Jumaat, 29 Mei 2015
Rabu, 20 Mei 2015
Isnin, 18 Mei 2015
Jumaat, 15 Mei 2015
Tips: 25 langkah untuk gambar lebih menarik menggunakan Picassa
Disediakan oleh : Puan Azean bt Kamaruddin (Fotografi)
Selasa, 12 Mei 2015
Selasa, 5 Mei 2015
PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2015
PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2015
Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh FOMCA. Semenjak diadakan pada tahun 2002, pertandingan ini menjadi saluran kepada semua lapisan masyarakat, sama ada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah atau menengah, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam, untuk menyalurkan pandangan mereka tentang isu kepenggunaan dalam pelbagai medium pertandingan.
Penyertaan yang menggalakkan terhadap pertandingan yang masuk tahun ke-14 ini, menunjukkan kecenderungan yang tinggi untuk menyertai pertandingan ini. Kini pertandingan ini telah menjadi sebagai salah satu aktiviti Kelab Pengguna Sekolah, khususnya di Sekolah Menengah.
Pada tahun 2014, FOMCA sekali lagi telah berjaya mencatatkan sejarah apabila menerima penyertaan sebanyak 129,509 penyertaan secara keseluruhannya, yang sekali gus memecahkan rekod penyertaan pada tahun 2013.
Pada tahun 2015, FOMCA menawarkan hadiah wang tunai yang berjumlah RM250,000 untuk dimenangi. Semua peserta yang menyertai pertandingan kepenggunaan akan diberikan Sijil Penyertaan. 13 jenis pertandingan kepenggunaan yang akan dipertandingkan pada tahun ini adalah seperti berikut :-
“Anugerah Guru HPM” diadakan dengan tujuan mengenal pasti guru yang bergerak aktif dalam pendidikan kepenggunaan di Malaysia dan mengiktiraf guru-guru yang bergerak secara sukarela dalam mendidik pengguna muda tentang kepentingan ilmu kepenggunaan.
Selain itu, FOMCA juga mengadakan sesi jerayawara (roadshow) dan pelbagai aktiviti bagi mempromosi pertandingan ini untuk menggalakkan penyertaan, antaranya:
- Ceramah Kepenggunaan di sekolah dan IPTA/S
- Pertandingan Mewarna di sekolah rendah
- Pertandingan Mewarna di Pasar raya Giant
- Pertandingan Mewarna di Komuniti
Acara kemuncak bagi pertandingan kepenggunaan ini adalah Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kepenggunaan 2015 yang diadakan di tempat dan tarikh yang akan ditentukan kelak. Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti Pertandingan Mewarna Akhir Kanak-kanak, gerai pameran, demonstrasi badan beruniform dan sebagainya diadakan semasa majlis tersebut. Sila layari www.mypengguna.com untuk keterangan lanjut.
Pada tahun ini, Pertandingan Kepenggunaan turut mendapat sokongan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Pendidikan Malaysia. FOMCA juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak korporat yang telah banyak menyokong aktiviti-aktiviti pendidikan kepenggunaan yang dijalankan oleh FOMCA. FOMCA berharap Pertandingan Kepenggunaan pada tahun ini akan menjadi lebih meriah dengan lebih banyak penyertaan daripada orang ramai. Untuk sebarang maklumat lanjut atau perubahan terkini, sila layari www.mypengguna.com atau hubungi Urus Setia HPM.

Sekian, terima kasih
Prof Datuk Dr Marimuthu Nadason
Presiden FOMCA
Presiden FOMCA
Langgan:
Catatan (Atom)