Jumaat, 3 Februari 2017

Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Kepada PPP

ASSALAMUALAIKUM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa di universiti awam dalam negara.
2.             Tawaran permohonan ini dibuka mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017 secara dalam talian sepenuhnya melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM https://epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam Sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.
3.             Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan penggunaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:
       1. Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):
           Telefon (hotline): 03-8321 7138
           E-mel : ldp.bt@moe.gov.my

       2. Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):
           Telefon (hotline): 03-88843717 / 03-88843572
           E-mel : helpdesk@moe.gov.my

Dibawah disertakan pautan untuk guru-guru untuk membaca tentang syarat dan Tatacara permohonan.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...