Selasa, 14 Julai 2020

PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHUN 2020

Berdasarkan takwim persekolahan asal yang disediakan oleh KPM, sehingga 12 Mac 2020 iaitu hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan penggal pertama, murid telah menjalani 11 minggu sesi persekolahan dan hampir 30 peratus kandungan mata pelajaran telah diajar kepada murid.

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), murid tidak dapat mengikuti sesi PdP secara bersemuka sebanyak 71 hari (mulai 23 Mac 2020 – 14 Julai 2020) yang meliputi hampir 49 peratus kandungan kurikulum. Kesannya murid telah ketinggalan dalam pembelajaran kerana aspek kandungan kemahiran dan nilai asas yang diperlukan untuk menyambung pembelajaran pada peringkat seterusnya tidak dapat disampaikan sepenuhnya.

Berikut adalah Kit Pelaksanaan Kurikulum bagi ibu bapa dan sekolah bagi kegunaan pembukaan semula sekolah Tahun 2020



 




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...