Jumaat, 17 Mei 2013

PENDAFTARAN PESERTA INTERNATIONAL EDUCATION CONFERENCE ON INNOVATIONS AND TEACHING 2013


Assalamualaikum wrh. wbt. dan Salam 1 Malaysia
Perhatian kepada Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Klang.
Sukacita dimaklumkan program International Education Conference on Inovation and Teaching 2013 akan diadakan pada 28 hingga 29 Jun 2013 (Jumaat & Sabtu) di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Sehubungan itu, mohon pihak sekolah mendaftarkan dua orang peserta ( 1 Penolong Kanan Akademik dan 1 guru Bahasa Inggeris) bagi menyertai program tersebut.
Sila buat pendaftaran secara atas talian sebelum atau pada 22 Mei 2013 (Khamis). Sila hantar Borang Penyertaan (Lampiran 1) yang telah diberi melalui surat sebelum ini bersama cetakan pendaftaran secara atas talian yang telah dibuat kepada Unit Bahasa Inggeris, PPD Klang (u.p. : Pn. Rohana Abdul Rahman). Sebarang penyertaan sila hubungi Unit Bahasa Inggeris melalui talian 03-33487100-208.
Sila daftar secara atas talian di sini >> DAFTAR PENYERTAAN  
Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...