Rabu, 8 Mei 2013

PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2013


Assalamualaikum wrh. wbt. dan Salam 1 Malaysia
Kepada Semua Pengetua SM Daerah Klang.
u.p. : Ketua Panitia Matematik Tambahan                                                          

Unit Matematik, Jabatan Pelajaran Selangor akan menjalankan Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) hanya melibatkan murid Tingkatan 5. KPMT bertujuan memupuk kreativiti, kemahiran berfikir matematik dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan murid dalam usaha mereka menyelesaikan tugasan yang diberi. Jabatan Pelajaran Selangor telah menyediakan DUA tugasan KPMT berdasarkan tajuk-tajuk dan kemahiran yang berbeza, yang boleh dipilih oleh murid dalam menjalankan KPMT.
Dokumen yang diperlukan bagi pelaksanaan KPMT 2013 seperti di bawah  PERLU dimuat turun dari laman web PPD untuk tindakan selanjutnya:
1. Kerja Projek Matematik Tambahan 1/2013 – 2/2013
2. Additional Mathematics Project Work 1/2013 – 2/2013
3. Rubric for Additional Mathematics Project Work 2013
4. Guidelines for the Implementation of Additional Mathematics Project Work 2013 
Sila muat turun bahan di sini >> Bahan Matematik Tambahan 2013
Kerjasama pihak tuan/puan adalah diharapkan untuk mengedarkan dokumen tersebut dan memberi murid kebebasan untuk memilih mana-mana satu tugasan yang disediakan untuk dilaksanakan. Untuk maklumkan tuan/puan, Rangka Penyelesaian (Solution Outline) turut disediakan bagi tujuan menyelaras pentaksiran KPTM oleh guru di Selangor. Rangka Penyelesaian ini akan hanya diedarkan oleh Unit Matematik, Jabatan Pelajaran Selangor kepada pihak tuan/puan pada 10 Jun 2013.
Sekian, terima kasih

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...