Jumaat, 12 September 2014

Makluman : Borang biodata peribadi dan panduan pengisian borang LNPT



Panduan :

1) Borang biodata peribadi (klik untuk muat turun)
2) No KP : xxxxxxxxxxxx (taip tanpa sempang)
3) Tahun : 2014
4) Nama : HURUF BESAR
5) Jawatan dan Gred : PPPS *DG 41 (*ikut Gred masing-masing)
6) Kementerian/Jabatan : SMK JALAN KEBUN
7) BAHAGIAN II - KEGIATAN DAN SUMBANGAN DI LUAR TUGAS RASMI/LATIHAN
     (Untuk lampiran)
     - font Times New Roman
     - saiz 12
     - Tarikh : 30 NOVEMBER 2014
     - sila tandatangan ----> Tandatangan PYD
8) BAHAGIAN VIII - ULASAN KESELURUHAN DAN PENGESAHAN OLEH PEGAWAI          PENILAI PERTAMA.
     - sesi pagi PK1 ----> tahun : 3      bulan : 8
     - sesi petang PK Petang ----> tahun :
     * sila gunakan COP Rasmi Pegawai Penilai mengikut sesi yang ditetapkan (yang ada NO KP)
     - Tarikh : 15 DISEMBER 2014
9) BAHAGIAN IX - ULASAN KESELURUHAN OLEH PEGAWAI PENILAI KEDUA
     - Pengetua, ----> tahun : 2   bulan : 8
     - Tarikh : 31 DISEMBER 2014
     * sila gunakan COP Rasmi Pegawai Penilai mengikut sesi yang ditetapkan (yang ada NO KP)
10) BAHAGIAN I - Penetapan Sasaran kerja Tahunan
       (Untuk lampiran)
     - font Times New Roman
     - saiz 12
     - Tarikh : 30 NOVEMBER 2014
     - sila tandatangan ----> Tandatangan PYD
11) BAHAGIAN III - Laporan dan Ulasan Keseluruhan Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan Pada Akhir Tahun Oleh PYD dan PPP
     - Saya telah melaksanakan tugasan yang diberi dengan jayanya. (terpulang kepada PYD)
     - Tarikh PYD : 30 NOVEMBER 2014
     - Tarikh PPP : 15 DISEMBER 2014
     * sila tandatangan PYD.

Sebarang kemusykilan sila rujuk PK 1. Harap maklum

Rabu, 3 September 2014

Semasa : Bahasa Inggeris akan jadi subjek wajib lulus di IPTA

B.I akan jadi subjek wajib lulus di IPTA 

B.I akan jadi subjek wajib lulus di IPTA - Muhyiddin

 
CYBERJAYA: Satu dasar baharu akan dilaksanakan bagi menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus, di samping bahasa Melayu, bagi pelajar di universiti awam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata beliau membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira seminggu lepas dan maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kelak.

"Pengetahuan asas sahaja tidak mencukupi bagi siswazah sekiranya mereka tidak mampu berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris.

"Syarikat mempunyai tanda aras tertentu. Mereka mahukan orang yang bukan sahaja memiliki kelayakan, tetapi juga yang boleh menjadi duta, yang boleh berkomunikasi dengan seluruh dunia dan antara perkara penting ialah kemampuan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada majlis pelancaran Pemboleh Kebolehgajian Siswazah Cyberjaya Kedua (CGEE 2) di sini hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin memuji pengerusi Setia Haruman Sdn Bhd Tan Sri Mustapha Kamal, yang mengetengahkan idea itu bagi memaju dan melaksanakan program CGEE, program pembinaan bakat untuk memperkasa, melatih dan menyediakan siswazah tempatan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan dengan syarikat berimpak besar, terutama di Cyberjaya.

Beliau berkata CGEE mempunyai potensi amat besar untuk menjadikan Malaysia sebuah negara 'pengubah permainan', pencipa dan usahawan, bukan pengguna, dengan negara ini menjadi negara sumber yang memiliki pelbagai kekayaan, yang boleh ditawarkan kepada seluruh dunia.

"Saya juga dimaklumkan bahawa semua peserta daripada projek perintis CGEE pada 2013 telah mendapat pekerjaan yang baik, majoriti daripada mereka diambil bekerja oleh syarikat berimpak besar di Cyberjaya dan sesetengahnya di luar Cyberjaya," katanya.

Beliau berkata program tahun ini melibatkan 139 pelatih dari enam universti dan Yayasan Sime Darby, yang menjalani latihan di beberapa syarikat multinasional seperti HSBC, IBM, Tech Mahindra, Emerio dan AIG.

Berikutan kejayaan Projek Perintis CGEE pada 2013, Setia Haruman diberi peruntukan RM1.2 juta oleh Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan projek CGEE.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/b-i-akan-jadi-subjek-wajib-lulus-di-ipta-muhyiddin-43103?cp

Info : Pendaftaran Elaun Murid Khas

Pendaftaran Elaun Murid Khas (EMK) Secara Atas Talian Bagi Fasa 2/2014

Pemberitahuan Pelaksanaan Elaun Murid Berkeperluan Khas Bagi Murid Dalam Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) Bagi Fasa 2/2014:
1.  Siaran SISOKU
2.  Surat Makluman EMK 2014
3.  Borang Permohonan EMK
4.  Panduan SISOKU

Sumber : Laman Rasmi JPN Selangor.

Makluman : Karnival Kolej Vokasional 1 Malaysia


Selasa, 2 September 2014

Info : Buletin Anjakan Ke-16 (Julai 2014)





Makluman : Modul Pertukaran Guru (e-Gtukar) bagi permohonan Pertukaran Januari 2015 telah dibuka.




Permohonan Pertukaran Guru Sesi JANUARI 2015  
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2015 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) dibuka mulai 
01 hingga 30 September 2014

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-OPERASI. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan Pendidikan Daerah atau Bahagian masing-masing 
untuk tindakan pembetulan maklumat dengan segera sebelum permohonan 

Info : KPM MENANG ANUGERAH INOVASI VMWARE DI WMWORLD 2014

KPM MENANG ANUGERAH INOVASI VMWARE DI WMWORLD 2014


Piala yang telah dimenangi KPM

Teradici(R), pemaju teknologi PCoIP(R) terkemuka industri untuk ruang kerja maya, hari ini mengumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah antara senarai terpilih penerima anugerah pada Anugerah Inovasi VMware pada VMworld(R) 2014.

KPM diiktiraf untuk "Transformasi IT dengan Menentang Konvensi" melalui pengerahan 25,000 komputer meja maya di 1,250 buah sekolah di seluruh negara dengan peranti VMware Horizon(TM) dan Teradici PCoIP Zero Client sebagai sebahagian daripada usaha kebangsaan untuk memodenkan pendidikan dan merapatkan jurang digital bandar-luar bandar.

Pelaburan dalam teknologi infrastruktur komputer meja maya (VDI) memberikan kanak-kanak sekolah akses kepada komputer yang berkualiti tinggi dan sumber pendidikan digital - tanpa mengira lokasi, sambungan atau peranti pengguna akhir - dalam beberapa kes untuk kali yang pertama.

"Anugerah Inovasi VMware 2014 mengiktiraf organisasi yang melaksanakan teknologi baharu untuk meningkatkan kerjasama dan memacu inovasi sepanjang tahun lepas," kata Dan Cordingley, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Teradici.

"Kami berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada KPM sebagai mengiktiraf penggunaan berdaya cipta mereka teknologi komputer meja maya untuk memberi kesan mendalam kepada kehidupan kanak-kanak sekolah di Malaysia dan untuk mengubah pengalaman pendidikan pelajar, guru dan pentadbir,” katanya.

Permohonan dinilai mengikut kriteria ketat panel pakar Computerworld dan VMware, yang memilih lima organisasi pemenang - Agensi Sumber Asli California, Universiti Indiana, KPM, TIAA-CREF IT Production Services dan Perubatan/SpaWar Tentera Laut Amerika Syarikat.

Kementerian mewujudkan untuk prasekolah melalui pendidikan universiti dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025. Ia dijangka memberi kesan kepada kira-kira 6 juta pelajar di 10,000 sekolah, matlamatnya adalah untuk meningkatkan hasil pendidikan pelajar, memajukan daya saing negara dalam pasaran buruh global dan membawa pariti pendidikan ke sekolah bandar dan luar bandar.

Bersama Bitara Induk, sebuah penyepadu sistem terkemuka, Teradici dan VMware bekerjasama untuk membantu Malaysia memenuhi wawasannya.

Sehingga Mac 2014, pelajar, guru dan pentadbir mendapat akses kepada komputer meja, aplikasi dan data menggunakan infrastruktur komputer meja maya. Dengan persediaan IT yang minimum di lokasi atau pengubahsuaian kepada persekitaran bilik darjah, pengkomputeran berprestasi tinggi dan sumber pendidikan disampaikan kepada pelajar dan guru. – Bernama, 28 Ogos, 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...