Khamis, 3 April 2014

MAKLUMAN GURU: URUSAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)


URUSAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG29, DG32, DG34 DAN DG38 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN KE GRED DG42 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa Pentadbiran ini telah menerima pemakluman berkaitan dengan Urusan Kenaikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang mempunyai Ijazah Dalam Perkhidmatan ke Gred DG42 Di Kementerian Pendidikan Malaysia melalui email bertarikh 28 Mac 2014. Pemakluman lanjut dari KPM sebagaimana maklumat di bawah.

3.    Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang berkelayakan dan berminat untuk memohon urusan ini mengemukakan permohonan dan melengkapkan segala maklumat yang dikehendaki. Tuan/puan khususnya Pejabat Pendidikan Daerah dipohon memanjangkan urusan ini kepada semua sekolah di bawah seliaan masing - masing agar makluman ini dapat disampaikan kepada calon - calon yang berkelayakan.

4.    Bersama- sama ini dikemukakan iklan berkaitan berserta borang - borang yang jelas menerangkan maksudnya untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

5.    Dipohon kepada tuan/puan dapat mengemukakan permohonan ke Unit Naik Pangkat sebelum atau pada 16 April 2014 (Rabu). Manakala bagi Pejabat Pendidikan Daerah perlu mengemukakan permohonan calon secara softcopy dan hardcopy sebagaimana tarikh yang dinyatakan di atas. Untuk makluman PPD, sistem access untuk memasukkan maklumat calon akan dikemukakan kelak.

6.    Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”Saya yang menurut perintah

Rohaiza Binti Mamat
Pegawai Eksekutif Kanan
Unit Naik Pangkat
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
Jabatan Pendidikan Selangor

Tel : 03 - 5518 6321

#makluman tambahan.

URUSAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG29, DG32, DG34 DAN DG38 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN KE GRED DG42 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas dan surat BPSM rujukan KP(PP) SULIT 0063/140 (3) bertarikh 24 Mac 2014 adalah berkaitan.
2.         Sebagaimana pihak tuan/puan sedia maklum, BPSM, KPM akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG42. Oleh itu, sukacita dipohon kerjasama pihak tuan/puan untuk memperakukan senarai PPP yang telah memenuhi syarat selewat-lewatnya sebelum atau pada 24 April 2014 (Khamis).
3.         Sukacita Bahagian ini menarik perhatian tuan/puan, urusan kenaikan pangkat ke Gred DG42 yang diluluskan oleh LKPPP dan urusan lantikan ke Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) adalah merupakan dua (2) urusan yang berbeza. Mulai 1 Jan 2014, mana-mana PPP yang pernah memohon ke SPP sebelum ini bagi urusan lantikan ke Gred DG41 tetapi belum dilantik  perlu mengemukakan permohonan secara berasingan ke KPM bagi urusan kenaikan pangkat ke Gred DG42 tertakluk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh LKPPP.
4.         Untuk makluman pihak tuan/puan, urusan kenaikan pangkat ke Gred DG42 melibatkan kategori PPP seperti berikut :
(a)  PPP yang telah memohon di Jobs Malaysia tetapi belum dilantik; dan
(b)  PPP yang telah memohon untuk pengecualian temuduga SPP tetapi belum dilantik.
(c)  PPP selain daripada kategori a dan b tetapi memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan LKPPP
Pihak tuan/puan boleh merujuk maklumat calon yang disertakan bersama-sama emel ini bagi PPP kategori (a) dan (b) manakala PPP selain kategori (a) dan (b) yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan LKPPP juga layak memohon dan diperakukan oleh Ketua Jabatan.
5.         Segala kerjasama tuan/puan berikan dalam melaksanakan perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...