Selasa, 25 Ogos 2015

Info Ibu bapa : Anak kita sedang tenat.

Perkongsian dari seorg guru / pembentang semasa "Seminar Pendidikan Antarabangsa" yg baru berlangsung di SACC Shah Alam pd 22.8.2015.

ANAK KITA SEDANG TENAT!

Sejak kebelakangan ini, banyak kes melibatkan pelajar seperti DADAH, ZINA SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK,- VAPER DAN SHISHA STICK berleluasa dari sekolah harian hingga sekolah yang berasrama, dari sekolah rendah hingga sekolah menengah.

Kita telah digegarkan dengan kes pada baru-baru ini murid tahun 5 bersalin anak tidak sama taraf seramai 2 orang. Itu yang kita ketahui tetapi yang lain? Juga ada kes pelajar menengah bersalin di tandas dan di asrama. Itu kes yang dilaporkan yang kita tahu tetapi yang tidak dilapor bagaimana?

Gara-gara kecanggihan teknologi dan dasar keperluan, anak-anak kita diberi atau mereka sendiri yang membeli telefon pintar dengan tujuan asalnya untuk menghubungi keluarga jika ada keperluan tetapi telah disalah gunakan secara berleluasa. TAHUKAH ANDA IBU BAPA? Kebanyakan kes rampasan telefon pelajar di sekolah mendapati majortiti mereka memiliki bahan lucah didalam telefon tersebut. Ada kes ibu bapa berang kepada pihak sekolah atau pengurusan asrama apabila anak mereka tidak dibenarkan membawa telefon tetapi kemudian ibu bapa tersebut menyesal apabila anak mereka ditangkap berzina di   tandas sekolah. Hasil siasatan mendapati telefon digunakan untuk berhubung bagi mendapat "green light" untuk melakukan zina tersebut. Lebih parah lagi apabila rampasan telefon anak mereka dan dilihat sendiri oleh ibu bapa pelajar tersebut terdapat kandungan lucah yang mana gambar bogel anak mereka di utus kepada pasangan kekasihnya melalui whatsap.

Juga ada kes pelajar asrama yang menipu ibu bapa kononnya apabila musim balik kampung pergi rumah rakan kelas tetapi pergi tidur bersama kekasih di hotel atau rumah sewa kekasih mereka. Kepercayaan yang membuta tuli oleh ibu bapa terhadap alasan atau cerita rekaan anak mereka telah membawa padah kerana ada kes rentetan dari itu anak mereka menjadi mangsa rogol atau mengandung anak luar nikah.

ANAK KITA MAKIN PARAH

Dadah kini mudah diperolehi dan didapati. Pengalaman saya masa mengajar di sekolah dahulu pernah menangkap pelajar menjual "pil" kepada rakan kelasnya. Ada juga aduan bapa mengadu anak nya tidak mahu ke asrama atau ke sekolah kerana liciknya rakan sebaya mereka menghisap dadah atau menjual dadah sehingga guru disiplin tak mampu untuk mencari atau menangkap salah laku mereka.

Kini ada kes popular yang menular di sebahagian zon dengan air ketum. Pelajar menjadi ketagih meminum air ketum untuk berkhayal. Dan amat menyedihkan golongan dewasa ada yang tahu kegiatan pelajar tersebut tetapi tidak memainkan peranan mereka untuk mencegah atau menasihati mereka.

Tidak hairan mengapa anak melayu kita ramai di instituai pemulihan dadah berbanding di institusi pengajian tinggi.

ANAK KITA MAKIN SAKIT

Masalah rokok kini kurang popular tetapi kini yang kian popular adalah electronic smoke yang ada pelbagai jenis dipasaran. Tidak terhad dengan pelajar lelaki sahaja bahkan juga pelajar perempuan juga dengan tanpa rasa malu menghisap dan menghembus sambil berselfie serta dimuat turun pula dalam laman sosial.

ANAK KITA TENAT, PARAH DAN SEMAKIN SAKIT....

saya menyeru semua ibu bapa untuk memainkan peranan utama dalam membimbing dan mendidik anak mereka terutama dalam akhlak dan sahsiah. Pendidikan awal adalah dari rumah dan meskipun sudah kita hantar anak kita ke sekolah atau asrama jangan kita merasakan amanah kita itu telah diambil alih oleh guru.

Sekolah atau asrama bukan tempat pemulihan yang mana kita ibu bapa tak mampu nak menangani lalu menempatkan anak kita yang bermasalah kepada guru untuk diprogram jadi insan. Guru dibawah mereka terdapat beratus dan beribu murid untuk dijaga tambahan pula pelbagai tugas lain perlu dilaksana maka bukan mudah nak menumpukan perhatian khusus untuk anak kita sahaja.

Jangan jadikan alasan kerana kesibukan kerja kita untuk mengabaikan tanggungjawap memantau, membimbing dan mendidik anak kita. Itu adalah suatu alasan yang sangat tidak bertanggungjawap sebagai ibu bapa terhadap anak k
ita dan guru kepada anak kita.

Maka saya mencadangkan beberapa perkara kepada ibu bapa supaya tanggungjawap kemenjadian insan d
an kebaikan akhlak anak kita dapat dilaksana.

1. Didik anak kita bermula dari awal dan dari rumah tentang agama dan tuntutannya. Lebih baik yang mengajar adalah bapa yang selaku ketua keluarga

2. Menjalinkan hubungan baik dengan pihak sekolah khususnya guru yang mengajar anak kita. Lebih baik lagi kita ada no telefon mereka untuk kita bertanya berkembangan anak kita.

3. Jangan hanya hadir kesekolah semata-mata untuk ambil duit bantuan persekolahan sahaja dan kemudian terus hilang dan mesyuarat pibg pun tidak hadir serta tidak ambil peduli. Rajinkan diri sebulan sekali ziarah ke sekolah berjumpa dengan guru untuk mengetahui perkembangan anak kita dan berbincang dengan guru apa peranan lain yang boleh kita sebagai ibu bapa boleh lakukan untuk memperkembangkan potensi anak kita.

4. Jadikan anak-anak orang lain seperti anak kita. Peribahasa jangan menjaga tepi kain orang lain adalah tidak releven sekarang. Kita kena ambil peduli untuk menegur anak-anak yang lain dan memaklumkan kepada ibu bapa mereka supaya tindakan awal dapat dilakukan jika anak mereka melakukan salah laku. Juga kita juga jangan cepat melenting jika anak kita sendiri yang ditegur. Nasihat saya, jangan membela anak kita membuta tuli, anak kita ada masa mereka sememangnya pelakon terhebat.... depan kita ada sesetengahnya baik sangat dan pijak semut pun tak mati tetapi belakang kita tanduk naik buat jahat hantu pun kalah.

5. Buat siasatan secara rahsia tentang pegerakan dan aktiviti anak anda. Jangan terus percaya dengan mereka tetapi adakala kita kena pergi lihat sendiri secara rahsia untuk mensahihkan pergerakan atau aktiviti ya g dimaklum oleh anak kita.

6. Berikan sumbangan berupa kemahiran kepada pihak sekolah dengan menawarkan diri untuk terlibat dengan program atau aktiviti sekolah. Biasanya pihak sekolah sangat menghargai apabila adanya penglibatan ibu bapa.

7. Hadkan pemberian yang berbentuk mewah kepada anak kita seperti telefon pintar canggih. Kalau memang perlu untuk berhubung memadai dengan telefon seperti 3310 nokia. Tidak dinafikan komunikasi amat penting tetapi kita sebagai ibu bapa kena lihat pada semua sudut agar potensi masalah dapat dikurangkan ketahap sifar atau minimum. Kalau anak duduk di asrama minta bantuan warden untuk menjaga telefon tersebut dan membenarkan had penggunaan jika perlu sahaja.

JADILAH IBU BAPA YANG BERTANGGUJAWAP DAN PERIHATIN TERHADAP ANAK KITA SENDIRI. GURU BUKANLAH INDIVIDU UTAMA DALAM KEMENJADIAN AKHLAK TETAPI KITALAH SEBAGAI IBU BAPA YANG PATUT MEMAINKAN PERANAN UNTUK MEMBENTUK SAHSIAH ANAK KITA

Semoga kita ibu bapa memperoleh kesedaran sebagai warga yang perihatin terhadap anak kita sendiri. Jika kita melaksanakan peranan kita, insya Allah masalah sosial dan salah laku lain pasti dapat kita kawal daripada menular.

Jadilah ibu bapa yang mampu memimpin anak-anak dan bukannya ibu bapa yang diperhambakan oleh anak-anak.

#‎misikebangkitanibubapa

#‎ibubapapelajardansekolah

Isnin, 24 Ogos 2015

IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN
 

IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau warganegara Malaysia 
bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan untuk mengisi  jawatan  Jurulatih Sukan  
(Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 
Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail  Kota Tinggi, Johor, 
di Sekolah Sukan Malaysia Pahang, 
Sekolah Sukan Malaysia Sabah dan Sekolah Sukan Malaysia Terengganu.


Untuk maklumat lanjut sila muat turun maklumat di bawah:



Diterbitkan oleh Bahagian Sukan

Jumaat, 14 Ogos 2015

Khamis, 6 Ogos 2015

Info Guru : Microsoft Innovative Educator Experts Program



Program untuk mengiktiraf guru-guru dinamik dan berinovatif yang menggunakan teknologi berasaskan produk Microsoft dalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran.


KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN HARI GANTI SEKOLAH TAHUN 2015

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN HARI GANTI SEKOLAH TAHUN 2015

06 August 2015

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

HARI GANTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015


Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan penangguhan sesi awal persekolahan bagi tahun 2015 akibat bencana banjir yang melanda negara menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2014; Penangguhan Tarikh Mula Sesi Persekolahan Tahun 2015;bertarikh 29 Disember 2014Penangguhan ini dibuat setelah mengambilkira;

a.            Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Penempatan Sementara (PPS) atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b.            keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

KPM ingin menegaskan bahawa tarikh bagi hari-hari penangguhan persekolahan akibat banjir seperti terkandung dalam surat siaran tersebut adalah tidak perlu diganti kerana bukan dianggap sebagai cuti. Tempoh tersebut bermaksud tempoh pemulihan kepada semua pihak akibat bencana banjir dan dianggap sebagai hari bekerja. Pihak KPM berharap dengan penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul  dalam kalangan pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa.

Terima kasih.





Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
   
6 Ogos 2015

Rabu, 5 Ogos 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...