Rabu, 7 Oktober 2020

Rabu, 30 September 2020

KUIZ CELIK KEWANGAN BSN SEKOLAH MENENGAH

 Klik untuk memulakan ujian Celik Kewangan》》》》 KLIK DI SINI


1. Pastikan murid mendapatkan markah 90 dan ke atas(9/10 soalan betul) untuk mendapatkan e-cert.
2. Murid boleh menjawab lebih dari sekali 


Rabu, 15 Julai 2020

PELAN KEDUDUKAN KELAS & BILIK-BILIK KHAS (SESI PAGI & PETANG )



SOP PEMBUKAAN PENUH SEKOLAH UNTUK MURID TINGKATAN 1, 2 DAN 3 (SESI PETANG)


Syarat utama ke sekolah:
1. Mestilah sihat / tidak demam.
2. Jika demam, jangan datang ke sekolah & segera dapatkan rawatan doktor.
3. Murid juga tidak dibenarkan hadir sekolah jika mempunyai ahli keluarga yg sedang melalui prosedur pemeriksaan kesihatan berkaitan Covid19.

A) Pengurusan Masa Hadir
1. Saringan bacaan suhu di Pagar B oleh Guru Bertugas.
2. Catat bacaan suhu di kaunter kelas yangg disediakan.
3. Sanitasi tangan mengikut kumpulan..
( Kump. Gemilang: kelas AF, AK, AR, ASK, BCDGH)
👉🏼 sanitasi di tmpt wudhuk tepi Dewan Gemilang.
( Kump. AnNur: kelas EFIJKLMN).
👉🏼 sanitasi di tmpt wudhuk Surau AnNur.
4. Slps sanitasi tangan:
Kump. Gemilang bergerak ke Dataran Seri Permata,
manakala Kumpulan. An-Nur akan berada di Surau AnNur & bsedia untuk menunaikan solat Zuhur.

B) Amalan di sekolah
1. Sentiasa jaga penjarakan sosial 1meter.
2. Sanitasi & jaga kebersihan kerusi meja masing².
3. Bergerak & berjalan mengikut pelan & tunjuk arah yang ditetapkan.
4. Duduk di dalam kelas mengikut pelan yang ditetapkan.
5. Tidak keluar kelas jika tiada tujuan.
6. Pakai PAS KELUAR jika perlu ke tandas.
7. Makan di dlm kelas sahaja semasa waktu rehat.
8. Menempah makanan kantin sehari awal.
9. Tidak berkongsi makanan & minuman dengan rakan.
10. Tidak berkongsi alatulis & alatan makan minum.
11. Tidak melepak di mana² kawasan sekolah.
12. Amalkan etika batuk / bersin yg betul.

C) Keperluan untuk dibawa:
1. Kain lap & plastik.
2. Sudu dan garpu.
3. Sejadah & telekung sndiri.
4. Tisu / tisu basah (tidak wajib).
5. Pelitup muka jika bergejala / batuk.
6. Pen masing² untuk mencatat suhu.
7. Digalakkan membawa hand sanitizer untuk kegunaan sendiri.
8. Digalakkan bawa bekalan makanan & minuman sendiri. 

Info tambahan:
1. Laluan masuk dan balik murid hanyalah melalui Pintu B. 
2. Murid DILARANG melalui Pintu A .
3. Kantin adalah kawasan larangan kecuali bagi wakil murid yang di lantik sahaja.
4. Kios dan koperasi sekolah tidak beroperasi.
5. Guru² mula mngambil suhu badan murid² mulai 12pm di Pintu B.
6. Sekiranya murid ada kelas awal @ datang lbh awal, catatan suhu akn dibuat d Pondok Jaga Pagar B.
7. TIADA aktiviti luar bilik drjh sepanjang PKP.
Justeru, murid diingatkan untuk memakai uniform sekolah yang lengkap sepanjang masa & mematuhi etika kekemasan diri sedia ada.
8. Pengurusan Masa Balik: sentiasa mengamalkan penjarakan sosial walapun ketika sedang menunggu pengangkutan pulang.
9. SENTIASA PEKA & PATUH dengan arahan guru.

Info Gangguan Bekalan Air
- Seperti yang telah diumumkn oleh SYABAS, gangguan bekalan air berjadual akan berlaku pada minggu ini.
Justeru, murid² diingatkan untuk membawa keperluan bekalan air mencukupi bagi tujuan ke tandas & tujuan wudhuk.

Selasa, 14 Julai 2020

PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHUN 2020

Berdasarkan takwim persekolahan asal yang disediakan oleh KPM, sehingga 12 Mac 2020 iaitu hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan penggal pertama, murid telah menjalani 11 minggu sesi persekolahan dan hampir 30 peratus kandungan mata pelajaran telah diajar kepada murid.

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), murid tidak dapat mengikuti sesi PdP secara bersemuka sebanyak 71 hari (mulai 23 Mac 2020 – 14 Julai 2020) yang meliputi hampir 49 peratus kandungan kurikulum. Kesannya murid telah ketinggalan dalam pembelajaran kerana aspek kandungan kemahiran dan nilai asas yang diperlukan untuk menyambung pembelajaran pada peringkat seterusnya tidak dapat disampaikan sepenuhnya.

Berikut adalah Kit Pelaksanaan Kurikulum bagi ibu bapa dan sekolah bagi kegunaan pembukaan semula sekolah Tahun 2020



 




Jumaat, 10 Julai 2020

MAKLUMAN UNTUK PELJAR LEPASAN SPM 2019

Bagi mencapai objektif pematuhan SOP untuk mengelakkan penularan wabak COVID 19, KTESI mengambil inisiatif membuat pendaftaran secara atas talian(online) bagi pelajar yang ditawarkan ke Tingkatan Enam di KTESI.

Berikutan itu pelajar lepasan SPM yang menerima tawaran Tingkatan Enam di Kolej Tingkatan Enam Sri Istana dikehendaki :

1. Melayari laman sesawang KTESI prausri.edupage.org

2. Membuat pendaftaran dan memilih pakej pembelajaran melalui pautan yang disediakan di Laman Sesawang KTESI.

3. Layari Youtube Kolej Tingkatan Enam Sri Istana
https://www.youtube.com/channel/UCzC1744BO3AY4ExDt5sn6xg
bagi mendapatkan info berkaitan subjek yang ditawarkan.

4.Mendaftar melalui atas talian bermula 6 Julai sehingga 15 Julai 2020. Pelajar dinasihatkan DAFTAR AWAL selewat-lewatnya sebelum 15 JULAI 2020 kerana bilangan tempat setiap PAKEJ mata pelajaran adalah terhad.

5. Pelajar yang telah mendaftar secara online boleh dapatkan maklumat berkaitan Minggu Hala Tuju Pelajar baharu dengan menyertai link di bawah
https://t.me/joinchat/AAAAAFeuaI9b7dmlXCcdKg

6. Sila hadir ke KTESI pada 15 Julai 2020 bermula jam 8.30 pagi untuk MINGGU HALA TUJU PELAJAR BAHARU.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-33724846 di waktu pejabat.


“Tentukan Jalan Anda, Ikuti Impian Anda.”

#kitajagakita

SEKIAN TERIMA KASIH,

Razilah binti Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA

PENJADUALAN SEMULA PENGGILIRAN KEHADIRAN MURID TINGKATAN 1-5 KE SEKOLAH MULAI 15 JULAI 2020











Rabu, 8 Julai 2020

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA 5 MULAI 15 JULAI - 31 OGOS 2020(PKPP)

Assalamualaikum...

Berikut adalah senarai nama pelajar SMK Jalan Kebun tingkatan 1 hingga 5 sepanjang tempoh PKPP mulai 15 Julai - 31 Ogos 2020
Sila klik pada pautan di bawah untuk melihat tingkatan masing-masing.

TINGKATAN 1

TINGKATAN 2

TINGKATAN 3

TINGKATAN 4

TINGKATAN 5

*Senarai nama pelajar tingkatan 2 akan dikemaskini dalam masa terdekat

*Utk makluman, kelas 3 Arif menggunakan nama 3B, 3B menggunakan nama 3 C dan seterusnya. Kelas tingkatan 3 berakhir dgn 3N (3M sebelum ini). Harap  maklum.

PEMBERITAHUAN PEMBUKAAN SEKOLAH KEPADA MURID TINGKATAN 4 DAN 5




PEMBERITAHUAN PEMBUKAAN SEKOLAH MURID TINGKATAN 1,2 DAN 3






Isnin, 15 Jun 2020

SENARAI NAMA KELAS TINGKATAN 5 PASCA PKP 2020

Assalamualaikum...
Berikut adalah senarai nama pelajar SMK Jalan Kebun tingkatan 5 pasca PKP sesi 2020.
Sila klik pada pautan di bawah untuk melihat tingkatan masing-masing.

TINGKATAN 5

Jumaat, 15 Mei 2020

UCAPAN SAMBUTAN HARI GURU DARI PENGETUA SMK JALAN KEBUN

#Sambutan Hari Guru#.        
#Sabtu 16 mei 2020#
#BERGURU KERANA ILMU, BINA GENERASI BARU# 
Saya ingin mengucapkan selamat hari guru 2020 kepada semua warga smkjk khususnya kepada guru2 yang dikasihi sekalian. 

#Semua warga smkjk terbilang, Guru-guru serta pelajar digalakkan mngambil iniseatif  meraikan sambutan hari guru melalui platform aplikasi gajet secara dalam talian.
Mari kita sama2 ambil peluang mengikuti ucapan PM sempena sambutan hari guru pada sabtu 16 mei 2020 jam 11.00 pagi di TV/Youtube/FB, Manakala ucapan KPPM pula jam 2.00. 

Selamat Hari Guru
Drpd: pengetua SMKJK

Rabu, 4 Mac 2020

DIY MADE SIMPLE: DIY2020/025 - SMK JALAN KEBUN


Saksikan dan memberi sokongan dengan 'like ' video DIY2020/025 - SMK Jalan Kebun. Sila Klik pada gambar dibawah untuk menonton. 

KEPUTUSAN SPM 2019

Keputusan SPM 2019 akan diedarkan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 5 Mac 2020
Hari : Khamis
Masa : Dataran Sri Permata

Semua calon perlu mematuhi ETIKA BERPAKAIAN seperti berikut :

PEREMPUAN :Berbaju Kurung, Bertudung, Kasut Bertutup (MUSLIM)
                          : Berbaju Sopan, Berambut Kemas, Kasut Bertutup (BUKAN MUSLIM)

LELAKI          : Berbaju Kemeja, Berseluar slack/khaki, Kasut.

Pastikan anda melunaskan segala hutang piutang dengan pihak sekolah (jika ada) untuk mengelakkan sebarang masalah.

KAWASAN SEKOLAH ADALAH KAWASAN LARANGAN MEROKOK

Rabu, 19 Februari 2020

PENUTUPAN SEBAHAGIAN LALUAN PINTU PAGAR B

Assalamualaikum.

*Info pagar B*

Bagi mengelakkan kesesakan di laluan pagar B;

1. Ibu bapa penjaga dinasihatkan menurunkan  anak di hadapan kuaters guru. Pagar penghadang jalan telah dibuka sedikit khusus utk laluan murid supaya boleh masuk melalui pagar B.

2. Hanya motosikal murid yg di benarkan masuk mengarah ke pagar B dan pakir motor di tempat biasa.

3. Pagar B hanya utk laluan *KELUAR* shj. *MASUK* mesti melalui pagar A.

4. Buat sementara ini, sebarang urusan dgn pihak sekolah hendaklah melalui pagar A.

T kasih dan harap maklum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...