Jumaat, 8 Ogos 2014

Info: Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK)




MPPK sesi baharu dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, yang juga Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan manakala Pengerusi Majlis Profesor Negara, Tan Sri Profesor Dr Zakri Abdul Hamid, dilantik selaku Timbalan Pengerusi MPPK. 


Anggotanya termasuk Pengerusi Ahli Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Napsiah Omar; Presiden Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan.


Menyertai mereka ialah Pengarah Urusan (Asia Pasifik) Gasprom Marketing & Trading Pte Ltd (Singapura), Datuk Mohammad Medan Abdullah; Pengetua Kolej Wadi Sofia, Datuk Hassan Harun dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Profesor Dr Mohd Harun Abdullah.


Baki tiga lagi anggota MPPK ialah Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Profesor Dr Teo Kok Seong; Felo Penyelidik Institut Kajian Etnik UKM, Datuk Dr Denison Jayasooria dan Pengetua Sekolah Menengah Sri KDU, Datin Ong Guan Siew. 


Selain itu, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata kepentingan menubuhkan majlis itu diperuntukkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan diteruskan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), di bawah Seksyen 10.


Katanya, beliau akan mempengerusikan mesyuarat MPPK sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk mendengar pandangan dan nasihat MPPK berkaitan pendidikan, khususnya mengenai pelaksanaan PPPM serta PSPTN selain kesepaduan dan kesinambungan pendidikan di sektor pelajaran dan pengajian tinggi.


"Kita mengamalkan sikap yang agak terbuka. Walaupun ada dasar tertentu yang kita laksanakan selepas diputuskan Jemaah Menteri dan berdasarkan undang-undang, hakikatnya kita sentiasa terbuka kerana proses pendidikan adalah sesuatu yang amat dinamik serta berubah sepanjang masa," katanya.

Sumber artikel : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Proaktiflonjakpendidikan/Article/

Khamis, 24 Julai 2014

Makluman: URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) UNTUK MENGISI JAWATAN PENGETUA DAN GURU BESAR BAGI JANUARI - DISEMBER TAHUN 2015 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) UNTUK MENGISI JAWATAN PENGETUA DAN GURU BESAR BAGI JANUARI - DISEMBER TAHUN 2015 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan penyiaran urusan pemangkuan Pengetua dan Guru Besar bagi pengisian bulan Januari sehingga Disember 2015 yang dibuka pada 23 Julai 2014 (Rabu) sehingga 06 September 2014 (Sabtu)

Speedtest Internet (24 Julai 2014: 10.40am)



Isnin, 21 Julai 2014

Makluman: ARAHAN MENGIBAR BENDERA SEPARUH TIANG BERIKUTAN TRAGEDI MH17 DI SELURUH PREMIS KPM





Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada jam 11.20 malam, 18 Julai 2014 berkenaan tragedi nahas MH17, di mana beliau telah mengisytiharkan semua bangunan dan premis di seluruh negara mengibarkan bendera separuh tiang mulai 18 Julai 2014 sehingga Isnin, 21 Julai 2014 sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa tragedi tersebut, semua Ketua Jabatan, Pengarah Pendidikan Negeri, Naib Canselor IPTA serta Ketua Eksekutif adalah diminta untuk melaksanakan arahan ini dengan segera.

TAN SRI DR MADINAH MOHAMAD
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

19 Julai 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...