Rabu, 1 Julai 2015

IKLAN JAWATAN KOSONG GURU INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAM (IBDP)

PEMBERITAHUAN

IKLAN JAWATAN KOSONG:  GURU INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAM (IBDP)
Bidang :
a.  Matematik (SL) – di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
b.  Biology – di Kolej Tunku Kurshiah, Enstek, N. Sembilan
c.  Visual Arts – di Kolej Tunku Kurshiah, Enstek, N.Sembilan

Syarat Lantikan :
1.  Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
2.  Kelulusan Ikhtisas pendidikan dari mana-mana institusi Pendidikan di Malaysia
3.  Sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.

SYARAT-SYARAT UMUM
A. TARAF JAWATAN
a)     Semua jawatan akan dilantik secara TETAP.
B. KEWARGANEGARAAN, UMUR DAN KEMAHIRAN
Calon-calon lantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh lantikan
Calon-calon hendaklah fasih Berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mampu bekerja dengan pengawasan minimum serta proaktif dalam tugas yang diberikan
C. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan / Pihak Berkuasa Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan / Majikan dengan melampirkan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan lengkap.
D. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
CARA-CARA MEMOHON:
Resume yang telah lengkap diisi boleh dialamatkan kepada:-
PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
ARAS 3, BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
26 Julai 2015 
KEPUTUSAN :
Calon-calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...