Rabu, 27 Disember 2017

PERTUKARAN KELAS TINGKATAN 4 TAHUN 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebarang rayuan tukar kelas ting 4  (2018)hanya boleh dibuat selepas 2 minggu persekolahan dibuka. Pelajar mesti mengikuti kelas dan taklimat pakej dan orientasi terlebih dahulu.
Terima kasih.

-daripada Pentadbir SMKJK

Selasa, 26 Disember 2017

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN 1-TINGKATAN 5 SESI 2018

Asslamualaikum...
Berikut adalah senarai nama pelajar SMKJK tingkatan 1-tingkatan 5 sesi 2018 mengikut tingkatan.
Sila klik pada pautan di bawah untuk melihat tingkatan masing-masing.

TINGKATAN 1

TINGKATAN 2

TINGKATAN 3

TINGKATAN 4

TINGKATAN 5

Ahad, 24 Disember 2017

MAKLUMBALAS & MINIT MESY KURIKULUM BIL 4 THN 2017

Assalamualaikum

Guru-guru boleh memuatnaik Maklumbalas & Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 4 tahnun 2017 di bawah.

Isnin, 20 November 2017

PELAKSANAAN KURSUS iTHINK LUAR TALIAN (KLIT) DI SEMUA SEKOLAH

Sukacita dimaklumkan, Kursus i-THINK Luar Talian (KILT) boleh dimuat turun melalui laman sesawang http://mygfl.moe.gov.my
Semua guru dan pentadbir yg belum selesai KIDT 2016 dikehendaki menyiapkan modul KILT sebelum 31 DISEMBER 2017
   
     Log in : Ic
     Password : password


Isnin, 6 November 2017

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2017

Selamat menduduki Peperiksaan SPM kepada semua pelajar tingkatan 5 SMKJK Sesi 2017. Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan ketenangan jiwa sepanjang peperiksaan berlangsung.


MAJLIS SOLAT HAJAT SPM 2017

Sempena Peperiksaan SPM pada hari ini, 6 November 2017, SMK Jalan Kebun menganjurkan solat hajat dan mohon restu murid tingkatan 5 pada hari jumaat yang lalu. Terima kasih kepada guru, ibu bapa dan pelajar yang bersama dalam menjayakan majlis ini. Marilah kita bersama-sama menadah tangan dan berdoa supaya pelajar tingkatan 5 SMK Jalan Kebun diberi kesihatan yang baik, minda yang tenang dan bersedia dari segala aspek untuk menghadapi ujian pada minggu hadapan. InsyaAllah.




Jumaat, 13 Oktober 2017

AUDIT TOTAL PBPPP SMKJK

Assalamuailaikum

Guru-guru boleh memuat naik AUDIT TOTAL PBPPP SMKJK dengan klik pada pautan di bawah.

Klik disini =>AUDIT TOTAL PBPPP SMKJK TERBARU

Selasa, 10 Oktober 2017

Permohonan Murid Secara Online Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid-murid tahun 6 yang sedang menanti keputusan UPSR 2017 untuk memohon secara online kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018.
Permohonan dibuka mulai 16 Oktober hingga 19 November 2017. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila layari www.moe.gov.my  

Isnin, 9 Oktober 2017

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PT3

Selamat menduduki Peperiksaan PT3 kepada semua pelajar tingkatan 3 SMKJK. Semoga beroleh sentiasa diberi kesihatan yang baik dan ketenangan jiwa sepanjang peperiksaan berlangsung.

Jumaat, 6 Oktober 2017

TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2018


SOLAT HAJAT DAN MOHON RESTU MURID-MURID PT3 2017

Sempena PT3 pada minggu hadapan, SMK Jalan Kebun menganjurkan solat hajat dan mohon restu murid tingkatan 3. Terima kasih kepada guru, ibu bapa dan pelajar yang bersama dalam menjayakan majlis ini. Marilah kita bersama-sama menadah tangan dan berdoa supaya pelajar tingkatan 3 SMK Jalan Kebun diberi kesihatan yang baik, minda yang tenang dan bersedia dari segala aspek untuk menghadapi ujian pada minggu hadapan. InsyaAllah.



Selasa, 26 September 2017

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 ( SKPMg2)

PROSEDUR PELAKSANAAN DAN DOKUMEN EDARAN PPS

Edaran PPS (Pasukan Pelaksana Standard) disediakan bagi memudahkan pihak sekolah melaksanakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dengan mengikut prosedur kerja yang betul. Setiap helai instrumen dalam dokumen ini hendaklah diedarkan kepada PPS mengikut bidang tugas bagi membolehkan PPS membuat penilaian. Dokumen hasil penilaian yang telah ditandatangani oleh PPS hendaklah dikembalikan kepada Jawatankuasa SKPM Sekolah (JKSS). JKSS hendaklah memastikan semua maklumat dimasukkan ke portal berkenaan dan dokumen tersebut disimpan sebagai bukti penilaian.

MUAT TURUN:>>> DOKUMEN PROSEDUR PELAKSANAAN SKPMg2

MUAT TURUN:>>> TAPAK SKPMG2

Selasa, 22 Ogos 2017

SEMARAK VLE FROG SMKJK

Assalamualaikum...

Kempen Semarak VLE FROG  tetap diteruskan untuk semua warga SMKJK. Semua pelajar boleh terus melayarai laman PDP di 'SITE' VLE Sekolah. Teruskan daftar masuk dengan Id masing-masing dan layari Pembelajaran Alam Maya di 'site' tersebut. Jawab beratus-ratus soalan yang disediakan setiap minggu untuk setiap tingkatan.

JOM DAFTAR MASUK!!!


Ahad, 20 Ogos 2017

Jumaat, 18 Ogos 2017

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA HARI KEBANGSAAN

Assalamuailaikum

Kepada semua pelajar SMKJK, anda semua boleh membuat satu video pendek sempena hari Kebangsaan. Pertandingan ini adalah pertandingan peringkat sekolah terbuka kepada pelajar sesi petang (Tempat Pertama - Tempat Kelima) dan Sesi Pagi (Tempat Pertama - Tempat Kelima). Berikut adalah syarat-syarat pertandingan.

Tema : Hari Kebangsaan
Durasi : 2minit hingga 5 minit.
Tarikh Akhir Penyertaan : 7 September 2017
Format Video : WMV, MP4, dan AVI Sahaja
Peserta : 1 video = 1 Kumpulan = 5 Orang.

Semua video perlu diserahkan kepada
1- En. Ahmad Shahir Hashim(guru pagi)
2- Puan Nurul  Fatehah Binti Md Hassan(guru pagi.)
3- Puan Norimah Binti Kama (guru petang)
4- Puan Nordiyana Bintu Mohd Zom (guru petang)

LIMA Hadiah menarik dan sijil disediakan bagi setiap sesi (5 Hadiah setiap sesi).

*Video terpulang kepada kreativiti sendiri. Lakonan juga dibenarkan.

Contoh video Pendek.

Rabu, 16 Ogos 2017

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN (PIPPK)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan untuk rujukan semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan(PPP) di KPM.

Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya. KPM telah membangunkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) iaitu dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan.

PIPPK menyediakan garis panduan kepada PPP untuk meningkatkan kompetensi diri mengikut kecenderungan dan keperluan demi mengekalkan prestasi kerja yang terbaik. Menerusi pelan ini, profesion keguruan diharap dapat diperkasakan dan menjadikan kerjaya keguruan sebagai kerjaya yang profesional dan menjadi kerjaya pilihan utama.

Klik =>>> MUAT TURUN PIPPK 



APLIKASI CAMSCANNER


Jika anda sedang mencari aplikasi yang SAMA seperti sebuah SCANNER, anda tidak perlu lagi menghabiskan wang anda untuk membeli sebuah scanner '3 in 1'.Dengan menggunakan kemaera pada telefon bimbit anda, hanya muat turun aplikasi CamScanner ini untuk menghantar apa jua surat, dan sebagainya dalam bentuk PDF. Anda perlu memberi CamScanner satu percubaan. Aplikasi ini secara ajaib mengubah imej ke PDF dalam masa yang singkat.

Satu aplikasi yang sangat berguna untuk semua yang perlu menghantar sesuatu bahan cetakan melalui email dan sebagainya.

Rabu, 9 Ogos 2017

APLIKASI OCR TEXT SCANNER

Jika anda sedang mencari aplikasi yang teguh dengan menggunakan yang anda boleh lakukan OCR secara pukal, anda boleh memberi Text Scanner (OCR) satu percubaan. Aplikasi ini secara ajaib mengubah imej ke teks dalam masa yang singkat.

Satu aplikasi yang sangat berguna untuk para guru.

Rabu, 26 Julai 2017

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH (SSQS) 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) mulai 15 Julai hingga 30 Ogos 2017 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

Bagi tujuan tersebut, sekolah-sekolah KPM akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah melalui pautan http://best.moe.edu.my/ssqs/selangor/ untuk sekolah-sekolah di selangor.


THE CHAMPIONS 2017

Assalamualaikum

Guru-guru boleh memuat turun bahan-bahan untuk program 'The Champion 2017' pada pautan di bawah.

The Champion 2017

Khamis, 6 Julai 2017

MAKLUMAN PROSES PENGESAHAN MAKLUMAT PPP DI SEKOLAH DALAM SGMY

Semua PPP yang berkhidmat di sekolah boleh membuat proses pengesahan maklumat di dalam Sistem Guru Malaysia (SGMy) secara dalam talian di alamat URL

https://sgmy.moe.gov.my mulai 02 Mei 2017

Berikut adalah langkah2 yang perlu untuk membuat pengesahan


1- Masuk ke alamat URL https://sgmy.moe.gov.my
2- Klik modul Individu SGMy
3- Masukkan nombor ic dan 4 digit akhir nombor ic pada kata laluan dan klik HANTAR (jika telah membuat penukaran kata laluan, sila guna kata laluan yang telah dtukar. sebrang masalah hubungi Nombor Telefon (Teknikal) : 03-8884 1055/ 03-88841270/ 03-8884 1147)



4- Klik PENGESAHAN
5- Semak maklumat diri, jika ada kesilapan, hubungi Guru Data Sekolah untuk pembetulan data di dalam e-operasi, dan klik pada kotak kecil dan klik sahkan maklumat.
6- Mesej di dalam kotak kuning sebelah atas akan terpapar kepada yang telah berjaya membuat pengesahan.

Selasa, 4 Julai 2017

Tarikh Peperiksaan dan Pentaksiran Tahun 2017



Kaji Selidik Mengenai Tahap Kesedaran Teknologi Digital [ #mydigitalmaker ]

Sukacita dimaklumkan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bersama Courses Malaysia menerusi gerakan #mydigitalmaker telah menghasilkan borang kaji selidik dengan tujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang tahap kesedaran Teknologi Digital menerusi penglibatan pelajar (tingkatan 3-6), guru dan ibu-bapa. Hadiah menarik menanti sekolah dengan jumlah penyertaan tertinggi (1x TV pintar 55") dan cabutan bertuah untuk pelajar (1 x komputer riba, 1 x telefon pintar, 3 x action camera dan baucer Starbucks). Tarikh tutup borang kaji selidik ini adalah pada 15 Julai 2017. Pautan soal selidik adalah di http://www.mydigitalmaker.com/courses-malaysia 


Semakan Keputusan Temuduga Program Cuti Belajar Bergaji Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan temuduga Program Cuti Belajar Bergaji Penuh, KPM Peringkat Kedoktoran dan Sarjana bagi ambilan tahun 2017 boleh disemak mulai 30 Jun 2017 (Jumaat) melalui pautan di bawah:-

Sabtu, 17 Jun 2017

SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN - (SPP) LMS

Assalamualaikum 

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat banyak soalan dan nota yang terdapat dalam laman web http://spp.moe.edu.my/ yang boleh guru-guru boleh manfaatkan untuk PdPc. Semoga semua beroleh manfaat.

Guru-guru boleh klik pada gambar di bawah atau pada link http://spp.moe.edu.my/

Rabu, 24 Mei 2017

WAKTU PERSEKOLAHAN PADA BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum

Di bawah adalah masa persekolahan bagi murid sesi pagi dan petang pada bulan Ramadhan pada tahun ini.

Khamis, 18 Mei 2017

Ancaman Ransomware WannaCry Di Malaysia

Ransomware WannaCry ialah sejenis malware yang boleh memadam apa-apa data yang kita simpan.Ancaman akan berlaku apabila akses ke atas data tersebut dihalang oleh penjenayah siber.
Ancaman ransomware WannaCry dilaporkan bermula pada 12 Mei 2017.Modus operandinya menggunakan email yang ada mengandungi virus tersebut dan menyerang komputer yang ada menggunakan sistem Operasi Window. 
Kita diperas ugut untuk membayar sejumlah wang untuk mendapat semula akses ke atas data yang telah mereka curi.Pembayaran ugutan melalui sistem Bitcoin cryptocurrency .
“Tidak ada jaminan fail akan diperolehi semula dan anda tidak harus menyokong penjenayah,” kata pengasas syarikat perkhidmatan keselamatan LGMS, C.F. Fong kepada The Star.
Berikut adalah cara pencegahan untuk mengelak dari terkena virus siber tersebut.Saranan ini telah diusul oleh pakar dalam bidang sistem keselamatan online.
1.Buat salinan data
Usahakan untuk simpan salinan data tersebut ditempat yang selamat.Jangan didedahkan atau boleh diakses secara terbuka atau perkongsian secara online.
2.Sentiasa kemaskini sistem
Dengan selalu kemaskini sistem komputer maka komputer kita mempunyai pertahanan yang tinggi. perlu update windows.
3.Guna perisian AntiVirus
Install dan update Antivirus seperti Kapersky, Avast dan sebagainya.
4.Jangan klik pautan yang mencuriga
Langkah pencegahan perlu dibuat awal pagi dan berjaga-jaga terutama golongan yang kerap menggunakan internet.
5.Saling berpesan kepada rakan sekerja
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab “Beliau menggesa pentadbir sistem meningkatkan keselamatan sistem dan mengingatkan pengguna supaya tidak klik pautan dalam e-mel dan fail mencurigakan.”
6.Kurangkan penggunaan internet percuma seperti WIFI ditempat terbuka.
Mana-mana komputer yang telah dijangkiti oleh virus ransomware WannaCry perlu diasingkan.Minta tolong mereka yang mahir IT untuk dapatkan kembali data kita dengan cara yang lebih selamat.
Selain itu guna sistem restore sekiranya fail sudah terkena virus tersebut.Sungguhpun demikian belum ada cara yang terbaik untuk mengembali data kita yang telah dijangkiti.Hanya langkah pencegahan itulah yang terbaik.
Jangan panik dan dapatkan sumber maklumat yang sahih dan berkrebiliti dari mereka yang mahir.

Jumaat, 12 Mei 2017

QUIZIZZ DI LAMAN KUIZ FROG VLE SMKJK

Assalamualaikum 

Sukacita dimaklumkan bahawa soalan kuiz di laman kuiz di dashboard sekolah telah meningkat dengan ketara. Jangan terlepas untuk menjawab soalan kuiz terbaru dengan bersaing bersama rakan pelajar untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam sekolah.

Kuiz tingkatan 1

Kuiz tingkatan 2

Kuiz tingkatan 3

Kuiz tingkatan 4

Kuiz tingkatan 5




Rabu, 10 Mei 2017

Kejayaan-Kejayaan Yang dilakar pada bulan April 2017

Tahniah kepada semua guru-guru dan pelajar yang tidak kenal erti penat dan lelah dalam usaha untuk mencapai kejayaan sekaligus mengharumkan nama sekolah. Semoga segala usaha dan titik peluh memperoleh redha Allah S.W.T.
Pasukan unit beruniform 
Pasukan Hoki



PENTADBIRAN KAJIAN KESETERAAN ITEM eTIMSS 2019

Terima kasih kepada semua PPD Klang, Penolong2 pegawai Teknik, PKG Klang Bandar, BTPN Selangor, guru2 Smkjk,  yang terlibat di dalam kajian eTIMSS 2019 pilot di Makmal Komputer SMK Jalan Kebun pada 9 May yang lalu.

Jumaat, 21 April 2017

Katalog Senarai Buku Teks Baharu 2017

Katalog Senarai Buku Teks Baharu 2017

1.  Katalog Senarai Buku Teks Baharu Sekolah Rendah Kegunaan 2017         MUAT TURUN

2.  Katalog Senarai Buku Teks Baharu Sekolah Menengah Kegunaan 2017     MUAT TURUN





Khamis, 13 April 2017

Semakan Tawaran ke Tingkatan Enam Tahun 2017

ASSALAMUALAIKUM

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Tahun 2017 boleh dilakukan bermula 16 April 2017 sehingga 12 Mei 2017 di sst6.moe.gov.my.

Semakan juga boleh dilakukan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar MOE<jarak>T6<jarak>NoKP atau MOE<jarak>T6<jarak>AngkaGiliran ke 15888



Rabu, 12 April 2017

LAMAN KUIZ SMKJK

ASSALAMUALAIKUM

Anda kini boleh melayari Laman Kuiz SMKJK dengan hanya log masuk ke id frog masing-masing.

Berikut adalah cara untuk ke Laman Kuiz SMKJK.

Masukkan nombor ic murid ke ruangan yang disediakan dan klik 'ENTER' dan ID YES dan password murid akan kelihatan.


'Right click' pada log in frog di atas dan klik 'open link in new tab'


'Copy n paste' ID dan password ke ruangan yang disediakan dan klik 'login'


Terdapat 4 halaman dashboard dan anda hanya perlu ke page keempat iaitu Laman Kuiz SMKJK

Pilih menu kuiz dan pilihan sub menu tingkatan akan kelihatan.


Masukkan kod yang diberi dan klik proceed. Kemudian masukkan nama anda dan kelas dan klik 'start game'.

HEBAHKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA.

SELAMAT MENCUBA!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...