Rabu, 15 Julai 2020

SOP PEMBUKAAN PENUH SEKOLAH UNTUK MURID TINGKATAN 1, 2 DAN 3 (SESI PETANG)


Syarat utama ke sekolah:
1. Mestilah sihat / tidak demam.
2. Jika demam, jangan datang ke sekolah & segera dapatkan rawatan doktor.
3. Murid juga tidak dibenarkan hadir sekolah jika mempunyai ahli keluarga yg sedang melalui prosedur pemeriksaan kesihatan berkaitan Covid19.

A) Pengurusan Masa Hadir
1. Saringan bacaan suhu di Pagar B oleh Guru Bertugas.
2. Catat bacaan suhu di kaunter kelas yangg disediakan.
3. Sanitasi tangan mengikut kumpulan..
( Kump. Gemilang: kelas AF, AK, AR, ASK, BCDGH)
👉🏼 sanitasi di tmpt wudhuk tepi Dewan Gemilang.
( Kump. AnNur: kelas EFIJKLMN).
👉🏼 sanitasi di tmpt wudhuk Surau AnNur.
4. Slps sanitasi tangan:
Kump. Gemilang bergerak ke Dataran Seri Permata,
manakala Kumpulan. An-Nur akan berada di Surau AnNur & bsedia untuk menunaikan solat Zuhur.

B) Amalan di sekolah
1. Sentiasa jaga penjarakan sosial 1meter.
2. Sanitasi & jaga kebersihan kerusi meja masing².
3. Bergerak & berjalan mengikut pelan & tunjuk arah yang ditetapkan.
4. Duduk di dalam kelas mengikut pelan yang ditetapkan.
5. Tidak keluar kelas jika tiada tujuan.
6. Pakai PAS KELUAR jika perlu ke tandas.
7. Makan di dlm kelas sahaja semasa waktu rehat.
8. Menempah makanan kantin sehari awal.
9. Tidak berkongsi makanan & minuman dengan rakan.
10. Tidak berkongsi alatulis & alatan makan minum.
11. Tidak melepak di mana² kawasan sekolah.
12. Amalkan etika batuk / bersin yg betul.

C) Keperluan untuk dibawa:
1. Kain lap & plastik.
2. Sudu dan garpu.
3. Sejadah & telekung sndiri.
4. Tisu / tisu basah (tidak wajib).
5. Pelitup muka jika bergejala / batuk.
6. Pen masing² untuk mencatat suhu.
7. Digalakkan membawa hand sanitizer untuk kegunaan sendiri.
8. Digalakkan bawa bekalan makanan & minuman sendiri. 

Info tambahan:
1. Laluan masuk dan balik murid hanyalah melalui Pintu B. 
2. Murid DILARANG melalui Pintu A .
3. Kantin adalah kawasan larangan kecuali bagi wakil murid yang di lantik sahaja.
4. Kios dan koperasi sekolah tidak beroperasi.
5. Guru² mula mngambil suhu badan murid² mulai 12pm di Pintu B.
6. Sekiranya murid ada kelas awal @ datang lbh awal, catatan suhu akn dibuat d Pondok Jaga Pagar B.
7. TIADA aktiviti luar bilik drjh sepanjang PKP.
Justeru, murid diingatkan untuk memakai uniform sekolah yang lengkap sepanjang masa & mematuhi etika kekemasan diri sedia ada.
8. Pengurusan Masa Balik: sentiasa mengamalkan penjarakan sosial walapun ketika sedang menunggu pengangkutan pulang.
9. SENTIASA PEKA & PATUH dengan arahan guru.

Info Gangguan Bekalan Air
- Seperti yang telah diumumkn oleh SYABAS, gangguan bekalan air berjadual akan berlaku pada minggu ini.
Justeru, murid² diingatkan untuk membawa keperluan bekalan air mencukupi bagi tujuan ke tandas & tujuan wudhuk.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...