Isnin, 9 Februari 2015

Info Umum : TAWARAN SEBUT HARGA.





Kepada Sesiapa yang Berkenaan

Tuan/Puan

TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK MENCETAK MAJALAH SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN KEBUN, SEKSYEN 32, 40460 SHAH ALAM
________________________________________________________________________________

1. Tawaran adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk menerbitkan majalah sekolah ini bagi tempoh satu (1) tahun mulai 01 Januari 2015 hingga 30 November 2015.

2. Sebut Harga hendaklah dihantar di dalam sampul surat berlakri dan bertanda ‘Sebut Harga Percetakan Majalah Sekolah’ pada bahagian atas sudut kiri borang serta dokumen yang berkaitan hendaklah sampai ke pejabat pada atau sebelum 13 Februari 2015  jam 12.00 tengah hari.

3. Borang-borang serta dokumen-dokumen yang berkaitan boleh didapati secara percuma di pejabat sekolah mulai 9 Februari 2015 hingga 13 Februari 2015 pada waktu pejabat.

4. Jumlah anggaran murid sekolah pada tahun ini seramai 3159 orang.

5. Syarat-syarat yang diwajibkan bagi kelayakan memohon sebut harga adalah seperti berikut:
5.1  mempunyai lesen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna.

5.2   lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

5.3  pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang dan subkepala yang berkaitan.

5.4  pemohon mesti mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang (tiada beban hutang dan lain-lain).
6.   Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.



Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...