Di bawah adalah masa persekolahan bagi murid sesi pagi dan petang pada bulan Ramadhan pada tahun ini.
Rabu, 24 Mei 2017
WAKTU PERSEKOLAHAN PADA BULAN RAMADHAN
Assalamualaikum
Di bawah adalah masa persekolahan bagi murid sesi pagi dan petang pada bulan Ramadhan pada tahun ini.
Di bawah adalah masa persekolahan bagi murid sesi pagi dan petang pada bulan Ramadhan pada tahun ini.
Khamis, 18 Mei 2017
Ancaman Ransomware WannaCry Di Malaysia
Ransomware WannaCry ialah sejenis malware yang boleh memadam apa-apa data yang kita simpan.Ancaman akan berlaku apabila akses ke atas data tersebut dihalang oleh penjenayah siber.
Ancaman ransomware WannaCry dilaporkan bermula pada 12 Mei 2017.Modus operandinya menggunakan email yang ada mengandungi virus tersebut dan menyerang komputer yang ada menggunakan sistem Operasi Window.
Kita diperas ugut untuk membayar sejumlah wang untuk mendapat semula akses ke atas data yang telah mereka curi.Pembayaran ugutan melalui sistem Bitcoin cryptocurrency .
“Tidak ada jaminan fail akan diperolehi semula dan anda tidak harus menyokong penjenayah,” kata pengasas syarikat perkhidmatan keselamatan LGMS, C.F. Fong kepada The Star.
Berikut adalah cara pencegahan untuk mengelak dari terkena virus siber tersebut.Saranan ini telah diusul oleh pakar dalam bidang sistem keselamatan online.
1.Buat salinan data
Usahakan untuk simpan salinan data tersebut ditempat yang selamat.Jangan didedahkan atau boleh diakses secara terbuka atau perkongsian secara online.
2.Sentiasa kemaskini sistem
Dengan selalu kemaskini sistem komputer maka komputer kita mempunyai pertahanan yang tinggi. perlu update windows.
3.Guna perisian AntiVirus
Install dan update Antivirus seperti Kapersky, Avast dan sebagainya.
4.Jangan klik pautan yang mencuriga
Langkah pencegahan perlu dibuat awal pagi dan berjaga-jaga terutama golongan yang kerap menggunakan internet.
5.Saling berpesan kepada rakan sekerja
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab “Beliau menggesa pentadbir sistem meningkatkan keselamatan sistem dan mengingatkan pengguna supaya tidak klik pautan dalam e-mel dan fail mencurigakan.”
6.Kurangkan penggunaan internet percuma seperti WIFI ditempat terbuka.
Mana-mana komputer yang telah dijangkiti oleh virus ransomware WannaCry perlu diasingkan.Minta tolong mereka yang mahir IT untuk dapatkan kembali data kita dengan cara yang lebih selamat.
Selain itu guna sistem restore sekiranya fail sudah terkena virus tersebut.Sungguhpun demikian belum ada cara yang terbaik untuk mengembali data kita yang telah dijangkiti.Hanya langkah pencegahan itulah yang terbaik.
Jangan panik dan dapatkan sumber maklumat yang sahih dan berkrebiliti dari mereka yang mahir.
Isnin, 15 Mei 2017
Jumaat, 12 Mei 2017
QUIZIZZ DI LAMAN KUIZ FROG VLE SMKJK
Assalamualaikum
Sukacita dimaklumkan bahawa soalan kuiz di laman kuiz di dashboard sekolah telah meningkat dengan ketara. Jangan terlepas untuk menjawab soalan kuiz terbaru dengan bersaing bersama rakan pelajar untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam sekolah.
Sukacita dimaklumkan bahawa soalan kuiz di laman kuiz di dashboard sekolah telah meningkat dengan ketara. Jangan terlepas untuk menjawab soalan kuiz terbaru dengan bersaing bersama rakan pelajar untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam sekolah.
Kuiz tingkatan 1
Kuiz tingkatan 2
Kuiz tingkatan 3
Kuiz tingkatan 4
Kuiz tingkatan 5
Rabu, 10 Mei 2017
Kejayaan-Kejayaan Yang dilakar pada bulan April 2017
Tahniah kepada semua guru-guru dan pelajar yang tidak kenal erti penat dan lelah dalam usaha untuk mencapai kejayaan sekaligus mengharumkan nama sekolah. Semoga segala usaha dan titik peluh memperoleh redha Allah S.W.T.
Pasukan unit beruniform
Pasukan Hoki
PENTADBIRAN KAJIAN KESETERAAN ITEM eTIMSS 2019
Terima kasih kepada semua PPD Klang, Penolong2 pegawai Teknik, PKG Klang Bandar, BTPN Selangor, guru2 Smkjk, yang terlibat di dalam kajian eTIMSS 2019 pilot di Makmal Komputer SMK Jalan Kebun pada 9 May yang lalu.
Khamis, 4 Mei 2017
Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Akademik Panitia Bahasa Inggeris
Tahniah kepada semua pemenang pada Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Akademik tahun 2017
Langgan:
Catatan (Atom)