Sabtu, 31 Disember 2016

HARI PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 SESI 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, guru-guru dan murid-murid yang terlibat semasa hari pendaftaran murid tingkatan 1 sesi 2017 jumaat yang lalu.





"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

SELAMAT DATANG KE SMKJK!



WAKTU OPERASI KEDAI BUKU SEKOLAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kedai buku sekolah telah dibuka mulai:

Tarikh : 14/12/2016

Masa : 9.00 pg - 3.30 ptg

Hari : Isnin - Sabtu
*kecuali cuti umum.

Mohon dihebahkan kepada ibu bapa pelajar SMKJK.

Kedai Buku SMKJK


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

GOTONG ROYONG SEBELUM SESI PERSEKOLAHAN 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan gotong royong pada 30 Disember 2016.








SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

Kongsi Data Smartphone YES (Hotspot)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Ya sekolah dah nak buka dalam dua tiga hari lagi bukan ? Mungkin cikgu dah dapat smartphone altitude daripada pihak YES. Tapi bagaimana hendak gunakan Teacher Data Plan Package dalam smartphone YES 4G LTE ke komputer riba cikgu ? Takkan nak renung screen kecil telefon tu bukan ? Kelabu biji mata tu nanti.
Kami kongsikan bagaimana cikgu boleh dapat manfaat daripada fungsi smartphone YES untuk dijadikan hotspot nanti. Ikuti langkah dibawah untuk memudahkan kerja cikgu-cikgu di sekolah nanti.
Secara amnya setiap bulan cikgu akan mendapat data 2GB yang dibayar oleh KPM untuk digunakan untuk tujuan kerja cikgu secara percuma. Bagaimana hendak periksa sama ada masih ada data atau dah habis ? Cikgu boleh buka aplikasi My YES 4G untuk memeriksa baki pakej data cikgu dengan mudah.
Masih banyak lagi bukan ? Sekarang marilah ikuti langkah tutorial suapaya cikgu dapat aktifkan fungsi Hotspot pada phone Altitude YES dengan mudah.
Pergi setting atau scroll down paparan screen dan klik icon gear
Seterusnya klik menu More

Seterusnya klik menu Set up WLAN hotspot
Seterusnya masukan nama wireless Hotspot cikgu .. pastikan unik supaya tak ada yang tertukar atau nama sama satu sekolah Hotspot cikgu nanti
Jangan lupa tap butang save ... ok langkah seterusnya
Cikgu boleh tap untuk hidupkan fungsi Hotspot cikgu ... malah cikgu boleh gunakan Bluetooth untuk sambungan lebih selamat
Jika cikgu risau kehabisan batery cikgu boleh gunakan USB tethering sambil caj dan melayari internet.
Jika cikgu dah setup semuanya takkan nak akses melalui setting setiap kali nak kongsi internet bukan ? Kali ini mudah ... sistem phone akan buat satu butang one tap sahaja bila cikgu swap turun screen untuk aktifkan fungsi Hotspot dengan mudah.
Contoh bila cikgu aktifkan Hotspot ... cikgu boleh akses sama seperti sambuangan wifi yang lain
Satu tips bagi pengguna Windows 10. Jika cikgu tak aktifkan metered connections wifi kemungkinan data cikgu akan ditelan oleh sistem update Windows 10. Mohon aktifkan selepas cikgu buat sambungan ke Hotspot cikgu.
Awal bulan dah habis data ... alamak !
Mohon aktifkan fungsi ini jika tak nak kehabisan data dengan cepat dalam Windows 10
Gunakan dengan bijak .. 

Rabu, 28 Disember 2016

SURAT PENGUPAYAAN TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB STAF GURU TAHUN 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Untuk tindakan semua guru  guru-guru boleh memuat turun Surat Pengupayaan Tugasan Tahun 2017 dengan hanya klik pada pautan di bawah.

1.  Surat Pengupayaan Tugasan Tahun 2017

" A great teacher takes a hand,opens a mind, and touches a heart." 


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

Isnin, 26 Disember 2016

SENARAI NAMA MURID TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5 SESI 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Untuk tindakan semua guru kelas tingkatan 1 hingga 5, guru-guru boleh memuat turun senarai nama murid mengikut kelas dengan hanya klik pada pautan di bawah.

1. Tingkatan 1

2. Tingkatan 2

3. Tingkatan 3

4. Tingkatan 4

5. Tingkatan 5

Apa-apa perubahan akan diberitahu kemudian. 

"Seni mengajar adalah seni membantu penemuan."


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

MINIT MESYUARAT DAN MAKLUMBALAS MESYUARAT KURIKULUM BIL 4 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Untuk makluman dan rujukan guru-guru SMKJK bagi persediaan mesyuarat kurikulum pertama pada 28 Disember nanti, guru-guru boleh memuat turun dan mencetak Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 4 2016 pada pautan di bawah.

1. Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 4 2016

2. Maklumbalas Mesyuarat Kurikulum 4 2016

“Guru yang pintar itu mahal tapi guru yang lebih peduli itu lebih mahal”

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!


Ahad, 4 Disember 2016

KEDUDUKAN PELAJAR TINGKATAN 2 SMKJK TAHUN 2017

Berikut adalah kedudukan pelajar tingkatan 2 mengikut tingkatan 2 Al-Farabi sehingga 2 Murni





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...