Rabu, 30 Disember 2015
SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN 4 SMKJK SESI 2016
Jumaat, 20 November 2015
Rabu, 18 November 2015
PERTANDINGAN PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER 2015
Gambar-gambar sekitar penghakiman pertandingan makmal komputer 2015
Isnin, 16 November 2015
Khamis, 5 November 2015
Rabu, 4 November 2015
Sabtu, 31 Oktober 2015
Portal Rasmi Makmal Komputer SMK Jalan Kebun, Klang.
Isnin, 12 Oktober 2015
Rabu, 7 Oktober 2015
Selasa, 6 Oktober 2015
Info Guru : Panduan Penyediaan dan Contoh Sasaran Kerja Tahunan. (SKT)
Klik untuk lihat. |
*Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Selasa, 29 September 2015
Isnin, 28 September 2015
Ahad, 27 September 2015
Sabtu, 26 September 2015
Rabu, 23 September 2015
Selasa, 22 September 2015
Isnin, 14 September 2015
Info Umum : Penubuhan Malaysia 16 September 1963
27 Mei 1961
23 Julai 1961
Ogos 1961
18-20 Disember 1961
6-7 Januari 1962
17 Januari 1962
21 Jun 1962
9 Julai 1963
16 September 1963
Rabu, 2 September 2015
Jumaat, 28 Ogos 2015
Rabu, 26 Ogos 2015
Selasa, 25 Ogos 2015
Info Ibu bapa : Anak kita sedang tenat.
Perkongsian dari seorg guru / pembentang semasa "Seminar Pendidikan Antarabangsa" yg baru berlangsung di SACC Shah Alam pd 22.8.2015.
ANAK KITA SEDANG TENAT!
Sejak kebelakangan ini, banyak kes melibatkan pelajar seperti DADAH, ZINA SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK,- VAPER DAN SHISHA STICK berleluasa dari sekolah harian hingga sekolah yang berasrama, dari sekolah rendah hingga sekolah menengah.
Kita telah digegarkan dengan kes pada baru-baru ini murid tahun 5 bersalin anak tidak sama taraf seramai 2 orang. Itu yang kita ketahui tetapi yang lain? Juga ada kes pelajar menengah bersalin di tandas dan di asrama. Itu kes yang dilaporkan yang kita tahu tetapi yang tidak dilapor bagaimana?
Gara-gara kecanggihan teknologi dan dasar keperluan, anak-anak kita diberi atau mereka sendiri yang membeli telefon pintar dengan tujuan asalnya untuk menghubungi keluarga jika ada keperluan tetapi telah disalah gunakan secara berleluasa. TAHUKAH ANDA IBU BAPA? Kebanyakan kes rampasan telefon pelajar di sekolah mendapati majortiti mereka memiliki bahan lucah didalam telefon tersebut. Ada kes ibu bapa berang kepada pihak sekolah atau pengurusan asrama apabila anak mereka tidak dibenarkan membawa telefon tetapi kemudian ibu bapa tersebut menyesal apabila anak mereka ditangkap berzina di tandas sekolah. Hasil siasatan mendapati telefon digunakan untuk berhubung bagi mendapat "green light" untuk melakukan zina tersebut. Lebih parah lagi apabila rampasan telefon anak mereka dan dilihat sendiri oleh ibu bapa pelajar tersebut terdapat kandungan lucah yang mana gambar bogel anak mereka di utus kepada pasangan kekasihnya melalui whatsap.
Juga ada kes pelajar asrama yang menipu ibu bapa kononnya apabila musim balik kampung pergi rumah rakan kelas tetapi pergi tidur bersama kekasih di hotel atau rumah sewa kekasih mereka. Kepercayaan yang membuta tuli oleh ibu bapa terhadap alasan atau cerita rekaan anak mereka telah membawa padah kerana ada kes rentetan dari itu anak mereka menjadi mangsa rogol atau mengandung anak luar nikah.
ANAK KITA MAKIN PARAH
Dadah kini mudah diperolehi dan didapati. Pengalaman saya masa mengajar di sekolah dahulu pernah menangkap pelajar menjual "pil" kepada rakan kelasnya. Ada juga aduan bapa mengadu anak nya tidak mahu ke asrama atau ke sekolah kerana liciknya rakan sebaya mereka menghisap dadah atau menjual dadah sehingga guru disiplin tak mampu untuk mencari atau menangkap salah laku mereka.
Kini ada kes popular yang menular di sebahagian zon dengan air ketum. Pelajar menjadi ketagih meminum air ketum untuk berkhayal. Dan amat menyedihkan golongan dewasa ada yang tahu kegiatan pelajar tersebut tetapi tidak memainkan peranan mereka untuk mencegah atau menasihati mereka.
Tidak hairan mengapa anak melayu kita ramai di instituai pemulihan dadah berbanding di institusi pengajian tinggi.
ANAK KITA MAKIN SAKIT
Masalah rokok kini kurang popular tetapi kini yang kian popular adalah electronic smoke yang ada pelbagai jenis dipasaran. Tidak terhad dengan pelajar lelaki sahaja bahkan juga pelajar perempuan juga dengan tanpa rasa malu menghisap dan menghembus sambil berselfie serta dimuat turun pula dalam laman sosial.
ANAK KITA TENAT, PARAH DAN SEMAKIN SAKIT....
saya menyeru semua ibu bapa untuk memainkan peranan utama dalam membimbing dan mendidik anak mereka terutama dalam akhlak dan sahsiah. Pendidikan awal adalah dari rumah dan meskipun sudah kita hantar anak kita ke sekolah atau asrama jangan kita merasakan amanah kita itu telah diambil alih oleh guru.
Sekolah atau asrama bukan tempat pemulihan yang mana kita ibu bapa tak mampu nak menangani lalu menempatkan anak kita yang bermasalah kepada guru untuk diprogram jadi insan. Guru dibawah mereka terdapat beratus dan beribu murid untuk dijaga tambahan pula pelbagai tugas lain perlu dilaksana maka bukan mudah nak menumpukan perhatian khusus untuk anak kita sahaja.
Jangan jadikan alasan kerana kesibukan kerja kita untuk mengabaikan tanggungjawap memantau, membimbing dan mendidik anak kita. Itu adalah suatu alasan yang sangat tidak bertanggungjawap sebagai ibu bapa terhadap anak k
ita dan guru kepada anak kita.
Maka saya mencadangkan beberapa perkara kepada ibu bapa supaya tanggungjawap kemenjadian insan d
an kebaikan akhlak anak kita dapat dilaksana.
1. Didik anak kita bermula dari awal dan dari rumah tentang agama dan tuntutannya. Lebih baik yang mengajar adalah bapa yang selaku ketua keluarga
2. Menjalinkan hubungan baik dengan pihak sekolah khususnya guru yang mengajar anak kita. Lebih baik lagi kita ada no telefon mereka untuk kita bertanya berkembangan anak kita.
3. Jangan hanya hadir kesekolah semata-mata untuk ambil duit bantuan persekolahan sahaja dan kemudian terus hilang dan mesyuarat pibg pun tidak hadir serta tidak ambil peduli. Rajinkan diri sebulan sekali ziarah ke sekolah berjumpa dengan guru untuk mengetahui perkembangan anak kita dan berbincang dengan guru apa peranan lain yang boleh kita sebagai ibu bapa boleh lakukan untuk memperkembangkan potensi anak kita.
4. Jadikan anak-anak orang lain seperti anak kita. Peribahasa jangan menjaga tepi kain orang lain adalah tidak releven sekarang. Kita kena ambil peduli untuk menegur anak-anak yang lain dan memaklumkan kepada ibu bapa mereka supaya tindakan awal dapat dilakukan jika anak mereka melakukan salah laku. Juga kita juga jangan cepat melenting jika anak kita sendiri yang ditegur. Nasihat saya, jangan membela anak kita membuta tuli, anak kita ada masa mereka sememangnya pelakon terhebat.... depan kita ada sesetengahnya baik sangat dan pijak semut pun tak mati tetapi belakang kita tanduk naik buat jahat hantu pun kalah.
5. Buat siasatan secara rahsia tentang pegerakan dan aktiviti anak anda. Jangan terus percaya dengan mereka tetapi adakala kita kena pergi lihat sendiri secara rahsia untuk mensahihkan pergerakan atau aktiviti ya g dimaklum oleh anak kita.
6. Berikan sumbangan berupa kemahiran kepada pihak sekolah dengan menawarkan diri untuk terlibat dengan program atau aktiviti sekolah. Biasanya pihak sekolah sangat menghargai apabila adanya penglibatan ibu bapa.
7. Hadkan pemberian yang berbentuk mewah kepada anak kita seperti telefon pintar canggih. Kalau memang perlu untuk berhubung memadai dengan telefon seperti 3310 nokia. Tidak dinafikan komunikasi amat penting tetapi kita sebagai ibu bapa kena lihat pada semua sudut agar potensi masalah dapat dikurangkan ketahap sifar atau minimum. Kalau anak duduk di asrama minta bantuan warden untuk menjaga telefon tersebut dan membenarkan had penggunaan jika perlu sahaja.
JADILAH IBU BAPA YANG BERTANGGUJAWAP DAN PERIHATIN TERHADAP ANAK KITA SENDIRI. GURU BUKANLAH INDIVIDU UTAMA DALAM KEMENJADIAN AKHLAK TETAPI KITALAH SEBAGAI IBU BAPA YANG PATUT MEMAINKAN PERANAN UNTUK MEMBENTUK SAHSIAH ANAK KITA
Semoga kita ibu bapa memperoleh kesedaran sebagai warga yang perihatin terhadap anak kita sendiri. Jika kita melaksanakan peranan kita, insya Allah masalah sosial dan salah laku lain pasti dapat kita kawal daripada menular.
Jadilah ibu bapa yang mampu memimpin anak-anak dan bukannya ibu bapa yang diperhambakan oleh anak-anak.
#misikebangkitanibubapa
#ibubapapelajardansekolah
Isnin, 24 Ogos 2015
IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau warganegara Malaysia
bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Jurulatih Sukan
(Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur,
Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail Kota Tinggi, Johor,
di Sekolah Sukan Malaysia Pahang,
Sekolah Sukan Malaysia Sabah dan Sekolah Sukan Malaysia Terengganu.
|
Untuk maklumat lanjut sila muat turun maklumat di bawah:
|
Jumaat, 14 Ogos 2015
KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH DG41/42/44 (KUP) BAHAGIAN BUKU TEKS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH DG41/42/44 (KUP) BAHAGIAN BUKU TEKS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Untuk Maklumat lanjut, sila rujuk lampiran.
Muat Turun |
---|
KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH DG41/42/44 (KUP) BAHAGIAN BUKU TEKS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA |
Borang Jawatan Kosong |
Selasa, 11 Ogos 2015
Isnin, 10 Ogos 2015
Sabtu, 8 Ogos 2015
Khamis, 6 Ogos 2015
Info Guru : Microsoft Innovative Educator Experts Program
Program untuk mengiktiraf guru-guru dinamik dan berinovatif yang menggunakan teknologi berasaskan produk Microsoft dalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran.
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN HARI GANTI SEKOLAH TAHUN 2015
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN HARI GANTI SEKOLAH TAHUN 2015
06 August 2015Rabu, 5 Ogos 2015
Isnin, 3 Ogos 2015
Rabu, 22 Julai 2015
Khamis, 16 Julai 2015
Selasa, 14 Julai 2015
Info : Pemberitahuan mengenai cuti sempena Hari Raya Aidilfitri 2015.
Ibu Bapa / Penjaga
Pelajar SMK Jalan Kebun
Shah Alam.
Tuan/Puan,
PEMBERITAHUAN MENGENAI CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2015
TARIKH CUTI
|
JENIS CUTI
|
TEMPOH CUTI
|
15 JULAI 2015
|
CUTI BERGANTI
|
15 - 21 JULAI 2015
|
16 JULAI 2015
|
CUTI PERISTIWA
|
|
20 JULAI 2015
|
CUTI BERGANTI
|
|
21 JULAI 2015
|
CUTI BERGANTI
|
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KLANG CEMERLANG KLANG BOLEH"
PN ALIJAH BINTI MD DOM
Pengetua
SMK Jalan Kebun
Shah Alam.
Khamis, 9 Julai 2015
Pertandingan Educational Blogging 2015
Sila daftarkan blog anda di sini : Borang pendaftaran
Poster Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan 2015 |
SKOP PERTANDINGAN :
~ Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berdasarkan kategori pertandingan
~ Blog yang dipertandingkan perlu mempunyai kandungan berbentuk ilmiah dan berasaskan pendidikan
KATEGORI PERTANDINGAN :
1. Terbuka
2. Sekolah
TARIKH PERTANDINGAN :
Pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara online di sini mulai 19 Mei 2015
TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
30 Sept 2015 | jam 11:59pm
Credit Photo to http://www.cikguhailmi.com Pemenang Pertandingan EDU2014 | Kategori Terbuka |
Setiap Kategori :
Tempat Pertama hingga ke-3 :
sebuah Gajet Elektronik* + sijil penyertaan
* Hadiah adalah tertakluk kepada perubahan
KRITERIA PENILAIAN
* Kandungan
~ Perkongsian ilmu/maklumat berunsur pendidikan
~ Kesahihan maklumat
* Rekabentuk Kreatif
~ Penggunaan elemen Multimedia (Video, Animasi, Audio)
~ Interaktif/dinamik
~ Mesra Pengguna
~ Rangkaian Sosial
* Nilai Tambah
~ Keaktifan (up-to-date)
~ Bilangan pengikut (follower)
~ Keaslian (originality)
SYARAT PENYERTAAN
- Blog yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui
Internet pada bila-bila masa. - Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia bagi membangunkan blog masing-masing yang tetrtakluk kepada syarat-syarat pertandingan.
- Kandungan dalam blog mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi,perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
- Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog adalah tanggungjawab peserta.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.
- Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
- Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
- Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta.
- Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta.
- Borang penyertaan perlu dihantar sebelum tarikh tutup pertandingan.
PERTANYAAN
Pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak Urusetia iaitu :
Siti Munirah Binti Ahmad
015 - 4811 7556 | 8 pagi - 5 petang | siti.munirah@ict.upsi.edu.my
Rabu, 8 Julai 2015
Selasa, 7 Julai 2015
PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017
PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017
Klik |