Rabu, 13 Februari 2013

Panduan 1BestariNet




1 BESTARINET
(1) 1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.
(2) Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia.
(3) Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.


ARTIKEL DAN MAKLUMAT MENGENAI RADIASI PEMANCAR TELEKOMUNIKASI
Radiasi adalah satu bentuk tenaga yang bergerak dan bersifat  elektromagnetik. 
Terdapat 2 jenis Radiasi:
(1) Radiasi Berion (Ionizing Radiation) memiliki tenaga yang cukup untuk megubah tindak balas kimia pada tubuh badan dan memberi kesan kepanasan melampau.Contohnya sinaran Gamma dan sinaran X ( X-ray).
(2) Radiasi Tak Berion (Non Ionizing Radiation) tidak memiliki tenaga yang cukup untuk menyebabkan pengionan dalam jirim hidup dan tidak mendatangkan kesan buruk pada manusia.Pemancar TV,radio dan telekomunikasi adalah contoh radiasi frekuensi radio(RF).

Berikut dilampirkan artikel-artikel berkaitan Radiasi untuk makluman.

Sumber: Laman JPN Selangor > klik

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...