Isnin, 31 Mac 2014

Pasukan Ragbi B15 : Naib Johan Daerah Klang

Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi sekolah di atas kejayaan yang dicapai serta terpilih mewakili Daerah Klang di MSSS pada 21-22 April 2014. Semoga beroleh kejayaan dan mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri.

Barisan pemain bersama pengurus dan jurulatih, En. Azmi dan En. Shahir.

Jumaat, 21 Mac 2014

Tahniah Pasukan Sepak Takraw SMK Jalan Kebun

Juara dan tempat ketiga Regu B18 

Tempat kedua dan ketiga Regu B15

Tempat ketiga Berkumpulan B18

Juara Berkumpulan B15.

Pemain terbaik Apit kanan B18 dan B15

Pemain terbaik Tekong B18

Khamis, 20 Mac 2014

Misi SMK Jalan Kebun memburu kejuaraan berganda. (Kejohanan Sepak Takraw Daerah Klang)

Regu B15 

Kesemua regu pasukan sepak takraw SMK Jalan Kebun layak ke pusingan separuh akhir bagi kategori 15 tahun dan 18 tahun. Semoga beroleh kejayaan ke pusingan akhir esok. Perlawanan akan diadakan Dewan MPK Klang, Andalas.
Carta Perlawanan B18

Senarai biasiswa untuk pelajar lepasan SPM 2013

Pelajar Cemerlang SPM 2013

Tahniah. Kejayaan anda kebanggaan kami.

SMK Jalan Kebun Juara B15 (Kejohanan Sepak Takraw Klang)

Tahniah kerana meraih kejuaraan berkumpulan kategori bawah 15 tahun.

Rabu, 19 Mac 2014

Isu KPM : Penambahbaikan PBS

KENYATAAN MEDIA

YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN

MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.

PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).

Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.

Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah  pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah  pada sesi persekolahan tahun 2012.

Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.

Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka  dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.

Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.

Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru  untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS:

Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama  berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.    

Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.

Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.

Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

LAMPIRAN 1 DAN 2

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.

Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.

LAMPIRAN 3

Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.   

Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study).  

Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.

Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

LAMPIRAN 4

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

LAMPIRAN 5

Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.

Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.

Selasa, 18 Mac 2014

Info PPD : LAPORAN PENCERAPAN KURIKULUM & PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN OLEH PENTADBIR (SM & SR)

Assalamualaikum wrh. wbt. dan Salam 1 Malaysia
Perhatian kepada Pengetua dan Guru Besar,
SM dan SR Daerah Klang.
Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Selangor akan mengumpul data pencerapan pengurusan kurikulum (Standard 3.1) dan data pencerapan pembelajaran dan pengajaran (Standard 4). Sehubungan itu semua pentadbir sekolah perlu melaksanakan kedua-dua jenis pencerapan tersebut mengikut tarikh berikut :
1. Pencerapan Pengurusan Kurikulum (Standard 3)
- tarikh akhir cerap : 30 Mac 2014
- tarikh akhir hantar data : 4 April 2014
2. Pencerapan PdP Guru (Standard 4)
- tarikh akhir cerap : 30 Jun 2014
- tarikh akhir hantar data : 4 Julai 2014
Sila hantar kedua-dua borang laporan pencerapan ke PPD (u.p. : Pn. Hjh. Siti Hajar bt. Ayub). Manakala borang softcopy perlu dihantar melalui emel ke akademik_ppdklang@yahoo.com.my
Sekian, harap maklum dan terima kasih
Sumber : http://jpn.moe.gov.my/ppdklang/v4/


Tips : Tips Belajar #1



Tauladan : 30 Minit Ustaz Don Bersama Adik Luqmanul Hakim (10 tahun)



Isnin, 17 Mac 2014

Kor Kadet Polis : Pelajaran Senjata M16A1 (17 Mac 2014)



M16 merupakan raifal tempur yang ringan, menggunakan peluru berkaliber 5.56 mm dan sistem penyejukan udara atau air-cooled. Ianya beroperasi dengan sistem gas yang menggunakan kelopak berkapasiti 30 butir, serta menggunakan bolt berputar. M16 ini diperbuat daripada logam yang terkenal iaitu krom molibdenumvanadium, alumunium, dan plastik polimer.

Terdapat lima versi utama bagi senjata M16:

1) M16

2) M16A1 yang menggunakan peluru M193/M196, boleh menembak dengan tembakan separa automatik ataupun semburan sepenuhnya.

3) M16A2 yang diperkenalkan disekitar tahun 1980. M16A2 menggunakan peluru M855/M856 yang direkabentuk oleh Belgium (dan kemudiannya dijadikan peluru standard 5.56 x 45 mm NATO). M16A2 mampu menembak separa automatik dan semburan tiga butir.

4) M16A3 yang menggunakan sistem tembakan utama yang ada pada M16 dan M16A1.

5) M16A4 yang menjadi raifal utama Marin Amerika semasa kempen memerangi Iraq bagi menggantikan M16A2.

M16 digunakan sebagai percubaan utama pada tahun 1964 oleh Tentera Udara Amerika (USAF). Versi ini mempunyai pengadang tangan bentuk segi-tiga, penghadang cahaya bentuk tiga serampang, dan tiada bantuan hadapan. Alat bolt diperbuat daripada kepingan krom dan bahagian permukaan hadapan yang licin, tidak mempunyai banyak takik untuk bantuan hadapan. Tentera darat Amerika mula menggunakan XM16E1 pada 1965 semasa kempen di Vietnam. Tentera Marin Amerika juga menggunakan sistem ini semasa kempen tersebut. XM16E1 adalah raifal utama yang kemudiannya dikenali sebagai M16A1 pada tahun 1967. Versi ini dijadikan raifal utama infantri oleh seluruh unit ketenteraan Amerika military mulai tahun 1967 hingga 1980an, apabila digantikan dengan M16A2.
Sistem penerima (receiver) M16 diperbuat daripada alumunium. Laras, bolt, dan kepala bolt diperbuat daripada besi. Udi senjata dan pengadang tangannya diperbuat daripada plastik polimer. Model-model awal M16 dikatakan lebih ringan, dengan seberat 2.9 kg, jauh lebih ringan daripada sistem persenjataan yang ada pada tahun 1950-an dan 1960-an. Tetapi M16 lebih ringan daripada senjata M-14 dan AK-47 yang seberat 5 kg. M16A2 dan versi-versi yang baru lebih berat, iaitu 3.9 kg

Peluru M16 beratnya hanya 55 gram berbanding 155 gram untuk peluru 7.62mm NATO. M16 mempunyai daya tembakan 550 tembakan per minit dan boleh digunakan secara automatik di mana isi kelopak peluru dengan isian 30 butir boleh dikosongkan dengan sekali sahaja menarik picu.
M16 adalah antara raifal berkaliber 5.56 x 45 mm yang telah dibekalkan keseluruh dunia. 

Kini, sistem M16/M4 telah digunakan oleh 15 negara NATO dan 80 buah negara yang lain. Hari ini, AS and Kanada telah membekalkan sebanyak 8,000,000 unit termasuk 90% yang masih beroperasi. Antara pasukan elit yang menggunakan versi M16 tersebut ialah seperti Special Air Service (British, Australia, New Zealand), Marine Commando Force (India), Kopassus, Kopaska, Kopaskhas, Brimob (Indonesia) dan banyak lagi.

Sumber artikel : http://rotunavyuitm.blogspot.com/2011/10/persenjataan-m16.html

Info KPM : Tarikh urusan permohonan dilanjutkan (Sistem epangkat)



Untuk makluman, memandangkan capaian kepada Sistem ePangkat yang tidak memuaskan, pihak Kementerian telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tarikh urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat di bawah kepada tarikh yang baru seperti berikut:  

Urusan
Tarikh Perlanjutan Permohonan/ Perakuan
Calon
Ketua Jabatan
(Sekolah/KM/PPD)
JPN/ Bahagian
Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ke Gred DG44 (Bidang Umum, Bidang Teknikal dan Bidang Pendidikan Islam) Tahun 2014 di Kementerian Pendidikan Malaysia
28 Mac 2014
11 April 2014
25 April 2014
Semua Urusan Time Based Berasaskan Kecemerlangan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
-
19 Mac 2014
Tiada Perubahan

Ahad, 16 Mac 2014

Info PPD Klang : Sesi persekolahan pada hari Isnin (17 Mac 2014) dibuka semula.

Info PPD Klang:
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perhatian kepada Pengetua dan Guru Besar . Sesi persekolahan pada hari Isnin ( 17/3/2014) dibuka semula.
Terima kasih

Unit Ict dan Maklumat
PPD Klang

Khamis, 13 Mac 2014

Esok sekolah ditutup atas faktor jerebu (14 Mac 2014)

Info Terkini :

PENTING - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dimaklumkan sekolah SMK Jalan Kebun akan bercuti esok 14/3/2014 (berganti) atas faktor jerebu. Pejabat beroperasi seperti biasa. Sekian harap maklum.

Pengetua.

Makluman dan tindakan : Sesi Info (13 Mac 2014)

Makluman sesi info

1.guru yang layak memangku (ppp) gred dg41 ke gred dg44..sila isi e-pangkat.
2.kutipan pibg
-guru boleh mula kutip dan tarikh akhir kutipan pada bulan mei.
3.pelabelan guru
- menurut major dan minor matapelajaran guru
4.ladap kp bersama pentadbir berkaitan headcount
5.cadangan guru tentang amalan terbaik dilakukan oleh sekolah untuk didokumantasikan dan dihantar ke buletin MPSM. fokuskan program I-think
6. Smkjk dipilih sebagai tempat mesyuarat kurikulum peringkat negeri selangor pada 8/4/14.
-guru diminta bersedia dan ajk bilik gerakan sila kemaskini bilik dengan maklumat terkini.
7.murid tidak dibenarkan menjalankn aktiviti luar disebabkan jerebu.
8.kebenaran murid balik sekiranya ibu bapa datang mngambil di sekolah. (Jerebu)
9.pengurusan guru
-kekurangan 2 orang guru iaitu pn.masitah dan pn. Suhaila
- pn. Suriani cuti bersalin akan diganti oleh cikgu norzalina selepas cuti.
10. Guru bertugas
- minggu hadapan - disebabkan pn norhafisah tidak sihat..maka guru bertugasnya sebagai ketua ialah pn. Norhasnizawati awang
11. Pengurusan sekolah
a. Ajk kecemerlangan sekolah diminta membantu ketua unit masing-masing.
b. Jawatan kuasa dermathon telah ditetapkan
C. pengurusan UB1 berjalan lancar.
d. Perbincangan kertas peperiksaan boleh dilakukan minggu depan.
e. Latihan masa cuti perlu disediakan oleh kp

Info Tambahan.
1. Pn. Norfaridah hanum mempromosikn 5s
- pertandingan mncipta logo 5s dalam kalangan guru dan staf sokongan
2. Pn. Anita abd. Rahman
-jamuan untuk pn. Masitah dan pn. Suhaila diadakn esok di bilik guru.
3. Pn rozita kamil
-memaklumkan program 5s sampai bulan mei..guru hanya perlu sisih.susun dan label sahaja.
4. Pn sharafunisa (kaunselor)
-Guru diminta isi satu borang soal selidik dalam web splg dan print borang tersebut serta hantar kepada beliau. Tarikh akhir 30 mac 2014

IKLAN KPM : URUSAN PEMANGKUAN PPPS DG41 KE DG44 (mengikut bidang)


URUSAN PEMANGKUAN PPPS DG41 KE DG44 (mengikut bidang)
Tarikh tutup permohonan : 17 Mac 2014 (Isnin)




Info Jabatan Pendidikan Selangor : Projek Inovasi

Salam,

Dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
Menyediakan buku panduan pelaksanaan projek inovasi kelab dan persatuan sekolah.

Buku tersebut boleh dimuat turun daripada laman sesawang KPM berikut:



Terima kasih.


AMRI HJ ALI
Penolong Pengarah Bidang Ko-Akademik
Jabatan Pendidikan Selangor
(03-5518 9208)



Isnin, 10 Mac 2014

Info : Kronologi MH370


Selasa MH370 Kronologi

PPD Klang : Program SLAP 10

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Kepada:
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Klang.

Berikut adalah bahan slap untuk petugas pengawasan peperiksaan awam 2014
untuk tindakan pihak sekolah.Pihak tuan dapat memberikan kerjasama untuk
memudahkan perjalanan peperiksaan awam 2014.Perhatian kepada SUP UPSR dan 
SPM sila muat turun. Pastikan klik nama sekolah dan import dari pengkalan data 
dan kemudian refresh supaya nama staf akan muncul. Sebarang pertanyaan telefon
di talian 0173944713 E. mohd Arif . Bahan slap10 terbaru

PPD Klang : Guru Inovatif

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Kepada:
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Klang.

Berikut adalah bahan untuk tindakan pihak sekolah.
Sekian, terima kasih.
Pengurusan Akademik 



Khamis, 6 Mac 2014

Makluman : Sesi Info

Sesi Info Guru Pagi : (6 Mac 2014)

Pengetua :-
~ kehadiran guru dipantau. maklum ketidakhadiran kepada pengetua sebelum 7.30 pagi.
~ tahap keselamatan sekolah tanggungjawab bersama.
~ disiplin sekolah : mohon SSDM perlu dilaksanakan dan dikemaskini.
~ urusan kewangan : perlu perbincangan bersama pentadbir. sebarang masalah rujuk Pn Azlin. tuntutan submit sebelum 5 hb.
~ NILAM : agenda negara laksanakan seperti yang dirancang.
~ MMI : KPM memilih Selangor untuk pemantauan. 3 kategori -> nilai semula. guru yang tiada (tugas luar) mohon sedia bahan pdp untuk murid.
~ program sekolah : dianggap proses pdp, tidak perlu cuti peristiwa.
~ permohonan online kursus pembangunan kompentensi bagi guru yang layak. (13 guru layak).
~ ujian bulanan pertama : 3 hari --> bagi 3 bulan pdp.

PK Hem :-
~ guru tingkatan : borang semakan register hantar ke meja PK Hem.
~ surat amaran rujuk PK HEM.
~ buku rekod kesihatan lengkap (ting.3). tahniah.
~ masalah pelajar : hantar ke kaunselor.

S/U Peperiksaan :-
~ edaran jadual ujian bulanan pertama.
~ guru relief mohon peka dengan jadual.

Kokurikulum : Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Klang

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Klang Kali ke-51


Tarikh : 3 - 6 Mac 2014 (Isnin - Khamis)
Tempat : Stadium Sultan Sulaiman, Klang.


Selasa, 4 Mac 2014

ISU KPM : Sindiket Tipu Pelajar

KENYATAAN AKHBAR
YBHG. KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KENYATAAN BALAS KEPADA LAPORAN
‘SINDIKET TIPU PELAJAR’
BERITA HARIAN, 2 MAC 2014


Merujuk kepada laporan bertajuk ‘Sindiket Tipu Pelajar’ yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada muka surat 1, 8 dan 9 bertarikh 2 Mac 2014, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan penglibatan KPM dalam sindiket yang dimaksudkan.

KPM melalui portal rasmi http://www.moe.gov.my pada 21 Januari dan 27 Februari 2014 juga telah mengeluarkan kenyataan kepada umum berkaitan isu tersebut selepas menerima aduan dan pertanyaan berkenaan isu pas masuk percuma ‘SESI KEMASUKAN AWAL PROGRAM DIPLOMA IPT’ yang dikeluarkan oleh Unit Pengambilan Khas Institut Pengajian Tinggi (UPKIPT) dan ‘NOTIS PANGGILAN SESI TEMUDUGA KEMASUKAN AWAL’ yang dikeluarkan oleh JABATAN PENGURUSAN SISWAZAH.

Sehubungan dengan itu, ditegaskan bahawa KPM tidak pernah mengeluarkan atau mengedarkan sebarang bentuk pas masuk percuma atau notis panggilan temu duga kemasukan awal kepada orang awam dan tidak pernah menganjurkan sebarang program sesi kemasukan awal ke IPT bagi program-program pengajian yang ditawarkan di IPT.

KPM juga tidak pernah meminta pemohon membuat sebarang pembayaran atau mengenakan sebarang caj untuk menghadiri temu duga bagi mana-mana program pengajian yang ditawarkan di IPT.

Justeru, orang awam diminta agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan maklumat yang dinyatakan dalam pas masuk percuma dan notis panggilan temu duga kemasukan awal tersebut dan dinasihatkan agar mendapatkan maklumat yang tepat dan telus bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

Sebarang pertanyaan berhubung isu kemasukan pelajar boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi melalui talian 03-8870 6767 / 6777 atau dengan melayari Laman Web Rasmi Kemasukan di http://upu.moe.gov.my/.



Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
3 Mac 2014



Kenyataan akhbar merujuk kepada laporan akhbar di bawah:

Program : Pertandingan Bahas Peringkat Daerah Klang.

Pertandingan Bahas Peringkat Daerah Klang.

Tempat : Pusat Sumber SMK Jalan Kebun, Klang
Tarikh : 4 Mac 2014 (Selasa)

Penglibatan : Murid Sekolah Daerah Klang.


Makluman : Aktiviti Kokurikulum esok, dibatalkan. (5 Mac 2014)


Isnin, 3 Mac 2014

Tips : Perangkap Nyamuk

CARA BUAT PERANGKAP NYAMUK MUDAH DAN SENANG.


Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan 1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Program : Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah

Tarikh : 3 Mac 2014
Tempat : Dataran Seri Akmal, SMK Jalan Kebun, Klang.
Masa : 8.00 pagi






Info : Lawatan Pra-pemantauan 5S



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...