Isnin, 29 Februari 2016

TAKRAW MSSD KLANG 2016

Tahniah kepada pasukan takraw SMKJK pada MSSD Klang yang lalu kerana mengharumkan nama sekolah.
Pasukan bawah 15 tahun menjadi Johan bagi kategori berpasukan, manakala tempat ketiga bagi kategori berpasukan bawah 18 tahun.
Bagi kategori Inter regu, regu pasukan bawah 15 tahun berjaya mendapat tempat ketiga.
Semoga terus cemerlang pada tahun-tahun yang mendatang.

.

Jumaat, 26 Februari 2016

Pelancaran Sederap Selangkah Menggapai Cita

Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam Pelancaran Sederap Selangkah Menggapai Cita pada 22 Februari yang lalu.



Pelancaran Sederap Selangkah Menggapai Cita by Slidely Slideshow

Pertandingan PPDA Klang

Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam gerak kerja dalam Pertandingan PPDA Klang pada 24 Februari yang lalu.



Pertandingan PPDA Klang by Slidely Slideshow

Rabu, 24 Februari 2016

Cara untuk kongsi sites frog vle kepada umum di sekolah

Berikut adalah langkah-langkah untuk guru-guru kongsi(share) sites yang telah dibuat kepada umum di dalam sekolah
Guru-guru boleh terus login dengan klik pada widget hop in di sebelah kanan portal http://smkjalankebun.blogspot.my/


Khamis, 18 Februari 2016

Kejohanan Bola Tampar MSSD Klang 2016

Pada 26 hingga 29 Januari yang lalu, SMK Jalan Kebun telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Tampar peringkat daerah Klang. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Bola Tampar MSSD Klang tahun 2016. Tahniah kepada pasukan yang berjaya. Jumpa lagi pada tahun hadapan.


Sabtu, 6 Februari 2016

Kejohanan Merentas Desa Sesi 2016

Tahniah kepada para pelajar, guru-guru, pihak polis, dan anggota RELA yang telah membantu dalam menjayakan Kejohanan merentas desa sesi 2016 peringkat sekolah pada 5 Februari 2016. Tidak lupa juga kepada rumah sukan Dol Said yang menjadi johan keseluruhan merentas desa sesi 2016 ini.


Kejohanan Merentas Desa sesi 2016 by Slidely Slideshow

Tawaran Sebut Harga Untuk Mencetak Majalah Sekolah

Tawaran sebut harga ini dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat untuk menerbitkan majajalah sekolah SMK Jalan Kebun.
Kepada yang berminat boleh merujuk tawaran sebut harga di bawah dan menghubungi pihak sekolah.


Jumaat, 5 Februari 2016

Warna - warni Mesyuarat Agung PIBG SMKJK Kali ke-20

Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir pada Mesyuarat Agung PIBG SMKJK Kali ke-20 pada Sabtu, 30 Januari 2016 yang lepas. Semoga segala apa yang diusulkan dan dibincangkan semasa mesyuarat tersebut dapat dijalankan dengan baik oleh pihak sekolah dengan bantuan PIBG sesi 2016, InsyaAllah.



Warna - warni Mesyuarat Agung PIBG SMKJK Kali ke-20 by Slidely Slideshow

Rabu, 3 Februari 2016

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan  Pengawas Sekolah sesi 2016 yang pada 1 Februari 2016.
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah by Slidely Slideshow

Latihan Merentas Desa sesi 2016

Sekitar sesi latihan merentas desa bagi sesi pagi yang berlangsung sekitar jam 3 petang pada hari selasa 2 Februari 2016.
Kejohanan yang sebenar akan berlangsung pada hari Jumaat, 5 Februari 2016.



Latihan Merentas Desa sesi 2016 by Slidely Slideshow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...