Isnin, 1 April 2013

Makluman : PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN/NEGERI, ANTARA DAERAH & DALAM DAERAH 2013


Salam 1Malaysia
Semua
Pengetua / Guru Besar
SM / SR Daerah Klang
PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN/NEGERI, ANTARA DAERAH & DALAM DAERAH SESI JUN 2013
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daearah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Sesi Jun 2013 melalui sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 - 30 April 2013.
Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web KPM http://apps.moe.gov.my/epgo
Pihak pentadbir sekolah juga dipohon untuk memastikan perkara-perkara terkandung di dalamGaris Panduan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah sesi Jun 2013 seperti lampiran A dipatuhi dan diikuti.
Sila muat turun Lampiran A beserta surat edaran di bawah :
Sekian dimaklumkan.
Unit Pengurusan Sekolah
PPD Klang

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...