Khamis, 13 Jun 2013

Bagaimanakah persediaan anda untuk Ramadhan?

Bagaimanakah persediaan anda untuk Ramadhan?

Hari ini tanggal 3 Sya’ban 1434 H (bersamaan 13 Jun 2013) dan beberapa hari lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan. Tidak sabar rasanya.

“Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan.”

PERSEDIAAN DARI SUDUT IMAN
Iman tidak dapat digambarkan dengan wacana pacaindera mata biasa, kerana iman itu pakaian kepada perbuatan, panduan kepada lidah dan cahaya kepada hati yang menerima nur Islam sebagai tatacara kehidupan.

Ramadhan adalah penghulu kepada semua bulan, maka perlu kita bersedia untuk menghadapinya dan merasakan kerinduaan untuk bertemu dengannya. Di dalamnya terdapat kerahmatan yang Allah kurniakan lebih daripada bulan-bulan  selainya.
Apakah perasaan kita ketika menyedari bahawa Ramadhan menghampiri kita? Gembira? Kecewa? Atau tidak merasakan sesuatu pun?
Rasakanlah kehangatan kedatangan Ramadhan dengan perasaan gembira, takut, dan sedih.

PERSEDIAAN DARI SUDUT FIZIKAL DAN MENTAL
Puasa menuntut pengorbanan yang besar pada setiap diri individu muslim. Gejolak nafsu, letih akal dan badan perlu ditangani sebaik mungkin.

Segala kebarangkalian yang mungkin datang perlu diperhalusi dan difikirkan solusi. Jangan nanti godaan hawa nafsu dan masalah diri diheret menjadi sebab untuk meninggalkan kewajiban kita untuk tidak berpuasa.
Gastrik, lesu, ketagihan, rokok dan bermacam lagi.

Bulan Rejab dan Sya’ban harus dijadikan sebagai bulan latihan untuk ‘memanaskan badan’ dengan ibadah-ibadah seperti puasa sunat, qiamulail, tadarus quran, solat sunat dan sebagainya. Persediaan ini dilakukan dengan harapan mudah-mudahan kita tidak ‘terseliuh’ mahupun ‘kelelahan’ ketika berada dalam Ramadhan.

PERSEDIAAN DARI SUDUT HARTA
Maksud persediaan dengan harta di sini bukanlah menyuruh kita untuk mempelbagaikan juadah berbuka mahupun sahur, tetapi untuk kita lipatgandakan sedekah.

Sedekahkan harta kita kepada saudara seagama yang memerlukan seperti musafir, fakir miskin, dan anak yatim piatu.

Zakat fitrah adalah di antara kewajiban yang akan kita tunaikan dalam Ramadhan. Zakat menyucikan harta, dan sedekah meluaskan pintu rezeki kita.

PERSEDIAAN DARI SUDUT ILMU DAN INTELEK
Ada di antara kita mungkin telah lupa tentang banyak perkara berkaitan dengan Ramadhan. Maka marilah bersama kita membaca bahan rujukan yang berkaitan di samping menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan.
Rukun puasa, syarat sah, perkara yang membatalkan, rukhsah, solat sunat terawih, perihal sahur dan berbuka mahupun ilmu fiqh tentang puasa di bulan Ramadhan.

Tidak lupa juga untuk kita menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkaitan dengan pelbagai jenis ibadah yang mungkin akan  kita laksanakan kelak.

Persiapkan diri kita untuk menjauhi perbuatan-perbuatan yang sia-sia seperti berbual kosong, mengumpat, tidur berlebihan dan banyak lagi.

RINGKASAN
Persiapan diri untuk berpuasa; seminggu sebelum Ramadhan, kurangkan kadar makan dan lebihkan memakan buah-buahan.

Peruntukkan wang untuk sedekah jariah dan zakat. Jika kita sudah akil baligh, belajar untuk membayar sendiri zakat.

Mahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus dan makruh yang bekaitan dengan puasa Ramadhan.
Rancang startegi yang tersusun untuk memperbanyakkan hafalan dan bacaan/ tadabbur dan tadarus Al-Quran.
Latih diri untuk bersifat mahmudah (terpuji) seperti sabar dan senyum. Rendahkan sifat mazmumah (keji) seperti fitnah, lagha dan mengumpat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...