Isnin, 23 Mac 2015

Info Umum : Permainan untuk pendidikan (FunBrain.com)


Info Guru : MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GM1M DALAM VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE) FROG SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak YTL Communications Sdn Bhd dan FrogAsia Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah program 1BestariNet akan menganjurkan Majlis Pelancaran Program Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Dalam Virtual Learning Environment (VLE) Frog Sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran.

Objektif program ini adalah untuk membantu melonjakan transformasi pendidikan negara dengan mengukuhkan profesion perguran di Malaysia. Sesi latihan interaktif akan disediakan untuk guru-guru muda di bawah usia 40 tahun dalam menggunakan teknologi Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran.

Melalui program ini, guru-guru muda yang terlatih bukan sahaja berupaya membimbing murid-murid dengan lebih efektif, tetapi juga akan berkongsi kemahiran yang dipelajari bersama guru-guru lain.

Program ini akan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan majlis ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh            : 24hb Mac 2015

Masa              : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat          :  Grand Ballroom, Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak

Info Guru : Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah

Khamis, 12 Mac 2015

PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR, JORDAN DAN MOROCCO) BAGI SESI KEMASUKAN 2015/2016

PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN
KE TIMUR TENGAH (MESIR, JORDAN DAN MOROCCO)
BAGI SESI KEMASUKAN 2015/2016


1.  Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2015/2016 perlu membuat permohonan secara atas talian di app.moe.gov.my/timurtengah. Sila muatturun panduan permohonan.->> http://app.moe.gov.my/timurtengah/borang/Panduan_Permohonan.pdf

2.   Permohonan atas talian akan dibuka pada 10 Mac 2015 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 10 April 2015 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada atau sebelum 8 Mei 2015 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.

3.  Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen yang lengkap perlu dihantar kepada KPM. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibu bapa sendiri dan dimaklumkan bahawa KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

4.   Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6627/6226


Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya

LIGA REMAJA KREATIF 2015

Klik untuk maklumat lanjut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...