Rabu, 26 Julai 2017

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH (SSQS) 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) mulai 15 Julai hingga 30 Ogos 2017 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

Bagi tujuan tersebut, sekolah-sekolah KPM akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah melalui pautan http://best.moe.edu.my/ssqs/selangor/ untuk sekolah-sekolah di selangor.


THE CHAMPIONS 2017

Assalamualaikum

Guru-guru boleh memuat turun bahan-bahan untuk program 'The Champion 2017' pada pautan di bawah.

The Champion 2017

Khamis, 6 Julai 2017

MAKLUMAN PROSES PENGESAHAN MAKLUMAT PPP DI SEKOLAH DALAM SGMY

Semua PPP yang berkhidmat di sekolah boleh membuat proses pengesahan maklumat di dalam Sistem Guru Malaysia (SGMy) secara dalam talian di alamat URL

https://sgmy.moe.gov.my mulai 02 Mei 2017

Berikut adalah langkah2 yang perlu untuk membuat pengesahan


1- Masuk ke alamat URL https://sgmy.moe.gov.my
2- Klik modul Individu SGMy
3- Masukkan nombor ic dan 4 digit akhir nombor ic pada kata laluan dan klik HANTAR (jika telah membuat penukaran kata laluan, sila guna kata laluan yang telah dtukar. sebrang masalah hubungi Nombor Telefon (Teknikal) : 03-8884 1055/ 03-88841270/ 03-8884 1147)



4- Klik PENGESAHAN
5- Semak maklumat diri, jika ada kesilapan, hubungi Guru Data Sekolah untuk pembetulan data di dalam e-operasi, dan klik pada kotak kecil dan klik sahkan maklumat.
6- Mesej di dalam kotak kuning sebelah atas akan terpapar kepada yang telah berjaya membuat pengesahan.

Selasa, 4 Julai 2017

Tarikh Peperiksaan dan Pentaksiran Tahun 2017



Kaji Selidik Mengenai Tahap Kesedaran Teknologi Digital [ #mydigitalmaker ]

Sukacita dimaklumkan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bersama Courses Malaysia menerusi gerakan #mydigitalmaker telah menghasilkan borang kaji selidik dengan tujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang tahap kesedaran Teknologi Digital menerusi penglibatan pelajar (tingkatan 3-6), guru dan ibu-bapa. Hadiah menarik menanti sekolah dengan jumlah penyertaan tertinggi (1x TV pintar 55") dan cabutan bertuah untuk pelajar (1 x komputer riba, 1 x telefon pintar, 3 x action camera dan baucer Starbucks). Tarikh tutup borang kaji selidik ini adalah pada 15 Julai 2017. Pautan soal selidik adalah di http://www.mydigitalmaker.com/courses-malaysia 


Semakan Keputusan Temuduga Program Cuti Belajar Bergaji Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan temuduga Program Cuti Belajar Bergaji Penuh, KPM Peringkat Kedoktoran dan Sarjana bagi ambilan tahun 2017 boleh disemak mulai 30 Jun 2017 (Jumaat) melalui pautan di bawah:-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...