Selasa, 28 Februari 2017

MAJLIS ANUGERAH TEKNOPEN 2017

Assalamualaikum

Tahniah diucapkan kepada SMKJK kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam Anugerah Makmal Komputer Cemerlang Tahun 2016 peringkat negeri selangor yang diadakan di SMK Dato Abu Bakar Baginda pada 22 februari yang lalu. Tahniah dan terima kasih kepada kerja berpasukan yang diberikan oleh 'Team Makmal Cemerlang 2016'.


Sabtu, 25 Februari 2017

ACARA AKHIR SUKANTARA SMKJK 2017

Assalamualaikum

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan Sukantara pada tahun 2017. Jangan lupa Hari Sukan Sekolah pada:

Hari : Jumaat
Tarikh : 3 Februari 2017
Tempat : Padang sekolah



TAHNIAH PASUKAN SEPAK TAKRAW SMKJK

Assalamualaikum

Tahniah diucapkan kepada pasukan Sepak Takraw SMKJK kerana :

Menjadi Johan Kejohanan Sepak Takraw MSSD Klang bagi kategori:

Johan Inter Regu B18
Johan Inter Regu B15
Ketiga Berpasukan B18
Ketiga Berpasukan B15




Tahniah juga diucapkan kepada Pasukan Sepak Takraw daerah Klang yang mempunyai 7 orang pemain SMKJK kerana  :

Menjadi Johan Kejohanan Sepak Takraw MSS Selangor bagi kategori:

Johan Berpasukan B18
Johan Berpasukan B15






Jumaat, 24 Februari 2017

TAHNIAH PASUKAN KRIKET SMKJK

Assalamualaikum

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Kriket SMKJK kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Kriket MSSD Klang kategori bawah 18 tahun. Seorang pelajar terpilih mewakili daerah Klang ke MSSS iaitu 
Muhamad  Jahran Bin Malik dari kelas 2 Murni

TAHNIAH UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI SMKJK

Assalamualaikum

Tahniah diucapkan kepada pasukan Unit Beruniform Pandu Puteri SMKJK kerana :

Johan solar cooking peringkat negeri selangor

Di padang SUK Shah Alam pada 22 februari 2017.
Daerah klang mendapat Tempat ketiga  keseluruhan .
1. Johan solar cooking
2. Johan action songs
3. Johan public speaking
4. Naib Johan gajet

Isnin, 20 Februari 2017

SENARAI NAMA GURU TINGKATAN DAN TINGKATAN 1-5 TERKINI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berikut adalah pautan untuk guru-guru memuat naik Senarai nama guru tingkatan dan murid tingkatan 1 hingga 5 untuk tahun 2017. Sila klik pada pautan di bawah untuk proses muat turun.


1. SENARAI NAMA GURU TINGKATAN

2. SENARAI NAMA TINGKATAN 1 HINGGA 5

Jumaat, 17 Februari 2017

Live Stream Hari Anugerah Teknologi Pendidikan

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera

Berkaitan perkara tersebut anda dijemput untuk memeriahkan acara secara atas talian di saluran Youtube BTPN Selangor.

Saksikan Live Stream (Youtube Live) Hari Anugerah Pembestarian 2016 pada ketetapan berikut :

  1. Jam : 9.00 pagi
  2. Tarikh 22hb Feb 2017
  3. URL : https://www.youtube.com/watch?v=A-D4dnmQEz0

Bahan-bahan berkaitan KBAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berikut adalah pautan untuk guru-guru memuat naik Bahan-bahan berkaitan KBAT untuk tahun 2017. Sila klik pada pautan di bawah untuk proses muat turun. Bahan-bahan tersebut boleh dimanfaatkan bagi mewujudkan PdP yang berkesan melalui penerapan elemen KBAT.


1. MUAT TURUN BAHAN SPSK 2017

Jumaat, 3 Februari 2017

Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Kepada PPP

ASSALAMUALAIKUM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa di universiti awam dalam negara.
2.             Tawaran permohonan ini dibuka mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017 secara dalam talian sepenuhnya melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM https://epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam Sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.
3.             Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan penggunaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:
       1. Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):
           Telefon (hotline): 03-8321 7138
           E-mel : ldp.bt@moe.gov.my

       2. Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):
           Telefon (hotline): 03-88843717 / 03-88843572
           E-mel : helpdesk@moe.gov.my

Dibawah disertakan pautan untuk guru-guru untuk membaca tentang syarat dan Tatacara permohonan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...