Khamis, 13 Jun 2019

CARA MEMINDAHKAN DATA BAGI TELEFON ANDROID

Memindahkan data telefon

Cth: Pindahkan data-data dari peranti YES ALTITUDE ke telefon baru.

Jika anda ingin memindahkan kesemua data dalam telefon ke telefon baru, anda boleh menggunakan aplikasi CLONE it. Ia adalah percuma. Dengan menggunakan CLONEit, anda boleh memindahkan 'contacts', log panggilan, SMS, MMS, gambar, muzik, semua jenis fail media, aplikasi, data aplikasi, tetapan sistem, rangkaian Wifi dan kata laluan, penanda buku dan banyak lagi.
Untuk menggunakan aplikasi CLONE it, anda hanya perlu muat turun pada kedua-dua telefon dan klik “Receiver” pada telefon baru dan “Sender” pada telefon lama. Anda akan diminta untuk memilih data yang anda mahu pindahkan. Sebaik sahaja dipilih, semua data akan dipindahkan dari telefon lama ke telefon baru anda.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...