Sabtu, 28 Februari 2015
Isnin, 23 Februari 2015
Rabu, 18 Februari 2015
Selasa, 17 Februari 2015
Info Ibu bapa dan penjaga : PEMBERITAHUAN MENGENAI CUTI PERISTIWA SEMPENA TAHUN BARU CINA 2015
Tuan/Puan,
PEMBERITAHUAN MENGENAI CUTI PERISTIWA SEMPENA TAHUN BARU CINA
Merujuk perkara di atas, dimaklumkan sempena Tahun Baru Cina sekolah akan bercuti seperti berikut
TARIKH CUTI
|
JENIS CUTI
|
TEMPOH CUTI
|
18 Februari 2015 (Rabu)
|
Cuti Peristiwa
|
18 – 22 Februari 2015
|
19 – 20 Februari 2015
|
Tahun Baru Cina
|
2. Sesi persekolahan akan beroperasi seperti biasa pada 23 Februari 2015
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KLANG CEMERLANG KLANG BOLEH"
Rabu, 11 Februari 2015
Selasa, 10 Februari 2015
Info Ibu bapa dan penjaga : KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-19 SMK JALAN KEBUN
Kepada
Ibu bapa / penjaga
KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-19 SMK JALAN KEBUN
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan SMK Jalan Kebun akan mengadakan Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-19 pada 14 Februari 2015 (Sabtu) dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di SMK Jalan Kebun.
3. Sehubungan itu, diharap tuan/puan dapat memastikan anak-anak tuan/puan hadir pada waktu yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
Pengetua
SMK Jalan Kebun.
Isnin, 9 Februari 2015
Info Umum : TAWARAN SEBUT HARGA.
Kepada
Sesiapa yang Berkenaan
Tuan/Puan
TAWARAN
SEBUT HARGA UNTUK MENCETAK MAJALAH SEKOLAH
SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN JALAN KEBUN, SEKSYEN 32, 40460 SHAH ALAM
________________________________________________________________________________
1. Tawaran adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang
berminat untuk menerbitkan majalah sekolah ini bagi tempoh satu (1) tahun mulai
01 Januari 2015 hingga 30 November 2015.
2. Sebut
Harga hendaklah dihantar di dalam sampul surat berlakri dan bertanda ‘Sebut
Harga Percetakan Majalah Sekolah’ pada bahagian atas sudut kiri borang serta
dokumen yang berkaitan hendaklah sampai ke pejabat pada atau sebelum 13
Februari 2015 jam 12.00 tengah hari.
3. Borang-borang
serta dokumen-dokumen yang berkaitan boleh didapati secara percuma di pejabat
sekolah mulai 9 Februari 2015 hingga 13 Februari 2015 pada waktu pejabat.
4. Jumlah
anggaran murid sekolah pada tahun ini seramai 3159 orang.
5. Syarat-syarat
yang diwajibkan bagi kelayakan memohon sebut harga adalah seperti berikut:
5.1 mempunyai
lesen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Kementerian Perdagangan dan
Hal Ehwal Pengguna.
5.2 lesen
perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
5.3 pendaftaran
dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang dan subkepala yang berkaitan.
5.4 pemohon
mesti mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang (tiada beban hutang dan
lain-lain).
6. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah
muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Sekian,
terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)