Isnin, 29 Ogos 2016

KARNIVAL BAKAT PELAPIS SEPAK TAKRAW

Tahniah diucapkan kepada pasukan takraw SMK Jalan Kebun kerana berjaya muncul sebagai naib johan(b15) dan ketiga(b13) pada Karnival Bakat Pelapis Negeri siri 2/2016 yang diadakan pada 15-18 Ogos yang lalu.
Pasukan bawah 15 tahun berjaya memperoleh tempat kedua.

Pasukan bawah 13 tahun mendapat tempat ke-3

Pasukan sekolah bersama jurulatih pasukan.

Jurulatih pasukan sekolah yang tidak pernah jemu mencari bakat anak2 pelajar di sekolah dalam sukan sepak takraw.


Jumaat, 26 Ogos 2016

TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK TENDER KEDAI BUKU


Tawaran sebut harga untuk tender kedai buku SMKJK. Sebarang pertanyaan boleh hubungi sekolah.


Khamis, 25 Ogos 2016

Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi


KAU TINGGALAKAN RINDU DI SINI
IZINKAN AKU
MENATAP SEBAK DI DADAMU
UNTUK KUTULIS SIMFONI LAGU
PADA SEPI PERGUNUNGAN SENDU

BERIKAN AKU
SEKADAR SEKELUMIT WAKTU
AKU INGIN SEBENTAR MELAYAN SEMBILU
KERANA AKU TAHU
MASA TERKENANG BERANGKAT LALU
TIADA KESEMPATAN MINTA DI TUNGGU

LANGKAH-LANGKAHMU TERTINGGAL DI PINTU
KAMI KUTIP KENANGAN ITU
SATU DEMI SATU
DAN KAMI PUPUKKAN IRAMA RINDU
KAMI SIMPAN DI KOTAK PILU
NOSTALGIA INDAH MERAWANG DI KALBU

KUTAHU SUDAH MAKNA
PERPISAHAN PENGHUJUNG MASA
KAU LEBARKAN SAYAPMU KE ANGKASA
MENCARI DESTINASI BAHARU SINGGAHSANA
LALU DOA KAMI SULAMKAN BERSAMA

KUTAHU SUDAH
AKAN KAU MENGALIH ARAH
LEMBARAN INGATAN MEWARNA SEJARAH
TITIPAN MASA LAMPAU MENITI TERJAH
SEKUJUR KAMI AKUR MENGAKU PASRAH
WALAU DISINI KERINGATMU MASIH BASAH
PASTI ADA GERIMIS GUGUR KE TANAH
MEMBASAHI PELOSOK LIMBAH

PUDARLAH SENYUM DAN TAWA
SEMYUMMU PENGUBAT DUKA
TANDUSLAH PENDAPAT KATA
PENDAPATMU PENCETUS MINDA
PUPUSLAH JUA PETAH BICARA
BICARAMU MENJANA JAYA
SAMARLAH LANGKAH-LANGKAH PERKASA
LANGKAH NAN BERTATAH JASA

PADA SELURUH PERSADA HATI-HATI PILU
KAMI TEGUR MENGINTAIMU
KERANA MASIH PANAS JEJAKMU
MENGINJAK JALAN-JALAN KELIKIR BERBATU
NATIJAHNYA...DISINI KAU TINGGALKAN RINDU
BUAT KAMI MENGGAPAI MERCU





Selasa, 23 Ogos 2016

MAJLIS SEKALUNG BUDI SETULUS HATI

Terima Kasih Mr. Kumar, Puan Faridah Hanim dan Ustazah Jamaiah dan selamat bersara!
Meraikan kehadiran guru-guru yang dirai.

Sesi penyampaian hadiah kepada guru yang dirai.

'Sending Off'

Jumaat, 19 Ogos 2016

MAJLIS SULAMAN KASIH JUNJUNGAN BUDI

Majlis 'SULAMAN KASIH JUNJUNGAN BUDI' sempena meraikan Puan Hajah Rohana Bt Mat Sah, Pengetua Smk Jalan Kebun yang akan bertukar ke SMK Seksyen 16, Shah Alam.

Tarikh : 19 Ogos 2016
Masa : 7.30 - 10.30 Pagi
Tempat : Dataran Sri Akmal, SMK Jalan Kebun



Banner Majlis

Atur Cara Majlis


Biodata Pengetua dan Ahli Jawatankuasa Majlis


Jumaat, 12 Ogos 2016

MEMOHON CRK MELALUI HRMIS

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu guru lakukan jika ingin memohon Cuti Rehat Khas melalui HRMIS.

KLIK:> PAUTAN HRMIS Login Page utk ke page rasmi Hrmis.

 
1. Masukkan ID Pengguna(IC) dan kata laluan. Klik Hantar

2.Klik pada Pengurusan Cuti 


3 Klik pada Fungsi, seterusnya Permohonan Cuti dan Pemohon Cuti



4 Seterusnya pada kategori cuti, pilih Cuti Kerana Perkhidmatan. Pada jenis cuti, pilih Cuti Rehat Khas.

5. Isikan Permohonan Cuti dan klik pada butang hantar. Pastikan guru memberitahu kepada penyokong cuti dan Pelulus Cuti setelah guru menekan butang hantar.

Sekian, Terima Kasih.






Khamis, 11 Ogos 2016

Laporan Tahunan 2015: PPPM 2013-2025

Muat turun laporan tahunan tahun 2015 dengan klik pada gambar di bawah.


MINIT CURAI

Kepada guru-guru yang telah pulang dari menghadiri sesuatu MESYUARAT / TAKLIMAT / BENGKEL / KURSUS di luar sekolah, guru-guru perlu menyerahkan minit curai sehari selepas tamat tugasan

Klik pautan MINIT CURAI di bawah untuk muat turun.

1: MINIT CURAI

Khamis, 4 Ogos 2016

JADUAL PEMANTAUAN ANUGERAH HEM 2016

Berikut adalah tarikh pemantauan hakim Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid  Sekolah-sekolah Daerah Klang 2016 bagi setiap kategori yang ditawarkan.
Pemantauan bagi SMKJK akan dijalankan pada ketetapan-ketetapan yang berikut:

1) KATEGORI PENGURUSAN PPDa CEMERLANG
=》19.9.2016 (ISNIN)

2) KATEGORI BILIK PPDa CEMERLANG
=》19.9.2016 (ISNIN)

3) KATEGORI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) - 1 BAY DAN 2 BAY
=》1.9.2016 (KHAMIS)

4) KATEGORI PENGURUSAN KANTIN CEMERLANG
=》1.9.2016 (KHAMIS)





       
 

Isnin, 1 Ogos 2016

SMK JOHAN PERTANDINGAN SOLAR COOKING.

Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah dalam Pertandingan Solar cooking, dalam Karnival Sains dan Teknologi di SMK P  Methodist, Klang.
Sebanyak 24 sekolah mengambil bahagian.
Pasukan sekolah akan mewakili daerah Klang ke Smk Sri Puteri Cyberjaya pada esok, selasa 2/8 ke Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri.
Semoga pasukan sekolah melakukan yang terbaik dan mengharumkan nama sekolah di peringkat Negeri itu nanti.
Pelajar bergambar selepas selepas dinobatkan sebagai johan pertandingan.

Pelajar melakukan demo kepada umum tentang cara menggunkan peralatan.

Pelajar bergambar bersama guru pengiring.

Keadaan ketika kejohanan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...