Jumaat, 20 September 2013

Kenali : Sistem Pengurusan Pembelajaran @ Learning Management System (LMS)

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
LMS yang sedang dilaksanakan ini merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ) dan MAMPU. Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis Learning Management System (LMS) di bawah Inisiatif Open Source Software (OSS). Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), KPM ialah penyelaras projek rintis tersebut di tiga (3) buah sekolah, iaitu:
bullet SMK Aminuddin Baki
bullet SMK Seri Titiwangsa
bullet SK Putrajaya Presint 9 (1)
Pihak MAMPU telah menjalankan Post Implementation Review (PIR) pada tahun 2007. Berdasarkan hasil dapatan dari PIR tersebut, MAMPU telah mencadangkan penambahbaikan ke atas sistem yang telah dirintiskan. Rentetan itu, pada tahun 2009, satu tender untuk menambahbaik LMS dan memperluaskan ke 50 buah sekolah telah dikeluarkan. Sekali lagi, pihak BTP telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelaksanaan projek ini.
Pautan :bulletSistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)
bulletMuka depan SPP
bulletKlip video cara melayari SPP
bulletKlip video Pendidikan Islam



KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH (Semua guru dan 10 orang murid)





KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH 

Berdasarkan arahan YAB TPM dalam keputusan mesyuarat bil 1/2013, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah. Kajian bahan digital ini meliputi sumber bahan yang terdapat di platform Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI yang digunakan oleh guru di sekolah. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap penggunaan bahan digital yang dibekalkan oleh KPM. Hasil maklum balas ini akan menjadi panduan untuk membuat penambahbaikan pembangunan bahan digital ini. Sehubungan itu, kerjasama anda untuk melengkapkan soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih


1. KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH: (Soal Selidik Guru) https://docs.google.com/forms/d/1_bPIAzmB9f1T84cuvRu-LF-BkRhLVDelTLMtw0iAswY/viewform

2. KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH: (Soal Selidik Murid)
https://docs.google.com/forms/d/1lG04TCNrWb3I8j7kAwam1iOYG8nExfHP4GrzBF68SWY/viewform


Tinjauan Online (Khas guru BM dan BI)




Salam,

Kepada guru BM atau BI sila jawab soalan di dalam tinjauan online. 


-- 
Muhammad Hanif Harun
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Pengurusan ICT 
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor


Tel : 03-5548 4477 ext 381
Fax : 03-5548 4480

HP/Whatapps/Viber : 0126970723

Selasa, 17 September 2013

PDRM timbang beri kuasa kepada guru kadet polis

PDRM timbang beri kuasa kepada guru kadet polis
  • PDRM timbang beri kuasa kepada guru kadet polisAyub menyempurnakan upacara menanam pokok bunga di Pulapol Rantau Abang, pagi semalam.


DUNGUN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menimbang untuk memberi kuasa kepada guru kadet polis seperti sukarelawan polis dalam usaha pihak berkuasa itu membanteras jenayah.

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman, Datuk Ayub Yaakub berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat kajian dan ia akan dilaksanakan setelah melihat beberapa sudut lain yang difikirkan dapat membantu polis mencegah jenayah terutama membabitkan pelajar sekolah dan masyarakat setempat.

Beliau berkata, selain melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik, guru kadet juga boleh mewujudkan persekitaran lebih selamat dengan menunjukkan imej polis ketika berada di sekolah dan di tempat awam.

“Bila mereka dah pakai uniform, kenapa kita tidak boleh beri kuasa polis seperti sukarelawan polis (PVR), dengan cara ini mereka ada kuasa untuk buat tugas kepolisan.

“Dengan adanya cikgu pakai uniform polis, masyarakat akan melihat kehadiran polis, situasi ini akan memberi keyakinan kepada ibu bapa dan masyarakat, keselamatan anak-anak juga terjaga," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Simposium Guru-guru Kor Kadet Polis di Pusat Latihan Polis Rantau Abang, dekat sini, pagi semalam.

Ayub berkata, untuk memastikan idea itu dapat dilaksanakan, PDRM akan memberikan latihan dengan kuasa undang-undang bersesuaian agar guru kor kadet polis dapat melaksanakan tugas kepolisan.

“Selain tugas sebagai pendidik, guru kadet polis ini juga dapat merasakan tanggungjawab sebagai polis.

“Mungkin dalam keadaan tertentu, sebagai tambahan mereka dapat bantu buat penugasan lain,” katanya.

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Selamat Menyambut Hari Malaysia 
Saksikan Dokumentari Khas Sejarah Kemerdekaan Malaysia



Rabu, 11 September 2013

Guru redah sungai 12 km ke sekolah.


KERALA, India - Seorang guru di India sanggup berenang meredah sungai sejauh 12 kilometer (km) setiap hari seawal pukul 9 pagi untuk ke sekolah di perkampungan Malappuram di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Abdul Mallik yang telah menjadi guru sejak 20 tahun lalu itu akan meredah air sungai yang mencecah paras leher dengan bantuan sebuah tiub tayar di pinggangnya.
Ketika berenang merentasi sungai, semua kelengkapan seperti pakaian, kasut dan bekalan makanan Mallik akan disimpan di dalam satu beg plastik dan dijulang dengan sebelah tangan hingga dia tiba ke seberang.
Walaupun sukar, ini adalah tanggungjawab yang menjadi rutin harian dan perlu dilakukan guru berusia 40 tahun itu untuk ke sekolah setiap hari.
"Jika saya ke sekolah dengan menaiki bas ia mengambil masa selama tiga jam untuk perjalanan sejauh 12 kilometer.
"Jadi, berenang merentasi sungai adalah lebih mudah, cepat dan saya boleh tiba ke sekolah tepat pada masanya," kata Mallik.
Menurut laporan media tempatan, Mallik akan menukar pakaian basahnya di belukar di tebing sungai dan meneruskan perjalanan menaiki bukit selama 10 minit untuk tiba ke sekolah.
Guru kerajaan seperti Mallik biasanya menerima gaji sebanyak Rs.25,000 (RM1,281). - Agensi

Hakcipta terpelihara 

Jemputan : Majlis Graduasi SMK Jalan Kebun 2013


Isnin, 9 September 2013

Makluman dari Unit Kokurikulum

Assalamualaikum wbt.


Adalah dimaklumkan bahawa pada 23 September 2013 akan diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum. Justeru itu, mohon jasa baik semua guru penasihat Kelab dan Persatuan agar dapat melengkapkan borang pencalonan bagi pelajar yang layak. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.


Rabu, 4 September 2013

Buletin Bulanan KPM Isu #4


Mohon kerjasama semua pentadbir, guru dan pelajar. Sila ambil tindakan segera.


Berikut adalah senarai pautan link untuk SSQS 2.0 untuk tahun 2013.
Penarafan ini akan bermula 2-30hb September 2013 dengan beberapa format baru antaranya adalah seperti berikut :
  1. Pentadbir x 1
  2. Guru Perpustakaan Media x 1
  3. Guru x 30 (6 teras mata pelajaran)
  4. Murid x 30 (rawak)
Pemantauan secara online kali ini adalah dengan menggunakan Google Form dan pautan kepada borang hanya boleh diakses melalui emel sekolah sahaja serta mengikut sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru masing-masing.
Jika anda terlupa kata laluan sila hantarkan sms ke 012-6970723 dan pihak kami akan mereset id emel sekolah anda.
Berikut adalah pautan soalan SSQS 2.0 mengikut sekolah ahli anda (akan diaktifkan pada 2hb September 2013)
PENTADBIR


GURU


GURU GPM


MURID

Isnin, 2 September 2013

Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2013

Tips Menghadapi Peperiksaan.


Bertenang dan jangan cemas

Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda adalah terhad. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan yang akan anda diambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.

Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran

Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.

Yakin terhadap kebolehan diri

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Masa rehat perlu secukupnya

Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.

Hapuskan tabiat suka tidur

Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.

Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan

Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.
Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.
Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.

Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...