MPPK sesi baharu dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, yang juga Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan manakala Pengerusi Majlis Profesor Negara, Tan Sri Profesor Dr Zakri Abdul Hamid, dilantik selaku Timbalan Pengerusi MPPK.
Anggotanya termasuk Pengerusi Ahli Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Napsiah Omar; Presiden Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan.
Menyertai mereka ialah Pengarah Urusan (Asia Pasifik) Gasprom Marketing & Trading Pte Ltd (Singapura), Datuk Mohammad Medan Abdullah; Pengetua Kolej Wadi Sofia, Datuk Hassan Harun dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Profesor Dr Mohd Harun Abdullah.
Baki tiga lagi anggota MPPK ialah Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Profesor Dr Teo Kok Seong; Felo Penyelidik Institut Kajian Etnik UKM, Datuk Dr Denison Jayasooria dan Pengetua Sekolah Menengah Sri KDU, Datin Ong Guan Siew.
Selain itu, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata kepentingan menubuhkan majlis itu diperuntukkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan diteruskan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), di bawah Seksyen 10.
Katanya, beliau akan mempengerusikan mesyuarat MPPK sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk mendengar pandangan dan nasihat MPPK berkaitan pendidikan, khususnya mengenai pelaksanaan PPPM serta PSPTN selain kesepaduan dan kesinambungan pendidikan di sektor pelajaran dan pengajian tinggi.
"Kita mengamalkan sikap yang agak terbuka. Walaupun ada dasar tertentu yang kita laksanakan selepas diputuskan Jemaah Menteri dan berdasarkan undang-undang, hakikatnya kita sentiasa terbuka kerana proses pendidikan adalah sesuatu yang amat dinamik serta berubah sepanjang masa," katanya.
Sumber artikel : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Proaktiflonjakpendidikan/Article/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan