Laman Sesawang KTESI.
3. Layari Youtube Kolej Tingkatan Enam Sri Istana
https://www.youtube.com/channel/UCzC1744BO3AY4ExDt5sn6xg
bagi mendapatkan info berkaitan subjek yang ditawarkan.
4.Mendaftar melalui atas talian bermula 6 Julai sehingga 15 Julai 2020. Pelajar dinasihatkan DAFTAR AWAL selewat-lewatnya sebelum 15 JULAI 2020 kerana bilangan tempat setiap PAKEJ mata pelajaran adalah terhad.
5. Pelajar yang telah mendaftar secara online boleh dapatkan maklumat berkaitan Minggu Hala Tuju Pelajar baharu dengan menyertai link di bawah
https://t.me/joinchat/AAAAAFeuaI9b7dmlXCcdKg
6. Sila hadir ke KTESI pada 15 Julai 2020 bermula jam 8.30 pagi untuk MINGGU HALA TUJU PELAJAR BAHARU.
Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-33724846 di waktu pejabat.
“Tentukan Jalan Anda, Ikuti Impian Anda.”
#kitajagakita
SEKIAN TERIMA KASIH,
Razilah binti Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA
















