Khamis, 28 Januari 2021

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021

 Assalamualaikum. / salam sejahtera.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Sukacita dimaklumkan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2021 RM 100 bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 ) yang terdiri dalam kalangan isi rumah berpendapatan kasar RM 3000 dan ke bawah telah mula  disalurkan  ke sekolah sekolah. 

Sehubungan itu semua ibu bapa kepada murid murid  warganegara  yang  layak bolehlah memohon bantuan tersebut dengan mengisi borang PB1.

Ibu bapa boleh mendapatkan borang tersebut di :

1. Pondok pengawal keselamatan Pintu B SMK Jalan Kebun.

Atau

2. Muat turun borang tersebut  di dalam pautan  kelas atau laman web sekolah.

Borang yang telah lengkapkan hendaklah  diserahkan semula kepada pihak sekolah.  Sila hantar borang di pondok pengawal keselamatan pintu B SMK Jalan Kebun selewat lewatnya 5/2/ 2021.

Pastikan borang yang dihantar lengkap dan dilampirkan dengan dokumen yang diperlukan dan disahkan.  Berikut  adalah dokumen yang diperlukan :

📌  1 salinan sijil lahir murid

📌  1 Salinan slip gaji ibubapa(bagi yg tiada slip gaji, perlu isi borang PB-2)

📌Kad OKU, sijil kematian ibu bapa/penjaga (jika berkenaan)

📌Salinan akaun bank murid jika ada.  (Hanya akaun bank  BANK SIMPANAN NASIONAL sahaja  diterima).

📌Borang senarai semak permohonan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2021

Borang PB - 1, 

Bahagian D ( Perakuan ibu/bapa/penjaga pastikan ditandatangani.

Bahagian E ( Kelulusan Jawatankuasa Bantuan Murid Peringkat Sekolah ) ruangan 

 tandatangan Pengetua biarkan kosong.

Catatan  :

Bagi  ibu suri rumah /ibu bapa bekerja sendiri /tiada slip gaji maka perlulah  mengisi borang PB-2*. 

Borang itu perlulah  mendapat  tandatangan & cop pengesahan daripada 

Pegawai Kerajaan kumpulan A (Pengurusan & Professional/Pengerusi JKKK/ Penyelia Pembangunan Mukim/Penggulu/Ketua Kampung atau yang setaraf dengannya)

Borang PB2 tidak boleh disahkan oleh guru2  SMK Jalan Kebun.

Sebarang pertanyataan bolehlah merujuk kepada guru kelas masing- masing.

Klik di sini :>>> untuk muat turun borang dan senarai semak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...