Jumaat, 14 Jun 2019

TUNTUTAN PERJALANAN TUGAS RASMI DAN KURSUS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN AKP SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KLANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (WP 1.4), PPD Klang dapati ramai pegawai di sekolah masih menggunakan borang tuntutan yang lama. Sehubungan dengan itu, PPD Klang memberikan panduan tuntutan yang telah ditetapkan bersama-sama borang-borang berkenaan untuk pihak sekolah patuhi berkuatkuasa mulai tuntutan bulan Mac 2019.

Sila hantar borang tuntutan mengikut senarai semak yang telah diberikan.

Kerjasama dari pihak sekolah mematuhi arahan tersebut amat kami hargai.

Sekian, dimaklumkan.

Khamis, 13 Jun 2019

CARA MEMINDAHKAN DATA BAGI TELEFON ANDROID

Memindahkan data telefon

Cth: Pindahkan data-data dari peranti YES ALTITUDE ke telefon baru.

Jika anda ingin memindahkan kesemua data dalam telefon ke telefon baru, anda boleh menggunakan aplikasi CLONE it. Ia adalah percuma. Dengan menggunakan CLONEit, anda boleh memindahkan 'contacts', log panggilan, SMS, MMS, gambar, muzik, semua jenis fail media, aplikasi, data aplikasi, tetapan sistem, rangkaian Wifi dan kata laluan, penanda buku dan banyak lagi.
Untuk menggunakan aplikasi CLONE it, anda hanya perlu muat turun pada kedua-dua telefon dan klik “Receiver” pada telefon baru dan “Sender” pada telefon lama. Anda akan diminta untuk memilih data yang anda mahu pindahkan. Sebaik sahaja dipilih, semua data akan dipindahkan dari telefon lama ke telefon baru anda.

Sabtu, 1 Jun 2019

PERTANDINGAN 'DIY MADE SIMPLE' TAHUN 2019

Tahniah SMK Jalan Kebun kerana sekali lagi berjaya mendapat like terbanyak dan mara ke Fasa 2 pertandingan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...