Khamis, 12 Mac 2015

PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR, JORDAN DAN MOROCCO) BAGI SESI KEMASUKAN 2015/2016

PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN
KE TIMUR TENGAH (MESIR, JORDAN DAN MOROCCO)
BAGI SESI KEMASUKAN 2015/2016


1.  Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2015/2016 perlu membuat permohonan secara atas talian di app.moe.gov.my/timurtengah. Sila muatturun panduan permohonan.->> http://app.moe.gov.my/timurtengah/borang/Panduan_Permohonan.pdf

2.   Permohonan atas talian akan dibuka pada 10 Mac 2015 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 10 April 2015 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada atau sebelum 8 Mei 2015 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.

3.  Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen yang lengkap perlu dihantar kepada KPM. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibu bapa sendiri dan dimaklumkan bahawa KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

4.   Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6627/6226


Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Rasmi SMK Jalan Kebun, Klang