Rabu, 16 Ogos 2017

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN (PIPPK)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan untuk rujukan semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan(PPP) di KPM.

Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya. KPM telah membangunkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) iaitu dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan.

PIPPK menyediakan garis panduan kepada PPP untuk meningkatkan kompetensi diri mengikut kecenderungan dan keperluan demi mengekalkan prestasi kerja yang terbaik. Menerusi pelan ini, profesion keguruan diharap dapat diperkasakan dan menjadikan kerjaya keguruan sebagai kerjaya yang profesional dan menjadi kerjaya pilihan utama.

Klik =>>> MUAT TURUN PIPPK 



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...