Selasa, 24 April 2018

SMARTPHONE KE LCD PROJECTOR MENGGUNAKAN SCREENBEAM MINI 2

TUTORIAL MENYAMBUNG SMARTPHONE KE LCD PROJECTOR MENGGUNAKAN SCREENBEAM MINI 2

LANGKAH 1
==========
Pastikan anda mempunyai device ini. Device yang kelihatan seperti pendrive ini berfungsi untuk menyambungkan smartphone ke LCD Projector dengan memancarkan signal wifi yang tersendiri.

Terdapat pelbagai jenama yang terdapat di pasaran seperti EZCast, AnyCast, WDA, dan sebagainya. Setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan.

ScreenBeam Mini2 boleh terus disambungkan tanpa menggunakan wifi.
LANGKAH 2
==========
Kedudukan LCD projektor yang tinggi di siling kelas menyukarkan untuk memasukkan ScreenBeam Mini2 ke port HDMI di bahagian belakang LCD Projector tersebut.

Sekiranya LCD Projector anda mempunyai port HDMI dan mudah dicapai, sila baca LANGKAH 3A.

Sekiranya LCD Projector anda seperti yang berada di atas ataupun tidak mempunyai port HDMI, sila baca LANGKAH 3B.
LANGKAH 3A
===========

Merujuk gambar di atas, ScreenBeam Mini2 disambung terus ke port HMDI dan kabel USB (yang dibekalkan di dalam kotak bungkusan) disambungkan dari ScreenBeam Mini2 ke port USB bersebelahan port HDMI. Tujuan penyambungan ke port USB adalah untuk membekalkan elektrik kepada ScreenBeam Mini2.

Untuk makluman, kedua-dua port HDMI dan port USB berada di bahagian belakang LCD Projector.

Sila baca LANGKAH 7 untuk proses seterusnya.
LANGKAH 3B
===========
Merujuk gambar di atas, pastikan anda mempunyai converter ini. Converter ini dikenali sebagai HDMI female to VGA female converter. Terdapat pelbagai bentuk converter yang terdapat di pasaran.

Pastikan anda membeli HDMI FEMALE to VGA. Jangan tersalah beli VGA to HDMI male!
LANGKAH 4
==========

Sambungkan ScreenBeam Mini2 ke converter (bahagian HDMI female) seperti gambar di atas.
LANGKAH 5
==========

Sambungkan kabel VGA (dari LCD Projector) ke converter (bahagian VGA female) seperti gambar di atas.
LANGKAH 6A
===========

Sambungkan kabel USB (yang dibekalkan di dalam kotak bungkusan) ke ScreenBeam Mini2 seperti gambar di atas. Bahagian hujung satu lagi kabel USB tersebut disambungkan ke powerbank untuk membekalkan elektrik kepada ScreenBeam Mini2.

LANGKAH 6B
===========

Selain disambungkan ke powerbank, bahagian hujung satu lagi kabel USB tersebut boleh disambungkan ke charger smartphone yang telah dicucuk ke soket untuk membekalkan elektrik kepada ScreenBeam Mini2.
LANGKAH 7
==========

On suis LCD Projector anda. Paparan seperti gambar di atas akan muncul di layar LCD Projector di hadapan kelas.
LANGKAH 8
==========

Lihat setting di smartphone anda. Pilih “Smart View” untuk menyambungkan smartphone ke signal wifi ScreenBeam Mini2.
LANGKAH 9A
===========

Paparan seperti gambar di atas akan muncul di smartphone anda.
Pilih “SBWD E61BE9” untuk memulakan proses penyambungan tanpa wayar (wireless).
LANGKAH 9B
===========

Pada masa yang sama, paparan seperti gambar di atas akan muncul di layar LCD Projector di hadapan kelas.
LANGKAH 10A
============

Paparan seperti gambar di atas akan muncul di smartphone anda.
LANGKAH 10B
============
Pada masa yang sama, paparan seperti gambar di atas akan muncul di layar LCD Projector di hadapan kelas.
LANGKAH 11
===========

Kesemua langkah-langkah tadi kelihatan seperti sangat sukar dan terlalu banyak. Tetapi, PERCAYALAH langkah-langkah penyambungan tadi hanya memakan masa kurang daripada 5 minit.
Menggunakan apps di smartphone untuk mengajar Mata Pelajaran Matematik: Bab Pembinaan Geometri.

(paparan di smartphone)
Smartphone juga boleh dijadikan Visualizer ala-ala Overhead Projector zaman dahulu kala.
Credit To: https://www.pendidik2u.my/
Sumber : https://www.pendidik2u.my/

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...